Friday 28 December 2012

Goodbye 2012, Hello 2013...



hello there,

nampaknya bz btol beta bln ni, sampai xde satu pon entry masuk utk bln Disember, hahahaha... itulah hakikatnya. have to organize a bilateral meeting tanpa kekuatan anggota yg cukup, maka terpaksalah memfleksibelkan diri drpd jd office boy kpd bos... llalalalala... anyway meeting berjalan baik, alhamdulillah, delegasi semuanya selamat hadir & selamat kembali, tiada isu besar yg mengancam keselamatan negara. cuma tpt meeting je tak berapa nak best, maklumla bajet ciput, maka tempatnya pon ala2 je la, as long as it serve the purpose, and within the budget, hhmmmm...

disember nampaknya akan melabuhkan tirainya. dan aku akan bercuti sehingga thn baru. melunaskan kewajipan sbg saudara sepupu utk menghantar pengantin ke pihak lelaki. disoakan semoga semuanya selamat & kekal hingga ke akhir hayat...

well, 2012 nampaknya mmg thn yg mencabar iman & kesabaran kami sekeluarga. things happen by reasons. jgn sekali2 mempersoal takdir Allah, krn hanya Dia yg berhak ke atas hambaNya. setiap tindakan menuntut kewarasan & kebijaksanaan, semoga Allah mengekalkan sifat ini dlm diri kami utk menempuh jln2 hidup yg seterusnya...

thn 2013 will begin by sending my dear zara to a Montessori nearby home. i believe that she's ready for schooling, in fact she's the one who insisted to go to school. ibunya dah rasa sedih sbb dah xde teman berbual, tinggal yg kecik2 je, blom bleh bercakap, hehehe... i pray that zara could adapt with the situation nicely. and coincidentally, the school name is Ana Montessori... :)

to my deares hana, ummi doakan semoga sentiasa aman & gembira di sana. pray for ummi, walid & kakak, semoga kita akan dipertemukan dlm keadaan yg lebih baik kelak. ummi mtk maaf sayang sbb dah 2 bulan tak ziarah hana. alasan2 termasukla hujan & kesibukan duniawi. tp insyaAllah ummi akan kirimkan hadiah Yaasin sekerap yg boleh.

to my dear bobo, i am & i'll always support u for whatever plans that u make to improve yourself, & of course the best for the family. my prayer is always with u dear...

as for my carrier, i'm looking forward to have a different office soon. still searching, surveying & praying, semoga penghijrahan kelak akan membawa kpd yg lebih baik. the truth is hard for me to make this decision, but i believe that i need a change, to be a better me, for a brighter future, in my working life, and definitely for my marriage life.

alhamdulillah, terima kasih Allah krn aku masih bernyawa. semoga kami sekeluarga akan menjadi insan yg lbh baik utk thn 2013 & thn2 yg akan datang, insyaAllah. jauhkanlah kami dr sifat malas & pelupa. dekatkanlah kami dgn sifat2 mahmudah, semoga kami akan terus menjadi hambaMu yg beriman & bertaqwa, amiinnn...

Thursday 29 November 2012

What to Expect When You're Expecting...

nope, i'm not trying to promote this movie dear, just want to share what i watched during today's lunch - to resting my head frm loads of works, hehehehe... but, at the end, hmmmm, i cried...

the story was abt 5 ladies with their hubs/partner/boyfriend...

couple 1: can't conceive, already spend their savings for IVF but still didn't work, lost a job, planning for adoption but hubby just scared being parents, and finally adopted & got offered for a better job.

couple 2: high school crushed, accidentally become a business rival, had a one night stay, got preggy but miscarriage, unsure abt the next step, the girl called it off, but at the end noticed that they both really love each other and give themselves a second chance.

couple 3: a health trainer, having a very healthy lifestyle, so independent, the man was also an entertainer, but having a child is not a one man show, it needs both to handle it, therefore the couple started to give & take.

couple 4: self entrepreneur, selling children's needs, well organized, always expected that pregnancy & birth should be easy & nice, but in between found out that 'pregnancy sucks', hahahaha... even she planned to have a vaginal birth, it end up having the c-sects. that is where God knows better...

couple 5: step mother in-law to lady no. 4, got pregnant at the same time, but with twins, and enjoying pregnancy nicely with the perfect health & body, but life only changed after the births, heheheh...

for me, citer ni bagus. it looked on both sides, the father & the mother. how actually men adopt with the situation. we tend to assume that everything is ok but for men, banyaaaakkk perkara yg dorg takutkan while having a child. and apa yg sebenarnya dorg fikirkan/ buat kalau dorg kena jaga anak, hahahaha...

as for ladies, ada yg bleh conceive, ada yg xleh for any resons, ada yg xde alahan, ada yg teruk, ada yg beranak senang, ada yg susah, depends, semuanya rezeki...

what makes me cry? the scene inside the OT room... really, it reminds me of having my girls, especially hana because it was only last year. rasanya baru je smlm lahirkan dia, and suddenly she already gone... how time flies...

aku rasanya all mothers yg tgk citer ni pon akan nangis kot, for different reason maybe, but one for sure sbb kita akan teringat that magical moments... childbirth...

alhamdulillah, terima kasih Allah kerana memberi peluang kpd kami utk menjadi seorang ibu, bantulah kami utk mendidik anak2 ini agar menjadi insan yg soleh & menjadi khalifah yg terbaik disisi mu, amiinnn...

Wednesday 28 November 2012

14 Muharram...

sangat sibuk skarang ni, walaupun ada byk benda nak citer...

cuma subuh hari ini tiba2 terasa rindu, rindu kpd hana... hhmmmm, kalau ada pasti sudah pandai bertatih ke sana sini... kalau ada...

alFatihah utk mu sayang... ummi akan sentiasa merindui mu...

Friday 9 November 2012

Dengan Nama Allah...


Bismillah - Yassin

Aku insan damba aman
cari ilham damaikan satu alam
aku insan mendambakan
cari sayang damaikan seluruh alam

Bila kau mencari damai disanubari
dari segala gala yang kau kesali
bilakan berhenti sesal dan menyesali
tersungkur dan menangis di pintu hati

Benderang cahaya diatasnya cahaya
terangi alam yang gelap gelita
Bismillah Majreha Bismillahi Mursaha
kau seru kau puja suci namanya

oooh…

Seterang bintang di langit tinggi
menyinari musafir yang mencari di kembara sepi



Tuesday 30 October 2012

kawen...

wah... apakah topik ini... hahahaha... macam la dah lama sangat kawen kan... tp rasanya after 5 years i think i can talk about it kot, hihihih... orang kata ni tempoh sah jawatan, dah lepas 5 taun baru la dikira diterima dlm 'perkhidmatan', kan? well, i believe ada betulnya juga tempoh tersebut... again, depends kpd org jugak kot...
aku masih ingat lps maghrib itu, abah memanggil aku utk bertemu empat mata dibiliknya... yes, salah satu kualiti yg aku admire dgn abah adalah kemampuan utknya bertemu 4 mata dgn anak2nya andai dia ada perkara serius utk dibincangkan... maka dia pon berkata, kalau sudah masuk universiti nanti, kalau sudah ada yg sesuai, kawen je, xyah tunggu lama2... see? umo 18 taun bapak aku dah kasi kawen! gler best! kawan2 aku mengis2 bapak tak kasi kawen muda, aku bapak aku siap offer lagi... hhmmm, simpan dlu offer tu, masih blom ade bopren... taun itu juga aku jumpa bopren pertama, kuang3 :p
krn tawaran itu buat aku nak kawen umo 21... lg pon, parents aku kawen masa blaja, so aku rasa aku pon boleh wat benda sama kot, hahahaha... but bopren aku seram gler kot, so aku kata ok la, lps blaja... alih2 ble dah last semester, mak dia soh bagi tau mcm ni: cakap kat ina, xyah la tunggu ape2, ckp ko dah betunang dgn org laen. gulp... apakah... aku tanya dia, dia kata tatau ape2 pon. ble tny mak dia, katanya nak rapatkan semula hubungan dgn keluarga arwah bapaknya yg dah meninggal sejak dia skolah rendah. kalau ikot dia, dia nak mantain je dgn aku, tp kawen gak dgn awek tu sbb mak dia suruh. aku kata, tak kuasa la aku. putus aje la... tp yg best nye dia jemput sendiri ari kawen dia, dan aku pegi pon. siap wife dia salam2 ngan aku: eh, kawan S ye, tima kasih dtg... aku masa tu dah tergelak2, kalau ko tau aku sapa mampus aku kena halau (sbb aku dtg belah pompuan, hahahahaha - umah dia jauh, tak kose aku nak buang duit minyak & tol).
then, i set a new year plak. aku kata 28 la... tengok2 umo 28 bukan aku yg kawen, adik aku yg kawen! hahahahahahaha... udah sampai jodohnya, jalan je la dlu, tak kose la nak halang2 jodoh org... sedih? sedih la jugak sbb dah xde kawan... tp aku rilek je...
lps tu byk2 la suara sumbang kan, macam biasa... blaja tinggi2 pon kalau tak kawen tak guna jugak... memilih... bla3... alahai, beli ikan kat pasar pon kita pilih, inikan pulak pilih suami... aku tak layan pon, sbb aku tau aku bukan dok terperap kat umah je, aku pg keje, jumpa kawan2, kenal ramai org, tp org selesa nak jd kawan je, bukan nak kawen... sabar...
skali ble umo 30 mak aku kata, kalau taun ni tak kawen, mak cari kan je duda mana2 kawenkan je... wah! gler gelabah time tu... but, duda je??? siannya aku... aku pon tny btol2 kat bobo, nak kawen ngan aku ke tak ni? kenal dah lama, tp takde komitmen btol2 sgt pon. last2 dia kata, ok la... maka kawen la aku...
dah kawen, mcm2 hal plak berlaku... hidup tidak sentiasa indah... siang dan malam ada bezanya, hari ini dan esok belum tentu sama... hati boleh jadi sekeras batu atau secair air lalu... banyak hati yg perlu dijaga, banyak mata yg memandang, lebih banyak mulut yg hendak diperhatikan...
so, kawenlah bila kita btol2 bersedia, jgn kawen sbb orgt suruh, atau sbb kawan2 kita dah kawen... but kena jugak buat limitation... sbb dikhuatiri bila kita tersedar nnt semuanya sudah terlambat... kadang2 dia ada disekeliling kita, tp kita tak perasan... for me, mcm mana pilih pon, akan ada perkara yg kita takkan puas hati dgn pasangan kita bila dah kawen nnt... kita adalah dua individu yg berbeza, dibesarkan dlm keadaan & keluarga yg lain, walaupun pd zahirnya nampak sama... yg penting bertolak ansur...
to my fren mel, aku mintak maaf byk2 sbb tak dpt dtg... aku jarang sangat tak datang kenduri kawen org, apatah lagi kalau diberi kad (mak aku pon kata aku ni rajin pg kenduri, hahahaha). tp apakan daya tanggungjawab kpd negara perlu didahulukan... wish u all the best dear!

Sunday 28 October 2012

Luahan perasaan...

ini adalah luahan perasaan zara kpd sepupunya irfan yg berumur 5 tahun pd mlm hari raya...

zara: zara rindu adik...
irfan: zara jgn la sedih, adik dah masuk syurga...
zara: tapi zara rindu kat adik...
irfan: takpe, abang ijat jaga adik zara kat syurga (abg ijat was his cousin who passed away because of lymphoma cancer in 2009)
zara: abg ijat jaga adik?
irfan: haah, abg ijat jaga adik zara... adik zara dah besar tau kat syurga, dah 2 taun (beso la plak, hihihi)
zara: adik dah besar? ooo, adik dah tau jalan eh... (mode: relief)
irfan: haah, zara jgn la risau, zara jgn sedih ye - sambil peluk bahu zara...

perbualan ini didengar secara senyap2 oleh cheyu (kalau cheyu tak 'tido' dorg akan stop cerita)...
kesiannya kakak....

moral? pls do not under estimate your child... afterall they're human too... :)

Wednesday 24 October 2012

Selamat Hari Lahir....?

Surat Beranak yg dah takde...
It supposed to be Hana's birthday today... 
No matter what my love, insyaAllah I will always remember your birthday... The day when I gave birth to a very chubby, healthy little girl... I still remember the moment when the nurse brought u to meet me at the first time - Puan, bayi puan, lelaki ke perempuan puan? Tau ape yg aku jawab? - Besarnya! Brapa kilo ni? hihihih... owh, perempuan... nurse kata, 3.45kg puan... sweet memories... :)
Alhamdulillah, terima kasih Allah, kerana telah menganugerahkan seorang anak yang baik, anak yang bijak, anak yg cepat belajar, anak yang sihat, anak yang tak pernah meragam... adik yang sangat memahami kakaknya... cucu yg paling rapat dgn wan (sampai skarang wan xleh nak ckp psl adik, tgk gambar adik sudah ckp buat dia menangis...) menjadi kesayangan semua org... hana pipi labuh... budak tembam... budak cerdik...
Terima kasih sayang kerana telah berjanji kpd Allah utk bersama ummi & walid, memimpin kami di akhirat kelak... insyaAllah kita akan ditemukan semula dlm keadaan yg lebih baik & membahagiakan... Ummi doakan semoga hana damailah di sana... Maafkan ummi kalau adik sedih melihat ummi menangis merindui mu... jgn risau, kakak sentiasa ada utk menjaga & menemani ummi di kala itu... Doakan ummi, walid & kakak terus tabah utk meneruskan kehidupan di dunia ini...
noktah.
Adlina Nur Farhana binti Mohamad Noor
24102011 - 10052012
AlFatihah


Tuesday 9 October 2012

Happy Birthday Tokki!!!


wiken lps penat btol. sampai smlm terasa penat & mengantuk, huarrgghhh... eh, tu smlm, hihihi...

well, ari sabtu haitu kami celebrate besday abah. b4 tu, kami just plan gitu2, je, nak masak2 & makan2, puas sket dr makan kat kedai (mcm besa aku la tukang masaknye kan, huhuhu)..

tetiba pagi sabtu tu adik aku kol. katanya ade perubahan plan... mende plak neh... rupanya ade ramai org kat umah, pakcik makcik dr Ganu (adik beradik abah) dtg nak pg kenduri kat KL. so mlm tu kena masak byk la sket... aku pon, HAH??? aiyooo... masak utk ramai org tak penah la plak, slalu utk kaum kerabat je...

ptg tu lps zohor br gerak dr bbbangi, baru nak cari brg nak masak, hihihih...(lps zohor kemende :p). pkol 4 br sp tesco, skali xde lamb! JENG3x.... hahahaha... dah gelabah dah ni, maklumla dah ptg... bobo kata, kan aku dah ckp, tesco xde, carefour yg ade byk... aku pon tersengeh2 kat situ, laju je tolak blk troli, keluar blk menuju ke carefour BTHO... sampai2 je, tak tgk kiri kanan dah, laju je trus ke seksyen brg mentah... alhamdulillah... YEAY! rembat ntah 20 keping kot kambing, ayam besar 2 ekor, nugget, wedges, dan segala brg2 laen keperluan utk masak...

sampai umah dah dekat 5.30, hahahah... mak aku dah paham dah, xde nye aku ni bleh nak dtg awal2 pon, so dorg dah siap2 siang lauk2 laen iaitu udang galah & ketam (sbb ari sebelumnya abah br blk dr Sabah - kompem la sekotak bwk balik)... aku pon memulakan tugas... marinate kambing dlu, lps tu ayam, lps tu br seafood... tgh buat2 keje, tetiba syam kol: along ade katne? aku kata: kat umah mak ni, balakong, knape? syam kata: ooo.. ok la tu, kitorg kat JJ ni, japgi kitorg singgah bleh? aku kata: eh, singgah je... hihihi... kira perfect timing la... aysar dpt jumpa tokki, wan ngan pak mak sedara dia, skali dgn sedara-mara belah Ganu haini... alhamdulillah...

tgh aku sebok2 berbau kambing kat dapor, syam kol, katanya dah sampai... aku pon trus ke depan membuka gate. abah kata, sapa dtg? (sbb yg laen semua dah ade)... aku kata: anak sy nak dtg, hihihi... lps dok borak2 jap, dukung2 aysar, tpaksa sambung masak kat dapor, huhuhu... sori ummi aysar, ummi bz haitu, hehehe...

lps maghrib je, semua makanan pon ready, so majlis pon mula... 1st potong kek, lps tu amek2 gambo, lps tu ade ucapan sket drpd tuan badan, baca doa selamat sket, salam2 ucap tahniah, and finally, MAKAN!!!! fuh, licin sioottt... masak nasi goreng penuh seperiuk pon tak cukup, kena masak nasi putih tambah, hahahaha... yg best, kambing pon abes! b4 tu, bukan maen lg masing2, err... tak makan kambing... last2, yg tu licin dlu, hahahah... sonok2...
tulisan di kek... hai omak den, tak romantik btol, bak kata cheyu, mcm kek sponsor kat pejabat je. hahahaha....

antara yg hadir... kelihatan aku yg berbau kambing itu, hahahah....
hhmmmm, sedapnye... nyam2...
selamat hari lahir yg ke 60 abah, semoga terus dipanjangkan umur, murah rezeki, dipermudahkan urusan di dunia & akhirat, dilapangkan waktu utk beribadah... terima kasih krn menjadi bapa & suami yg terbaik utk kami semua.... mmmuuaaahhh!!! saaaayang abah!
tokki & cucunya - hazril, zara, aysar & irfan...
my children - zara & aysar... :D

Tuesday 2 October 2012

Kau Yang Terindah – Alyah



Ku Disini Mengalunkan Rindu Yang Resah
Aku Disini Memuja Bayangmu
setiap Detik Degup Nadiku Hanya Untukmu
Cinta Membara Jiwa Gelora
Kau Yang Terindah Didalam Hidupku
Hanya Cintamu Mekar Selamanya
Tak Inginku Lagi Mencintai Yang Lain
Kau Telah Mengikatku Selamanya

Ku Disini Menantikan Janji Yang Hilang
Aku Disini Menghitung Harapan
Setiap Detik Tiap Nafasku Ada Cintamu
Bagai Semalam Semuanya Hilang
Kau Yang Terindah Didalam Hidupku
Hanya Cintamu Mekar Selamanya
Tak Inginku Lagi Mencintai Yang Lain
Kau Telah Mengikatku Selamanya
Ku Disini Menantikan Janji Yang Hilang
Aku Disini Menghitung Harapan
Setiap Detik Tiap Nafasku Ada Cintamu
Bagai Semalam Semuanya Hilang
Bagai Semalam Semuanya Hilang

Monday 1 October 2012

Peserta yang akan menamatkan cabarannya pada hari ini adalah...



aku & bobo mmg suka tgk Masterchef Malaysia (MCM). satu, sbb nak tgk bleh ke org mesia maen masak2 camni. dua, suka nak tgk people fr different background bleh transform diri dorg jd sorg tukang masak yg biasa kpd yg luar biasa... tp musim kedua ni dah tak se-best musim lalu, terlalu byk drama & unsur2 populariti semata2, bukannya nak tunjuk bakat/ expand ilmu masak-memasak sangat... agak kecewa gak la kan, huhuhu...

anyway, entry ni is abt my so called fav contestant, hihihi... mungkin entry ini agak bias, tp aku akan komen dr sudut masak-memasak je la eh, hihihihi - gelak lagi....
actually... Nur Shahida, or Shasha (as what we called her), is my brother's gf, heheheh... drpd masa dia nak pg uji bakat sampai dia terkeluar kami sentiasa memberikan semangat kpd dia, tp malangnya baru 3 eps dah terkeluar... sian... masa eps penyingkiran tu sedih la plak... rasanya sbb semua org pon bleh tgk yg dia ni akan jd antara pesaing hebat, tp hanya kerana tersalah faham konsep dah terkeluar (masalahnya aku pon paham yg sama, huhuhu... TOAST-teknik, bukan end product). takpe la, takde rezeki kat situ... ke sbb tak gedik2? oopss! :p
masa ni bleh control lagi... hahahaha...
sedih terpaksa berpisah dgn kwn2 baik di MCM2...
anyway, Dr ni bukanlah nak menang sangat pon pd mulanya. dia tgh tg tempat nak posting, so boring2 dok umah dia pg la audition tu. tak sangka la terpilih plak kan, tu la rezeki namanya...

sejujurnya masa mula2 dikenalkan dlu aku agak sinikal juga pd dia (sori Sya... ngeee~). looking to her background, aku tak sangka yg di mmg pandai masak, local & western food, tak kisah la main course ke, dessert ke, semua dia pandai. kami sekeluarga pon dah byk merasa hasil air tangan dia. tp dessert dia, aku cakap real ah, mmg seyes sedaaappp... mcm mkn kat kedai omputih! hahahahah...

aku br dua kali je sempat jumpa, skali kenduri di rumahnya, skali lg masa majlis aqiqah Hana... orgnya cantik (tp kat tv tak nampak sgt), tutur katanya berhemah, maklumla doktor kan, hehehe...

kalau tak silap, taun ni dah 4 taun dorg couple. harap2 berterusan la ke next level... dan nnt kalau dah kawen, jgn lupa la nak masak2 lagi utk kitorg, kami mmg suka makan, hahahahaha... (kalau dah asyik on-call je ble masa la plak nak masak, huhuhu)
pengalaman yg takkan dpt dilupakan... 
utk dapatkan resepi2 Dr, sila layari http://sugar-pepper.weebly.com/. enjoy! :D

Friday 21 September 2012

Beautiful Boy...



i watched this movie last nite... bleh review kat sini: http://www.beautifulboythemovie.com/about.html. it's abt a boy who shot his college mates and later kill himself...

when i watched this movie, i really could feel the mother's feelings.. kesedihan bila kehilangan seorang anak, yg tak diketahui punca & sebab... keep on asking & asking urself... towards some extend sometimes u will blame urself also... because we are the mother, the one who supposed to protect ur child....

but this entry is not abt the mother. i'm more interested to talk abt the father... this couple dah towards their separation when this scene happen. aku teringat kata2 ayahnya (lebih kurang la): i really wan't to get out of this (the marriage) but i got stuck because of him! (the son)....

believe me, walaupun org slalu kata, lelaki mesti nak anak, sbb tu kalau takde dia nak cari laen, tapi sebenarnya sudah ramai lelaki yg tidak mahu terikat dgn anak, esp this generation, including mine...

having a child is the greatest responsibility on earth. u have to sacrifice everything, ur time, space, attention, love, etc... etc... it's lucky if u have a good 'sparing partner', but if u not, u have to bare with it for the rest of ur life. as a muslim, the way to comfort ur heart is just, semoga hidup ini diredhai & mendapat ganjaran yg setimpal di akhirat...

for a mother, having a child is a bless, sbb ramai lagi yg tak mampu utk merasai nikmat itu... semoga Allah tabahkan hati ibu ini, amiinnn....

Wednesday 19 September 2012

Updates...

malas... sbb tu xde ape nak tulis...

last two weeks, gagahkan hati utk ke matta fair... bukan sebab takut tergoda... kalau bukan sbb nak ke kelantan hjg taun ni sbb sepupu bobo kawen, mungkin aku tak ke sana... bukan ape, teringat last matta fair, kami pegi empat beranak, dgn ramai2 org tu aku kendong hana, bobo pimpin zara, plan & bought two trips, but satu pon tak sempat nak bwk hana... hhhmmmm....

lps tu, g kursus plak... pon perasaan yg bercampur, sbb pg kursus ala BTN, mcm yg aku pg bln 4 haitu. masa tu, aku risau, sbb 1st time tinggal hana, pikirkan plak brape stok nak tinggal, lps tu brape botol kosong nak bwk, sempat ke nak pump, lps pump nak simpan mana, etc...etc.... mula2 mampu bertahan, skali ble dah masuk blk, ade plak dorm mate yg mengepam... alahai... sedih nye akak.... dua malam kat situ akak tak mampu nak berbual riang kat bilik tu. mungkin ade yg kata akak sombong, but trust me, i was just not ready...

wiken baru rasa sonok sket. ari sabtu pegi kenduri, petangnya trus shoot ke kenanga mall... selain berjaya menghabiskan saki baki duit gaji, saje aku nak survey tempat ni, seswai tak nak bwk our counterpart shopping di sini kalau jadi meeting di kl. ye la, asyik kita je berabis kat negara dia, ape kata dia plak berbelanja sakan kat mesia, baru la adil, kan? hihihihi... ari ahad ke open hs terakhir syawal ini di rumah sepupu. ari senin masak2 utk famili. puas la zara maen, sampai bengkak hidung tersembam kat meja, tahan mengantuk punya pasal, hehehehe...

next week nak ke langkawi plak, ade mtg... skang ni pon aku dah rasa sentimental. maklumla, last pg langkawi bln 12 haitu. aku & zara bwk hana yg masa tu baru je abes hari, ikot mak bercuti... hhmmmm...

ok la, sambung keje... hidung tersumbat, tekak dah gatal2, kat luar plak dah mendung nak ujan, complete package... jgn tambah nak tido plak udah le, hahahahah....

Thursday 6 September 2012

A treat for myself...

hot cappuccino & amende role ntah, hahahaha 
being a bit lazy these day... i repeat, LAZY ye kenkawan, huhuhu... ntah hapa penyakit ntah, agaknya BFF nak dtg dah sbb tu jd mcm ni - alasan, lalalalala.... anyway, agar rasa lebih bersemangat hendaknya, aku telah menuju ke the Mines, had a pedicure (echehcheh) & redeem my drinks... 

wish me luck! hahahahahaha....

Monday 3 September 2012

Rumah Terbuka Aidilfitri 1433H

hari sabtu yg lalu, kami telah mengadakan majlis makan2 sempena aidilfitri... bobo insist nak buat kat umah kami memandangkan umah dah siap, dan dia nak jemput kawan2 dia dtg. slalu kami join open house mak je, tp bobo nak merasa jemput kenkawan dtg umah sendiri, so aku layankan je la. maka aku pon jemputla sesapa yg dekat & available, atau lebih tepat, kenkawan opis je, hehehe...

plan nak balik kames malam, tp sbb dua2 pon letih, balik ari jumaat je la. pagi jumaat, sempat la aku settle kan dlu kain baju & kerja2 umah yg laen. kang kalau tak siap ari senin dah keje, sure tak sempat nye. dah siap semua bagai, bobo kata lps jumaat la plak (padahal abt 6km je dr rumah, bukan jauh pon). lps jumaat, pg umah ibu (pengasuh zara) dlu, open house. dah kenyang br gerak...

memandangkan kami takut barang habis (kononnya, dr pagi tanak pegi), kami trus gerak ke pasar kajang. slalu petang2 ade lg lauk, kali ni abes! ha sudah, time2 cuti panjang ni mmg la kan, semua pon nak wat open house. tp aku bli gak bunga segar sket, saje wat wangi2, harga pon murah je, heheh.. turned back to our home, simpan barang2, shoot balik ke balakong, kunun nak cari barang basah huhuhu...

masuk2 econsave dah gabra, ramai la plak org, ade ke barang ni. skali masuk, hah ko... ayam SEKETUL pun takde. bukan sekor ye, seketul! cpt2 cr ikan kembung sbb nak wat laksa. alhamdulillah ade lg. tu pon kena pilih2 la. kedebak gedebuk pusing satu round, bayo, pg umah mak amek cheyu (adik aku yg bongsu). beliau adalah helper yg sgt penting utk aku, hahahaha.... amek cheyu, rushed pg tesco plak. kat situ lg best, 'ayam dah abes pkol 5.30 td kak, kalau nak dtg esok pagi, pkol 5 pagi ni dorg refill'. hahahaha, hamek ko. makanya esok jugak la misi bli ayam nye. tu menu bobo, menu aku (laksa) dah settle, heheheh...

pkol 11.50 baru dpt mkn dinner. wallaweh, lapo siot. 12.10 dah siap makan, hahaha... siap makan, trus naik atas, dgn brg2 yg penuh dlm keta, unload (2 kali la gak pakai troli), lps tu trus operasi mengemas! umah ni br siap renovate bagai b4 raya, so ni la aku br nak pasang langsir plus++. zara dah tak larat. buat susu, trus tergolek dpn tv. kami pun, pulun punye pulun, pkol 5 baru siap buat keje, hahahaha... gler dah tingtong time tu.

pagi sabtu, tgh siap2 nak masak, takde letrik plak! haish, byk btol dugaan neh. xpe2, tny jiran2 sebelah, biasa kalau ari cuti, dlm pkol 10 ade la, lambat sket sbb org cuti. ok, xpe2, kita wat benda laen dlu. skali nak siang ikan, pili plak leaking! hadoi... seb bek plumber bleh dtg. siap semua, operasi memasak pon bermula...

siap semua pkol 2.45 ptg. ajak org start 3.00 ptg. aku dah gabra. mandi & solat blom lg ni. xpe2, pelan2. elok aku dah siap, blom ade yg sampai. legaa... tp ble dah 3.40 xde org lg, aku dah cuak, ade ke org nak dtg ni. skali... Assalamualaikum... org pertama pon sampai... yeay!

alhamdulillah, kehadiran menghampiri target, so xde masalah kekurangan makanan, hehehe... tetamu terakhir beransur jam 8.15 mlm. ok la tu... abes semua, tergolek kami anak-beranak. zara pkol 9 dah lena. satu ari tak tido, sonok maen ramai kawan dtg, hehehe...

umah mak nak wat open house 16hb ni kalau xde aral... tugas aku skali lagi adalah masak.... masak ape? LAKSA buat kali ketiganya dlm bln syawal ini, hahahaha....
pandangan dr muka pintu... ni antara guest yg terawal...
makanan yg tersusun di meja... kelihatan tuan rumah juga sedang menjamu perut sendiri, hahahaha....


Thursday 30 August 2012

Gambar...

aku dlm fasa akhir utk siapkan album Hana... ye lah, at least that is one of the best thing i could do for my little girl... tetiba aku jumpa gambar ni...
hana... nyenyak...
zara... lasak sokmo..


















aku capture gambar ni 27 Disember 2011, subuh, about 6.45 pagi... aku capture gambar ni sbb aku masa tu teringat kat Rayyan, baby arwah Noria & Akram... lps aku amek gambar ni, aku cium dorg, lps tu aku peluk hana, aku kata, kawan adik dah xde ummi, sian kawan adik, ummi dia dah takde, dia dah xpdt susu mak dia...

tak sangka, lps lima bulan, anak ini pula meninggalkan ibunya... semoga mereka berdua syahid & berbahagia di syurga abadi... alFatihah utk arwah Noria Idris & Hana...

Monday 27 August 2012

Salam Aidilfitri...

wif my in-laws... fr left (up): bobo, kak izat (biras), amirah, syahmi & hazmi
fr left (down): mak, kak noora (kakak bobo), zara, syafiq, abg anuar (abg bobo), syafiqah,  kak linda (biras), ayah & of cos, ME :)
Rasanya masih blom terlambat utk aku ucapkan Salam Aidilfitri, hehehe... bulan pose haitu bz manjang. haini baru masuk keje, penat tak abes lagi, hehehe (malas la tu kan?) ngeee, saya cuma insan biasa :D

raya pertama sampai keempat dok kat bangi... taun ni buat pertama kalinya aku masak laksa utara. gler saspen sbb 1st, tak penah masak. 2nd, famili in-law kan org Penang, gler nebes kalau tak jadi. tapi, alhamdulillah... kerana dimasak dgn kasih sayang maka siap la laksa utara aku. katanya sedaaaappp, hehehehe. sonok2...

lps solat raya, hubby sambung makan2, lps tu trus pg ziarah pusara Hana... ramai btol org haitu. tp kubur tu mmg slalu ramai org, ramai sedara mara yg rajin berziarah, jarang la kalau dtg tu xde org... perasaannya? hanya Allah yg tahu... sedihnya lebih sedih drpd saat aku hantar Hana utk dikebumikan...  mungkin terbawa2 dgn perasaan kaum keluarga org laen juga... baru beri salam, air mata dah mengalir... but zara really play a great part... dia duduk sopan je, sambil memegang Yaasin. dgn bertudung tu, tahan dia berpanas. sambil kami mengaji, dia pon terkumat kamit mengikut. sebelum balik, sempat lagi zara berpesan, zara sayang adik, babai adik, kakak balik dulu, nnt kakak dtg lagi... hhmmm...

hari kedua penuh sepanjang hari berkunjung ke rumah sanak saudara bobo. malamnya kakak masak steamboat. sonok skali sekala kumpul keluarga. maklumla, keluarga ni payah sket nak berkumpul. bukan sbb duduk jauh, tp sbb dorg tak rapat. nak wat camne, huhuhu... raya ketiga lg best. pegi mandi swimming pool umah abg, petangnya bli KFC makan reramai, hahahaha... mmg le beraya style bandar, hihihi...

raya keempat baru balik kg aku, tu pon dah pkol 6.30 ptg baru bertolak, huhuhu... bukan sbb ape, saje bobo malas, bleh? boring btol, huhuhu...

anyway, raya di kampung taun ni tak sempat nak berziarah sbb tlg makcik rewang umah dia. my cousin menikah raya keenam, so kami sibuk kat umah pengantin je. ape2 yg terdaya & pandai nak ditolong, buat je la, yg mana part yg tatau @ tak berseni, takyah la nak nyebok2, hahahah... 
rewang... aku dah mcm makcik kiah kepoh je, hahahaha...
nikah ari Jumaat, hari Sabtu sanding, ari ahad mengantar umah lelaki. express je, xyah tangguh2... tp ramai la masa mengantar tu, ade 10 ke 11 buah kete kot, hahahaha... raya la katakan. rombongan lelaki pon tak seramai tu, gler minat famili kitorg involve mende2 camni, heheheh...
brothers & sisters... pokde, pokteh, cheyu, makngah & maklong...
pengantin... dah penat, hahahah...
ni acara baling2 coins & sweets, adat org Johor... korg ade? heheheh...
anyway, tahniah to my kasen Izrina & hubby nya Hairi, semoga kekal hingga ke akhir hayat... :D


Saturday 18 August 2012

29 Ramadhan 1433H = 100 hari...

hari ini dah 29 Ramadhan, hari ni juga genap 100 hari pemergian anak ummi, Hana...

andai Hana masih ada, ummi akan tersenyum meleret berhari raya membawa anak ummi yg chomel & chubby ni utk dikenalkan kpd saudara-mara... sambil tu mulut mesti potpet2 kat kakak yg berlari sana sini, maen dgn kakak2 & abang2 sepupu sepapatnya...

andai Hana masih ada, mesti aku akan seronok tgk dua beradik ni pakai baju raya sedondon, ke hulu ke hilir bersama mengumpul duit raya....

andai Hana masih ada, mesti ada byk lagi brg ummi nak shopping utk dua beradik ni melawa sepanjang raya...

tapi Hana telah tiada, tinggal lah kakak sorang2 beraya dgn walid & ummi... kesian kakak, sejak adik takde boring je, kalau dia rindu, dia akan borak2 dgn Dora, dodoi Dora dlm buaian, tepuk2 Dora sambil pujuk2, sama mcm aku penah buat kat Hana... kalau tak pun, dia akan belek gambar adik dia... tak pun, nnt dia akan tetiba je kata, Zara sayang ummi, sayang walid, sayang adik, semua sayang... last week balik umah tokki, tanak balik umah tok. seronok maen dgn sepupu2, ntah dia sedih agaknya dok kat umah tu, sapa la yg tau, kakak kecik lg nak paham perasaan dia sendiri...

semoga kami sekeluarga akan terus tabah dlm meneruskan hidup ini. masih banyak dugaan & cabaran yg bakal dihadapi. semoga nur akan hadir. semoga kami tidak lupa utk bersyukur...

Salam Aidilfitri drpd kami sekeluarga, salah & silap harap diampun...
dua pasang baju raya utk Zara & Hana... yg kaler pink dah dipakaikan & disemadikan bersama adik...

Tuesday 14 August 2012

Summer Olympic - London 2012

dah beberapa hari berlalu, tapi aku suka jugak nak cerita, hehehe...

banyak2 event sukan, aku mmg suka summer olimpik. lagi satu, FIFA world cup. sbb time ni la semua sports stars akan keluar dan berjuang berhabis-habisan utk negara masing2... dan selalunya time ni la jugak tetiba je ade bintang baru yg muncul, selain di mana rekod2 dunia yg baru akan tercipta...

aku paling suka of cos athletics... lari2 ni mmg feveret la, maklumla dlu2 olahragawati skolah, hahahaha.... next, swimming... pergh, kalau aku bleh berenang camtu bestnye, hahahaha... kalau zaman budak2/ remaja dlu, time olimpik mesti aku akan bli surat khabar berjenis2 sbb nak gunting gambo atlet kegemaran - antaranya Alexander Popov, legendary Russian swimmer. hensem sioott, hahahaha.... tapi tu la kan, zaman tu xde internet, kalau dpt gambo dlm paper ke magz ke, sonok sangat, gunting2, siap buat buku lagi - disusun mengikut acara beserta gambar... best, hehehe...

kali ni, aku tak bleh nak tgk sangat semua acara, lg pon rumah xde sports channel, nak harap dgn RTM tepaksala bersengkang mata mcm dlu2, tak larat la plak kan, tak keje plak nnt, hahahha... but at least aku akan cuba utk tgk part yg kalau ada atlet Msia yg maen... bukan senang nak pg olimpik ni, memandangkan masuk ikut merit dunia. mmg la ade yg pegi atas tiket wild card (olimpik ni yg bestnya akan bg can utk sebyk mana negara involve), tp perasaan membawa panji negara tu, priceless...

org bergaduh sana sini, ada yg kata misi olimpik London gagal, ada pula yg kata tidak gagal... for me, yes, gagal utk menepati sasaran... tapi tidak gagal dr segi persembahan & semangat yg ditunjukkan... bukan mudah nak memikul tanggungjawab. kita yg wakil skolah pon nebes, lagi plak wakili negara. cuma kena la tunjuk usaha tu lebih sket, kalau yg sambil lewa tu mmg la nak kena hampuk, hahahaha...

lg satu, aku mesti seronok nak tgk opening & closing ceremony... semuanya pasti akan berwarna-warni & menghiburkan... bagi negara spt Great Britain, of cos dunia hiburannya dikenali seluruh dunia, maka tidak perlu bersusah payah mencari sumber hiburannya. tapi ble tgk persembahan penutup dr Spice Girls & Take That, btol2 membawa byk memori la... takde yg spesific, cuma lagu2 tu mmg terkesan ble dinyanyikan semula. seronok ble teringat zaman uni, zaman blom ade masalah yg complicated, cuma kena pikir blaja je, tu pon dah rasa mcm masalah dunia, hahahah... dorg pon masing2 nampak nebesnya, maklumla dah lama tak beraksi di pentas besar spt itu, hihihi...

anyway, goodbye London, welcome Rio De Jeneiro... as for Malaysian athletes, jadikan pengalaman lalu sbg pengajaran, dan improve utk menjadi lebih baik. teruskan utk mencari pingat emas pertama Olimpik Malaysia. MALAYSIA BOLEH!

zila: semangat nak Merdeka, hehehe...    

Monday 13 August 2012

Ramadhan 1433H



Alhamdulillah, dah masuk minggu akhir Ramadhan, hujung minggu ni insyaAllah beraya la kita, hehehe...

Raya kali ni sama je mcm dulu2, beraya pertama di Bangi, huhuhuh... ape nak buat, tanggungjawab kan... cuma ada agenda baru yg wajib dilakukan, mulai Syawal ini dan akan datang, iaitu menziarahi pusara anak ummi yg chomel, Hana... Semoga Hana bahagia disamping Pencipta Mu sayang... mungkin raya ketiga kami akan bersenang2 dlu di rumah sendiri, raya keempat baru blk kg mak...

Ramadhan kali ni sibuk manjang, kalah bulan tak puasa, hahaha... tiap2 minggu miting je kejenya. maklumla, bulan tak pose semua pon bz otstesen, ble pose semua ade kat opis, berlumba2 la nak present paper masing2, kalau tak nnt tertangguh, dah nak akhir taun ni, nnt tak tercapai plak target tahunan, hihihi...

Alhamdulillah, Ramadhan kali ni sempat aku nak masak2 utk famili, mengikut permintaan org tua... haitu mak nak nasi ayam, selesai licin... last wiken abah plak request lamb chop, angah plak nak blanje sbb dpt excellent haitu, so ape lagi, ber-western food la kita, hahahah... lamb, burger bakar, french fires, jagung rebus, ayam panggang, plus cendol (mak buat) & air apple, pergghhhh.... hahahaha... kenyang alhamdulillah... abah balik tarawikh sambung lg makan lamb sorg2 kat meja makan, hahahaha... puas ati rasanya dpt masak utk org tua, kan? thanks to bobo sbb tlg marinate-kan & adik2 yg menolong, hehehehe....
wajah lamb chop... ade yg request raw/medium... hamek la korg, hehehe... 
harap2 aku akan bertemu lagi Ramadhan taun depan. bagi Ramadhan yg berbaki ni, meh la kita perabihkan dgn amal soleh... as woman, mother & wife, masak, kemas rumah & jaga anak juga ibadah kan? so, do your best! :D


Thursday 2 August 2012

Ingatkan....

aku ingat aku dah cukup kuat dan bersedia, namun Allah Maha Mengetahui, masih rapuh rupanya perasaan ummi...

pagi ni aku rasa agak panjang... sbbnya aku dah buat byk perkara pagi ni. mulanya ada amanat ketua jabatan di hq... makanya pagi2 lagi telah bersedia di lokasi yg ditetapkan, menunggu, mendengar, mengambil maklum, dan seharusnya bertindak mengikut arahan/peringatan yg diberikan seperti apa yg diamanahkan... aku tgk masa masih awal, lalu aku 'lari' sekejap ke cheras, melunaskan baki bayaran binaan pusara Hana yg masih berbaki. bln puasa ni kedai tutup awal, asyik tak sempat je nak ke sana. lalu aku pergi dlm keadaan hujan yg agak lebat. selesai sahaja tanggungjawab melangsaikan hutang, aku tekad utk singgah ke kubur walaupun hujan. alhamdulillah, di kubur hujan juga, tapi tak selebat di kedai tadi... aku tak turun, cukup sekadar melihat dr dlm kereta, sambil menyedekahkan alFatihah kpd anak ummi sayang... dah lama tak menyinggah, walaupun sering kutitipkan tahlil utknya... ummi sayang adik...

pulang ke ofis, bos ajak join mtg. mtg tu kat jabatan lain, maka keluar la aku semula... rupanya ada sahabat lama bertugas di situ... selesai mesyuarat, aku bersalaman sambil mengucapkan terima kasih kpd tuan rumah. tak disangka2 sahabat aku td bertanya: 'hari tu dpt baby ape?' BANG!!! terkesima aku ketika itu... cuba menyusun kata tanpa mengalir air mata - kang org pelik plak ape minah ni tetiba nagis plak, huhuhu... aku kata: 'errmmm, baby saya dah takde kak, baby girl, baru je tiga bulan, masa tu dia dah 6 bln setengah'. terkejut sahabat saya lalu meminta maaf... saya kata, tak apa... sudah takdirNya...

aku rasa aku dah cukup kuat & tabah, tapi nampaknya masih belum lagi... rupanya aku masih belum bersedia menjawab soalan se-spontan itu...

84 hari... alFatihah...

Friday 27 July 2012

Aroma Ramadhan datang lagi!



iklan sekejap :D



bila ramadhan datang maka banyak la tempat berbuka puasa menjadi pilihan... tahun lepas kami telah memilih untuk ke MAEPS Serdang untuk berbuka di luar bersama keluarga...
kakak & walid @MAEPS
kenapa kami memilih untuk ke MAEPS? sbb dekat dgn rumah kami & rumah mak, senang nak pegi, tak jem, parking pon banyak, tempat solat pun disediakan. harga juga berpatutan. makanan pula pelbagai, daripada makanan berat ke dessert, tak masuk lagi kambing panggang. yg penting, teh tarik kesukaan kami sekeluarga mmg terbaik di MAEPS ni....


well, taun ni nampaknya Aroma Ramadhan datang lagi... kali ni di tempat yg lebih besar dan selesa... daripada ruang restoran di MAEPS ke bangunan banquet UPM... pastinya siapa2 yg berniat nak bersedekah di bulan mulia ini boleh mencuba berkunjung di sini...



kakak & ummi, sambil tunggu azan...
harga yg ditawarkan pula adalah RM49.50 seorang... tema tahun ini adalah  ‘Semanis Aroma Buffet Ramadhan’ ... servis bermula daripada 23 Julai hingga 16 Ogos 2012, dari jam 6 petang hingga 10 malam... 


Untuk mengetahui maklumat lanjut atau membuat tempahan, sila hubungi 012-390 3191/ 012- 384 9091/ 012 – 313 1091 dan 012 – 382 5091 atau layari laman muka buku Ramadhan Buffet MAEPS...


enjoy!




Friday 20 July 2012

Ramadhan...

Alhamdulillah, Ramadhan dtg lg... insyaAllah esok umat Islam di Malaysia akan mula berpuasa. Alhamdulillah, Allah dah bagi aku peluang utk mengandungkan kedua2 puteriku pd bln Ramadhan. Tak pernah ada masalah time tu, malah Ramadhan dilalui dgn indah, tak pernah sehari pun terkandas, nikmat tak perlu mengganti puasa, agt best... tempoh hari aku sudah berkira2 bagaimana hendak menempuh Ramadhan kali ini. dgn kakak yg mmg tak penah miss sahur tiap2 taun, dgn adik yg nak manja2, dgn walid yg nak makan b4 tido... tp nampaknya itu semua hanya mainan fikiran ummi... adik xsempat nak beraya walau sekali, walaupun baju raya ummi dah beli, sama dgn kakak zara... hanya Allah yg Maha Tahu, moga roh adik dicucuri rahmat, amiiinnn... semoga Ramadhan kali ini memberi rahmat kpd kami sekeluarga...

Thursday 19 July 2012

Akhirnya.... ngeee~

frens,
kalau tak keje ni tak merasa la aku, hihihihi...
after 8 years serving this dept, yes, 8 YEARS ye kawan2, akhirnya aku telah diarahkan untuk menghadiri mesyuarat ke luar negara, hahahahaha.... kesiannn.... hahahahah... so, Bali was my 1st destination, 1st time flew oversea, whether for leisure or for working purpose, 1st time ye, hahahahaha.... siannnn... :p

antara patung2 yg megah di jalanraya
anyway, amek flight petang sbb dpt kelulusan lambat, tiket pon dah penuh... merasa la gak kan masuk MAS Golden Lounge, hahaha... seb bek tak jakun, hihihi... sampai2 je gler ramai org, rupa2nya musim libur - cuti skolah... patut la, org puteh ramai, org tempatan pon ramai... jalan pon sesak, sejam lebih br sampai hotel, huhuhu... dahle hotelnye agak angker, ade legend plaknye kat situ, hahahaha... gler seram, hihihi... sampai2 je trus msk prep mtg... pkol 11 br settle...
hari kedua start mtg... supposedly kalau indo yg jd tuan rumah, dorg kena la settle semua. tp memandangkan kali ni sekretariat baru, makanya mcm2 la tak sempurna... dtg dahle ramai, tp keje, hhmmm... susah nak cakap... kami yg dua kerat ni la terkejar2 naik trn hotel... anyway, miting berjalan lancar walaupun ade la yg tak sependapat sana sini. adat la kan, nama pon miting kan...
hari ketiga dah diatur sesi berkenal2an dgn Bali... kami dah request supaya bwk pg tgk tempat melawat... tapi ntahla, agaknya based on komisen driver, byk tpt shopping dr melawat... hasilnya? terkejar2 kami kat Tanah Lot tu... dahla bg masa 1 1/2 jam je, mana nak solat lagi, nak tgk sunset lg, nak berkejar dr bukit ke bukit... haish... seb bek dpt partner yg dah penah pegi, kalo tak sure buang masa tercangak2 kat situ, hehehe...
kat saranam... paddy terrace, saujana mata memandang...
sibuk org tua2 tu psl kopi luak, padahal dah tau haram, saje nak bg 'panas', hihihih...
selamat datang ke Tanah Lot!
kunun chomel :p
cottage yg ala2 je, internet pon takde, huhuhuh...
hari balik after settlekan keje2, kami pon pulang... itupun ada ka our counterpart dah balik dlu... camne la dorg ni wat keje... haishh... moralnya, kalau dah pg sbb keje tu, sila la utamakan tugas dlu drpd agenda sendiri ye... mana2 pon sama je ni, nama pon manusia kan... peringatan ni utk diri sendiri juga...

babai Bali, ada rezeki dtg lagi, byk lg tempat menarik yg blom pegi :)
so, enuf talking abt work... hhmmm, ape ada dgn Bali? bila dah dtg sendiri, baru la boleh tau kan, kalau tak asyik dengo citer org je, hehehe... anyway, aku rasa dah byk improvement Bali ni. i still remembered my mom said, kalau pg Bali, nak tido pon takut sbb kat mana2 ade patung barongan tu... but that was back in the 90s... skang aku tgk dah xde dah patung tu kat bilik. plus siap dah ada penanda arah kiblat, senang nak solat. surau (or they prefer it called musolla - hihihi, mcm kat skolah dlu plak) pon dah byk, kat hotel ade, kat restoran kitorg makan tu pon ade, kat Tanah Lot pon ade... senang nak solat, cuma nak buat ke tak je kan, heheheh... tepuk dada tanya iman... makanan muslim pon dah byk. kata pemandu pelancong tu, ramai muslim dr jawa dgn minang yg dtg bukak kedai, kalau tak org tanak dtg Bali mcm dlu, susah makan... hhhmmm, pandai pon... itulah kuasa muslim consumers, right? kena la sensitif sket, walaupun menu kegemaran ramai di sana adalah b**i guling, miehehehe....sana sini pon dah ramai kelibat org tempatan yg bertudung, so i assumed numbers of muslim pon dah bertambah, alhamdulillah... as we know, 80% of Balinese are hindus... mungkin juga ramai yg mendapat hidayah lps Bali bombing? who knows...
on my right, my partner in crime, tenkiu Rashid!
insyaAllah, ada rezeki aku dtg lagi... masih byk lagi tanda2 ciptaan Allah yg cantik2 blom aku tgk kat sini. dtg keje tak best, lain kali dtg bercuti, dan pastinya dgn keluarga, baru la rasa keseronokkannya, weeeee.... 

zila: nak puasa dah... salam Ramadhan 1433H

Wednesday 11 July 2012

Johor - Singapore trip...

entry ni dah lama nak buat tp bz la plak lately ni, hehehe...

end of last month (gler dah basi, hahaha) sepupu aku sebelah mak menikah... so kami pon pakat ramai2 berkampung di JB... sampai ngam2 time menikah, elok aku masuk umah je selesai, haish... hahahah... lambat beno gerak nye, mana la nak sempat, hahahaha...
keluarga pengantin
kami & pengantin

pakai baju pengantin 5 taun lalu, hehehe... million thanks to my daughters for helping me loosing my weight, hehehe...


anyway, lps menikah xde ape nak menolong sgt sbb semuanya cater, lg pon wat kat dewan... sesambil tgk pengantin ber'fotogedik' (hahaha), tolong2 la ape yg patut, prepare utk makan mlm dgn isi goodies utk para tamu... zara pon sonok isi goodies, sampai makan pon tanak, hahaha... jumpa cousins ramai2, sonok la... mak nye pon sama, ngeee~


esoknye, lps majlis kat dewan, kami rushing ke hotel utk check-in... plan ni dah lama, nak g spore sekeluarga, alang2 dtg kenduri ni... bli pon time hana ade lg, masa matta fair bln mac haitu... tp xde rezeki nak pg 4 beranak... ape pon kami continue je la :(....


btw, ptg tu kami jln2 dlu pg JPO - Johor Premium Outlet... wah, terasa mcm org kaya2 je, hahahaha... keluar masuk butik, mcm la nak bli kan, hehehe... tapi kan... tapi... kalau ade bajet & brand yg kita suka (tp tak kisah sgt fesyen lama ke tidak), kenkadang ade je yg mampu dibeli... kira nasib la... masa kitorg pg haitu tgh ade sale. agaknye dorg join megasale, so ade la yg boleh dibeli... dpt la aku baju GAP berharga RM20 je, gagagagaga.... ;)


bobo & his fav brand

zara pon nak jugak, hehehe

ok, back to our story ke Singapore... kami dpt package yg berbaloi la gak... utk 3hr 2 mlm, hotel (JB)-bas pegi balik dr hotel-entry ticket ke USS = RM716 per couple... kalau nak tau, ni la 1st time aku jalan2 luar mesia, hahaha, so 1st time la gak wat pasport, hihihi... jln dekat2 dlu, ada rezeki baru pg jauh sket, ngahahahaha...


tiket printed dr travel agent-seb bek xde masalah, huhuhu
peta yg harus ada di tangan anda sepanjang masa :D
best gak la g USS ni... esp utk budak2... tp ade gak la yg aku & bobo tak naik sbb ade range ketinggian (bukan kami da... zara...). bobo tanak masuk kalau dia sorg, so kitorg tgk je la, hahaha... tp tobat la, kalau roller coasters tu (ade 2 eh), mmg aku takkan naek la, gayat siot, tinggi gler, eeeiiii... serammm... :p


beberapa perkara abt our trip to USS:
1. pakai la baju yg nipis2 je, xyah la nak pakai inner bagai, pakai tshirt sudah, sbb panas dowh, kang ade yg sawan kena migrain plak, xleh nak enjoi...
2. sila bwk baju hujan/ poncho utk anda maen mainan berkaitan air - kalau tak, confirm lencun gler, bau achem! hahahaha
3. sila bawa botol air beserta minuman sbb panas, nnt haus - of cos ade jual air, tp kalau dah ramai2 pengsan plak nak membeli nya kan? kalau botol dah kosong ade water cooler, bleh refill
4. makan kira senang la sbb ade restoran yg ade tanda halal MUIS. so, pd aku xyah la nak was2 lebih2, insyaAllah selamat, ngeee~
5. tempat solat juga disediakan
6. pergi la waktu tengah bulan mcm kami, insyaAllah tak beratur panjang, hahahaha... kalau peak season, tpaksa la top-up lg SGD30 (kalau tak silap), utk express ticket - dpt potong que, hehehe...
7. sila bawa juga tuala kecil/ sapu tangan utk mengesat peluk yg menjejes2 tu
8. kalau malas bwk payung, bwk la topi, lps tu jgn lupa pakai sun block, hihihihi (poyo)
9. sediakan duit lebih sket utk bli cenderamata & nak amek gambo dgn karakter kegemaran anda
10. lagi? ntahla, aku pon dah tak ingat, hahaha

moralnya, pegi la kalau ade rezeki, seronok gak, mengalahkan budak2, hehehehe...

sonok nyer!!!


zara & walid @waterworld

zara & ummi


hey gloria!
transformers!
waktu solat kat surau
gediks kat keta polis :D



zila: next i'll story abt my 1st official oversea trip, hihihi...