Friday 28 March 2014

Hello2!!!

isk, lama btol tak update, huhuhuh... citer pon semua dah basi, sampai tatau apa citer, hahaha...

now mmg laaaa sangaaatttt la bz. kadang2 aku pon kompius apa yg aku buat sebenarnya kat opis ni, hahaha... sampai pengarah aku pon kata aku ni kerja rencam, hahahah... oh yes, pengarah dah ada setelah sekian lama, xyah la aku report semua kat my previous bos yg aku citer haitu, hehehe... lega... dia plak mcm ada idea nak restructure, harap2 bleh la buat keje on specific desk lps ni, keje rencam ni yg bestnya dpt la tau semua, tp masa xde la, tertinggal sana, terlajak sini, siap tu mmg la siap, tp prosesnya tu sgt mendebarkan la, hahaha...

well, zara pon dah beso skang. haitu dia pg school trip ke Kidzania. happy gler, balik pengsan, hahaha... dah beso xde dahla drama air mata mcm masa trip last year. kali ni steady je, mmg enjoy abes la. few weeks after tu dia tak sihat. muntah2. dia tak penah muntah camtu. drpd tghr sampai pkol 4 lebih tu 3 kali muntah, aku amek je, muntah lg kat dpr skul, sampai klinik muntah lagi. cuak jugak rasanya. alhamdulillah aku bwk pg klinik kesihatan, doktor cek perut saspek kena kencing kotor. what? budak kecik pon ada ke? so dia soh wat urine test, and yes, mmg cfm kencing kotor. then aku tny la, apa sebab kena ni. dia kata biasanya kebersihan. lg pon budak pompuan mmg senang kena sbb our private part tu kan sensitif. oh yes, budak lelaki pon ada potensi kena selagi dia tak sunat, sbb benda kotor senang lekat kat kulit yg terlebih tu. bukan apa, dia sorg je kena, org lain ok je kat skul tu. aku saspek air paip tak elok, maklumla kan catu sana sini. bila bukak tu tak berapa nak bersih...

oh bab air plak, umah kami akan takde air start maghrib sampai abt 2 pagi, everyday... so kalau aku masak/ bli ke, pinggan mangkuk dinner tu subuh la baru basuh. sama jugak kain baju, bangun pkol 3 just utk on mesin basuh. tp alhamdulillah, time wiken dia tak tutup, just slow je. ok la kan, drpd kwasan lain (termasuk umah mak) yg ada air 2 hari, tutup 2 hari. pening wooo....

btw, insiden MH370... just nak komen sket je. kalau tak penah terlibat dgn situasi seumpama SAR, xyah la komen banyak... bukan senang nak buat press statement, bukan mudah nak coordinate pasukan, bukan calang2 org boleh bercakap & deal with negara lain utk tolong kita. semua perlukan diplomasi. dan semua perlukan kebijaksaan, selain kesabaran yg amat tinggi. kesihatan nak kena jaga in stead of tak tido byk hari sbb stand by for, only God knows what... siapa lagi nak pertahankan negara kita kalau bukan kita sendiri. stand by your country please, we have done our best at our own capacity to handle this. as for the families, redha, redha, redha... apa jua pengakhirannya, redha. kita ada Tuhan yg Maha Pencipta, maka jadilah org yg beriman sepenuhnya. mati boleh jadi di mana2... dan salah seorg mangsa adalah kakak ipar sepupu aku, yg pergi suami isteri utk bercuti aka honeymoon tu.... berdoalah semoga Allah memberi yg terbaik kpd mereka... alFatihah...

ok la, nak sambung keje. owh, pokteh dak dpt posting pg Kanowit, Sarawak... mak tak abes2 pesan, jgn kawen dgn org swak! hahahaha... maklumla anak kesayangan... kang jauh plak nak balik kg, hehehe...

salam jumaat frens!