Tuesday 31 December 2013

selamat tinggal 2013, selamat datang 2014...

semua org kalau cakap tahun baru mesti tanya psl azam... apakah azam tahun baru? adakah azam thn ini dah tercapai... bla3... azam mestilah sesuatu yg realistik, mampu dicapai dan tidak bersifat subjektif. kita perlukan motif yg jelas kalau mahu berazam, bukan hanya mengikut org lain yg entah tercapai ke tidak azam2 sebelumnya...

anyway, pokde dah selamat bertunang. insyaAllah akan bernikah 6 Jun 2014. ada rezeki ai jemput la uols eh, hehehe... sonok nak kenduri ni sebenarnya. tp cam sedih la gak kan, sbb slalunya pokde la yg slalu senang nak mtk tlg, physically or financially, hihihih... tahniah... and welcome sya to the family. kuorga ni sengal sket, tp penuh dengan kegembiraan dan kasih sayang, chewah, hahahhaha...

our family... oh akak nampak gumuk ble duduk, atau sebenarnya mmg dah gumuk, hehehe...

now akak berdiri... ada beza tak? hahahahahah....

Monday 23 December 2013

Anak itu amanah....

hai... sedih la plak nak citer topik ni hr jumaat camni... but aku kena kongsi jugak, so akan menjadi iktibar kpd kita semua... (entry ni halfway jumaat & halfway sambung haini, hihihi)

insiden ni aku tgk hr isnin haitu... kat skolah zara... ada sorg budak ni, i named him as mat jelah eh. mat ni mmg la, ada je citer yg zara bwk blk psl dia. ada skali tu dia cubit pipi zara sampai melecet, lps tu mcm2 lg la psl mat ni. bila aku tgk budaknya, aku rasa mmg mcm ada s/thing yg tak kena. aku ni malas nak amek port sangat kalau bab2 budak2 kat skul ni, yelah ntah anak kita yg mula dulu ke, lps tu gaduh... yg penting dengar dlu, jgn tros sentap je...

tp kes mat ni special... lama aku perati, dia pegi balik skolah nenek yg hantar. fine, ramai je buat camtu. tapi bila time sukan pon nenek, time jamuan raya pon nenek, time concert pon nenek,aku dah rasa semacam. ada 'sesuatu' budak mat ni. nakal dia pon lain macam. semua budak pon penah kena. cikgu pon aku tgk tahan sabar je kalau dengan mat ni. time to time mesti nenek dia akan stay lama sket jumpa cikgu beso. mesti ada je hal nya...

sampai la hr isnin mg lps, time balik skolah... ada drama antara nenek & mat. nenek marah2 sambil menujah2 kepala mat. mat menangis, tp tangisan  yg mcm slalu kita tgk kalau anak kita sengaja cari pasal. nenek marah lagi - ko dgn aku ko jgn main2!!! - sambil menuju ke kerata. mat mengekor. nenek tunjal lg kepalanya ke dlm pagar sekolah. mat nangis lagi... zara plak lambat keluar. tak sanggup tgk aksi seterusnya, cepat2 amek zara menuju ke kereta.  kelihatan seorg cikgu sedang membantu...

malam aku xleh tido, ternampak2 perlakuan nenek kpd mat. bagi aku yg dah pernah kehilangan anak, perlakuan tersebut sangat mengganggu emosi. bayangkan kalau depan org boleh buat camtu, mcm mana agaknya nasib mat di rumah... cuba bertanya teacher farah, hari rabu baru dpt jawapan...

sangat sedih rupanya kisah mat. ayahnya mati ketika dia dlm kandungan. katanya eksiden, wallahualam, cikgu pon tak tanya byk. bila ayah mati, mak depressed, makan ubat, affected kat anak, so lahir as hyperactive (diagnosed). mat ni makan ubat pon mcm tu, tak makan ubat pon sama, so nenek decided to stop giving drugs. mat ada kakak. tapi bila mak mat kawen baru, laki baru mak tanak mat, nak kakak sahaja (or kakak ada org lain bela, aku pon kompius disitu). takde sapa nak jaga mat. tidak lain dan tidak bukan, tugas menjaga mat ditanggung oleh nenek.

nenek... kalau masih muda mungkin boleh bersabar. nenek pon dah tua, hati pun sakit agaknya, kesabaran pon dah kurang, maka herdikan la kesudahannya. zara kata nenek dia mmg pesan kalau nakal di sekolah, ikat sahaja di tiang, ataupun ikat mat dengan baju alas gunting rambut. aku bayangkan dah mcm kat asylum rupanya... tapi sekolah takkan nak buat. kang kena report kat gomen, terus xleh beroperasi. kata farah, nenek mat sendiri kata, kalau kat rumah mmg kena sepak terajang je dgn pakcik2nya... astaghfirullah...

maknya pernah sekali dtg, tp farah kata mmg mcm tak boleh harap. mcm on drugs pon ada, terpisat2... sekolah ni yg paling lama amek dia, setengah taun. kalau sekolah lain, tak sampai berapa minit cikgu dah kol balik, siap pulangkan deposit sbb tak tahan. sekolah zara mmg ada amek 'special kids' abt 5 org, so mungkin cikgu kat situ sabar sket kot. wallahualam... tapi semua pun dah tak tahan. next year 6 taun, dorg pun dah tanak amek. katanya dah register skolah lain, tatau la apa nasibnya lps ni.

mat ni nakalnya tak terbendung. yelah, hyperactive... sepatutnya dibawa utk terapi or group counseling. cikgu2 di sekolah zara pun cadang yg sama. ataupun bawak ke maahad tahfiz, supaya jiwanya dirawat. ini bukan sakit fizikal, ini sakit rohani... even pernah ditanya, kalau dibawa ke pakar pon boleh dikategorikan as OKU, sbb dia mmg 'istimewa'. but nenek kata, once dah kata OKU, then dia akan serahkan kat rumah penjagaan. how???

sesungguhnya anak itu amanah... anak itu rezeki... kasihan mat, aku pun tatau apakah pengakhirannya. kasihan juga kpd nenek, sudah bukan waktunya utk menjaga anak sebesar/ seperti itu. sabar mesti ada, iman mesti kuat. semoga nasib mat akan terpelihara. semoga mat sentiasa di bawah lindungan Allah. amiinnn...

Monday 9 December 2013

citer bulan doblas...

hhhmmm tempat baru ni bz la aku akhir2 taun ni kan, dah katanya dok kewangan, dgn ramai yg xde sbb cuti besalin, makanya aku ni dah jadi keje rencam, semua pon nak kena buat...

ada pros & cons la kan, as usual... sama ada boleh buat semua tp dgn kualiti yg average je, ataupun jadi excellence sbb dpt buat semua benda mengikut apa yg diharapkan oleh bosses... i donno... tempat baru, takleh nak agak. just berdoa agar semuanya sempat dibuat & disediakan dengan cukup lengkap, amiinnn...

btw, last wiken aku mcm besa la, bz kan hal ehwal kuorga yg kecik ni tak abes2, maklumla laki tak keje opis, sapa lagi nak tolong buat keje dia, ahkak la jugak kan. (tu aku kata, aku ni keje rencam, dari keje opis hingga keje umah, dari jadi bos sampai jadi kuli, semua pon sapu, hahahaha). so ble balik umah mak, tros offer zara tinggal sana satu malam so dia bleh spend time dgn bff dia - cheyu (hahahahha) dan kazens nya, takde la keboringan mengikut mak bapaknya sana sini. bukan main lagi sonoknya, sabtu malam tido lambat, pagi ahad pon bgn lambat, tghr pg tgk wayang citer frozen, lps tu ikot makngah/ pokde/ cheyu jln2 alamanda, hehehehe...

rupa2nya..... seb bek la zara tak ikot kami... keta aku jatuh ekzos kat semenyih smlm!!! haiyoo... takde bunyi takde apa, tetiba je, zzeeeeerrrrrr.... bunyik benda gesel kat jalan. skali turun tgk dah jatuh selebuk. hhhmmmm... kalau ada budak mmg leceh abes la. so kol la etiqa nye auto assist. bapak lambatnya datang!!!! seb bek tak ujan, lepak kat gerai tepi jalan. kalau ujan? wallahualam... anyway, dah htr tros kat bengkel dpn umah. haini nak tgk apa citer.

btw, pokde jadi nak kawen, hahahaha... yg klakarnya, haitu last2 mak aku kata, kalau jadi pon takpe, kalau tak jadi pon saya takde hal. yelah kan, kita belah lelaki lagi bleh jual mahal kan... tetiba rupanya maknya tanya, lambat lagi ke org sana nak dtg minang? OOOOO  JADI RUPANYA!!!! HAHAHAHAH.... alhamdulillah... ingatkan tanak, hahahaha.... so smlm jugak bli segala mak nek dulang hantaran. ahkak jugak la nak kena hias haaaa.... (ada ke masa aku ni, huhuhu)...

gtg frens... keje banyak pon nak berblog lagi, hehehehe... tata...