Wednesday 29 October 2014

and... it's a boy!

Alhamdulillah... dah 57 hari bb yg ditunggu telah lahir ke dunia... Ahmad Aris Farhan bin Mohamad Noor... Senang je kan pilih nama anak, nama kakak zara campur nama kakak hana, hihihih... janji ada makna baik, no problem...

aku diarah utk menyerah diri pd 2 Sept jam 8 pagi kat Hosp Serdang. memandangkan dah arif dgn keadaan spital yg sentiasa heavy traffic, makanya lps htr zara skolah, aku siapkanla kerja rumah apa yg patut, baru la gerak g spital. sampai dlm pkol 10.30 pg, register kat dewan bersalin. kalau ikutkan dptla aku msk 1st class kannn... siap dah tulis nama blk. tp kan planned czer, mmg berangan je la jawabnya. tpaksa tg jugak wad O&G tkt 5 tu kosong. haaa kau, pkol 3.40 ptg br dpt msk wad, huhuhu... tpp mmg ramai btol haitu. kat tpt check up dewan bsalin tu semua penuh bersilih ganti, walaupun ada 10 beds. yg menunggu bukak tak bukak, duduk lenggang kangkung je pon ada dekat 15 org termasuk aku, hihi... mana la tak jem wad tu ha. tak kira lg yg dtg mmg trus nak beranak. mmg yg belum nak beranak ni kena mengalah la jawabnya. 

Alhamdulillah, bb aris lahir 3 Sept, pkol 11.56 pagi, iaitu giliran bilik bedah yg nombor 4, hew3. haitu je ada 6 cases nak kena bedah, lom msk yg emergency lagi. isk2 dahsyat... masalahnya aku pkol 6.30 pagi dah dipakaikan tiub kencing tu. wwaaaaaa... tak selesa btol. aku rasa lbh 10x aku kuar msk toilet sbb neves, mula la rasa nak berak la, hapa la. mmg tak duduk atas katil pon lps tu, lepak kat kerusi je. pkol 11 br disorong ke blk bedah. aku disuntik ubat tambahan utk mengelak tumpah darah buat kali ketiga. tp alhamdulillah bacaan hb aku b4 operate tu 11.5, kalau tak dlm 9.5 je, so xde la risau sgt. sampai blk bedah, mcm biasa la, kena perkenalkan diri, baca tu baca ni, maklumla takut kang tersalah bedah plak kan. tp dr anesthetic tu siot je. dia kata, puan dah kali ketiga kan? ala sama je... hew3...

tp effect ubat kali ni mmg kuat. rasanya ada 5x aku muntah kot lps operation tu. rasa mcm hangin satu badan. terasa sakit kat tpt luka tu. 1st time la rasa sakit operation... b4 ni biasa je. mcm aku cakap haitu, kali ni terus ikat. tiga doktor tny aku blk masa kat wad tu, cfm ke nak ikat, sbb tak boleh bukak lagi. kalau rasa nak bb lg kena pk IVF la, hihi... aku kata, cfm, sbb aku tau byk masalah everytime nak bsalin. aku tanak compromise my health towards benda yg belum tentu. jagalah anak yg ada in stead of tamak nak beranak lagi. agaknya Allah pun nak beri petunjuk. org sebelah katil aku uri dia dah termasuk dlm pundi kencing. dia pon ada history placenta previa. mmg option dia adalah kena buang rahim masa beranak. aku doakan dia & anaknya berjaya diselamatkan...

doakan semoga Ahmad Aris Farhan menjadi anak yg soleh, cergas & cerdas. doakan juga rezeki susunya melimpah-ruah spt arwah kakak hana... yg penting, doakan aku rajin mengepam, hahahhaha...

nnt kita cerita pantang plak eh (kalau sempat :p)

budak ensem suka dibedung... :)