Thursday 2 August 2012

Ingatkan....

aku ingat aku dah cukup kuat dan bersedia, namun Allah Maha Mengetahui, masih rapuh rupanya perasaan ummi...

pagi ni aku rasa agak panjang... sbbnya aku dah buat byk perkara pagi ni. mulanya ada amanat ketua jabatan di hq... makanya pagi2 lagi telah bersedia di lokasi yg ditetapkan, menunggu, mendengar, mengambil maklum, dan seharusnya bertindak mengikut arahan/peringatan yg diberikan seperti apa yg diamanahkan... aku tgk masa masih awal, lalu aku 'lari' sekejap ke cheras, melunaskan baki bayaran binaan pusara Hana yg masih berbaki. bln puasa ni kedai tutup awal, asyik tak sempat je nak ke sana. lalu aku pergi dlm keadaan hujan yg agak lebat. selesai sahaja tanggungjawab melangsaikan hutang, aku tekad utk singgah ke kubur walaupun hujan. alhamdulillah, di kubur hujan juga, tapi tak selebat di kedai tadi... aku tak turun, cukup sekadar melihat dr dlm kereta, sambil menyedekahkan alFatihah kpd anak ummi sayang... dah lama tak menyinggah, walaupun sering kutitipkan tahlil utknya... ummi sayang adik...

pulang ke ofis, bos ajak join mtg. mtg tu kat jabatan lain, maka keluar la aku semula... rupanya ada sahabat lama bertugas di situ... selesai mesyuarat, aku bersalaman sambil mengucapkan terima kasih kpd tuan rumah. tak disangka2 sahabat aku td bertanya: 'hari tu dpt baby ape?' BANG!!! terkesima aku ketika itu... cuba menyusun kata tanpa mengalir air mata - kang org pelik plak ape minah ni tetiba nagis plak, huhuhu... aku kata: 'errmmm, baby saya dah takde kak, baby girl, baru je tiga bulan, masa tu dia dah 6 bln setengah'. terkejut sahabat saya lalu meminta maaf... saya kata, tak apa... sudah takdirNya...

aku rasa aku dah cukup kuat & tabah, tapi nampaknya masih belum lagi... rupanya aku masih belum bersedia menjawab soalan se-spontan itu...

84 hari... alFatihah...

8 comments:

  1. dear.. kau memang kuat, cuma kekadang kita ni ibu so senang sangat tersentuh sbb kita dah terbiasa kendung dia 9bulan, tersentak jaga bila dia merengek tengah malam, melekap bila x sihat. aku yang ikut baca pun boleh berlinang nak pulak diri yang menanggung. you take care.. just remember that zara needs you more.

    ReplyDelete
  2. thanks dear... tabah aku mmg utk zara... kenkadang sian tgk dia xde kawan. slalu ade gak tempat dia nak menyakat. u own 3 girls, u know best, hehehe... doakan yg terbaik utk kami sekeluarga. btw, selamat berpuasa!

    ReplyDelete
  3. alamak. aku takleh imagine aku kat tempat kau dan macam mana reaction aku.
    but kau memang calm and tabahla babe.

    *hugs*

    ReplyDelete
    Replies
    1. hhmmm... aku serious tatau camne nak react, sbb mmg tak ingat langsung mula2 tu ble last time jumpa dia. ble dah ingat balik, rupanya aku jumpa dia a week b4 cuti bersalin, dia dtg mtg aku, mmg patutla dia ingat abt my pregnancy, huhuhu... thanks a lot mel... :)

      Delete
  4. saya pernah menangis bila orang tanya pasal adik yang meninggal (masa tu saya darjah 4). ini kan pulak anak sendiri. ke saya ni over sensitive?

    saya boleh bagitau bersabar je dan tabahla. sebab saya tau, perasaan sedih tu tak tergambar. berpisah sekejap pun boleh sedih, inikan pulak selama-lamanya. semoga Allah memberikan yang terbaik untukmu, kak. *hugs*

    ReplyDelete
    Replies
    1. anda tidak over sensitif dear, umur pon masih muda, harus cepat tersentuh... aku juga menangis, tp sebagai org yg beriman, aku harus belajar mengawal perasaan agar tidak terlalu mengikut perasaan... kena slalu mengingatkan diri, mati itu pasti, dan insyaAllah jannah itu adalah sebaik2 tempat utk Hana, itu adalah janji Allah, sesungguhnya Allah tidak memungkiri janji... thanks a lot niha... :)

      Delete
  5. Babe, menitik lagi air mata aku baca post ko ni.
    Tak tau nak cakap ape. Sabar ye.
    InsyaAllah.

    ReplyDelete