Wednesday 20 November 2013

Sekufu...

Apa itu sekufu?

Sekufu ialah persamaan di antara calon suami dan isteri daripada beberapa sudut:

1. Beragama dan baik. 
Maksudnya lelaki fasik tidak sekufu dengan perempuan solehah.
Dalam masalah ini, syara’ menganjurkan supaya mencari pasangan yang sekufu dari sudut beragama dan baik akhlak budi bicara.

“Bagaimana pula seseorang berkahwin kerana mahu berdakwah dan mendidik pasangannya?”

Sekiranya seorang lelaki yang kuat agama, alim dan tsiqah perilakunya mahu menjadikan seorang perempuan yang cetek agama bertujuan untuk mendidik. Ianya tidak menjadi kesalahan besar. Alhamdulillah jikalau itu matlamat dan niatnya.

Tetapi seandainya perempuan yang baik dan beriman mahu berkahwin dengan lelaki fasik atas dasar kerana mahu mendidik lelaki itu. Adalah tidak digalakkan.

“Kenapa?” Muncul persoalan.

“Bukankah lelaki itu pemimpin wanita? Wanita itu sifatnya lemah lembut? Cuba lihat sejauh mana seorang perempuan mampu mengubah seorang lelaki dengan sifat keegoannya yang tinggi? Mampukah?…”

“Saya bimbang perempuan yang solehah pada asalnya, solat menjadi tiang hidupnya, puasa menjadi makanan jiwanya, Quran menjadi penawar hatinya, hijab menjadi pakaiannya akan lenyap, terhakis lalu tenggelam ditengah-tengah perilaku si suami fasik..”

Saya kurang setuju dan syara’ juga mengambil kira hal ini.

Imam Ghazali pernah membicarakan mengenai faedah bernikah antaranya ialah petunjuk dan satu pengislahan jalan beragama.

Sekiranya berkahwin dengan seorang lelaki fasik menambahkan kefasikan, bagaimana mahu mendapat petunjuk melalui agama Islam dan beroleh barakah?

Sabda Baginda Rasulullah SAW:

Daripada Abi Hatim Al-Muzanni katanya, telah bersabda Rasulullah SAW:

“Apabila datang akan sekalian kamu orang yang kamu sukai agamanya dan perangainya maka nikahkanlah olehmu akan dia jika tidak lakukan nescaya jadi fitnah dibumi dan kebinasaan,” kata mereka itu: “Ya Rasulullah dan jika ada padanya sekalipun?”
Sabda Rasulullah SAW:
“Apabila datang akan sekalian kamu orang yang kamu sekalian sukai agamanya dan perangainya maka nikahkan akan dia, tiga kali.”
2. Pekerjaan. 
Lelaki yang mempunyai kerja yang rendah seperti tukang sapu, tukang kebun, pencuci tandas tentulah tidak setaraf dengan anak perempuan Mufti, lelaki alim, Qadi dan tokoh korporat.

“Kalau begitu, nampak seperti wujud kasta dan darjat keturunan?”

Perlu difahami, bukanlah sekufu itu mahu membezakan darjat dan keturunan seseorang sehingga menganggap pekerjaan sedemikan rupa sebagai suatu pekerjaan yang hina dina. Akan tetapi sekufu adalah bertujuan memberi kelebihan dan kebebasan pihak wanita dan wali untuk memilih bakal menantunya.

Sudah tentu wali mahu melihat pilihan jodoh anak perempuannya adalah yang terbaik.

3. Tidak mempunyai kecacatan yang boleh menyebabkan berlakunya fasakh dalam perkahwinan.
Contoh lelaki yang mempunyai penyakit Aids HIV, gila, sakit kusta atau sopak sudah tentu tidak sama ataupun setaraf dengan perempuan yang sihat.

Selain mendapat malu, dibimbangi juga akan berlaku kemudharatan kepada wanita bilamana berkahwin dengan lelaki berpenyakit sebegitu.

Adakah sekufu antara syarat wajib?

Tidak, cuma dalam masalah sekufu ianya merupakan hak seorang perempuan dan hak walinya.
Sekufu bukanlah antara syarat sah perkahwinan, ia hanya sebagai langkah mengelakkan wanita dan walinya menanggung malu ataupun berlaku kekeruhan rumah tangga kelak. Di antara tujuan sekufu ialah supaya pihak wanita tidak perlu mengubah kebiasaan hidup mereka.

Nabi Muhammad SAW meraikan hak sekufu sebagaimana sabda baginda dalam sebuah hadis bermaksud:
“Pilihlah bagi permata-permata kamu (anak-anak perempuan kamu) dan kahwinkanlah dengan yang sekufu dan kahwinkanlah mereka kepadanya.”
(Riwayat Hakim: 2/163 Beliau mensahihkannya)

Oleh kerana ianya bukan menjadi syarat sah perkahwinan, maka pihak wanita dan wali boleh saja menggugurkan syarat ini mengikut pandangan sendiri. Dengan kata lain, sekiranya wanita dan pihak wali meredhai lelaki yang bakal berkahwin tanpa melihat syarat sekufu maka nikahnya adalah sah.

Wallahhua’lam.

Sumber: http://sarungcincin.blogspot.com/p/ditulis-oleh-farid-rashidi-ustaz-saya.html 

soal nikah kahwin bukannya mudah. walaupun begitu, keluarga kami secara amnya tidak begitu cerewet dlm memilih menantu. yg penting solat lima waktu (kalau menipu tu adalah urusannya dgn Allah, yg tahu mestilah sentiasa memberi peringatan).

tapi, it seems that would be quite a long journey to my brother. kawan dah lama, keje pon dah bagus, gaji pon banyak, ada masters, umur pon dah nak 30, rasanya sudah boleh dipertimbangkan... it's sad to know that my parents needed to face them without backups... not saying that they'd been rude, but as parents they could say/ demand something for their daughter... i wish they could be more reasonable...

i know it's hard for this couple. really pray hard that they could find the final decision soon. dear brother, think hard, pray hard, because it would be a very loooonnnggg journey if it's going to happen. because i know... i really know...

Monday 11 November 2013

Minggu baru...

morning peeps... curi masa pagi jap, hehehe...

remember my fb status yg kata 'saya rasa saya stress hari ni.... bla3...'... well, i was really stressful that time. for lots of reason, huhuhuh...

first, i felt i was very fatigue... dah tak penat dah, lemah lesu trus. after long weeks of org sakit & urusan kematian, then my bro's convo day, pre & post budget nye keje (mengadap sana sini), keje2 rumah yg tak penah abes etc... etc...

my life at home is not that bad, but i prefer to go to the office so that it will not turn bad, hahahaha... last time, i really like to go to work. i can hardly took leave, in fact kalau setakat demam tu aku bawak je zara dtg ofis, malas nak cuti sbb kena dok umah... well, living with FIL somehow tak selesa jugak, even though dah 6 taun dok skali. got some issues of cos, hahahaha... let it be there...

ble tukar tpt baru, got some feelings yg tak brapa nak best. got no frens yet (you know, FRIEND(S) - office mate is different eh). so secondly aku rasa sebenarnya i missed my good friends, hahahaha... you were everywhere, hahahha... i can choose who would i like to talk to, hahahaha... now through wassap still can talk, but the feelings are not there... it makes me malas nak keje, demotivated. got things to share with but no one to talk to. plus got less manpower with no boss. aku plak masih dlm process of digesting. not complaining, just feel frustrated with myself.

however, as always Allah knows best. suddenly last week zara got chicken pox - aku pon cuti la seminggu, yeay!!! memang rehat beriya la kan, kena kuarantin, dok terperap je la. walaupun tak berapa nak best (nak dok umah mana lagi kan - nak blk kajang bobo malas), tapi aku nikmati sehabis baik la, hahahhaa... got to watch many of my fav movies (and actors of cos). have some refreshment, insyaAllah... walaupun kena jaga org sakit, but i feel relief...

today, back to work. really pray hard that i already recover from my 'illness'. bismillah....

sakit tp sonok sbb tak skolah, hahaha
kesian kan, byk btol kat lidah, hr jumaat br bleh makan nasi...
dah sihat kita bwk pegi main sand art, yeay!!!