Tuesday 31 December 2013

selamat tinggal 2013, selamat datang 2014...

semua org kalau cakap tahun baru mesti tanya psl azam... apakah azam tahun baru? adakah azam thn ini dah tercapai... bla3... azam mestilah sesuatu yg realistik, mampu dicapai dan tidak bersifat subjektif. kita perlukan motif yg jelas kalau mahu berazam, bukan hanya mengikut org lain yg entah tercapai ke tidak azam2 sebelumnya...

anyway, pokde dah selamat bertunang. insyaAllah akan bernikah 6 Jun 2014. ada rezeki ai jemput la uols eh, hehehe... sonok nak kenduri ni sebenarnya. tp cam sedih la gak kan, sbb slalunya pokde la yg slalu senang nak mtk tlg, physically or financially, hihihih... tahniah... and welcome sya to the family. kuorga ni sengal sket, tp penuh dengan kegembiraan dan kasih sayang, chewah, hahahhaha...

our family... oh akak nampak gumuk ble duduk, atau sebenarnya mmg dah gumuk, hehehe...

now akak berdiri... ada beza tak? hahahahahah....

Monday 23 December 2013

Anak itu amanah....

hai... sedih la plak nak citer topik ni hr jumaat camni... but aku kena kongsi jugak, so akan menjadi iktibar kpd kita semua... (entry ni halfway jumaat & halfway sambung haini, hihihi)

insiden ni aku tgk hr isnin haitu... kat skolah zara... ada sorg budak ni, i named him as mat jelah eh. mat ni mmg la, ada je citer yg zara bwk blk psl dia. ada skali tu dia cubit pipi zara sampai melecet, lps tu mcm2 lg la psl mat ni. bila aku tgk budaknya, aku rasa mmg mcm ada s/thing yg tak kena. aku ni malas nak amek port sangat kalau bab2 budak2 kat skul ni, yelah ntah anak kita yg mula dulu ke, lps tu gaduh... yg penting dengar dlu, jgn tros sentap je...

tp kes mat ni special... lama aku perati, dia pegi balik skolah nenek yg hantar. fine, ramai je buat camtu. tapi bila time sukan pon nenek, time jamuan raya pon nenek, time concert pon nenek,aku dah rasa semacam. ada 'sesuatu' budak mat ni. nakal dia pon lain macam. semua budak pon penah kena. cikgu pon aku tgk tahan sabar je kalau dengan mat ni. time to time mesti nenek dia akan stay lama sket jumpa cikgu beso. mesti ada je hal nya...

sampai la hr isnin mg lps, time balik skolah... ada drama antara nenek & mat. nenek marah2 sambil menujah2 kepala mat. mat menangis, tp tangisan  yg mcm slalu kita tgk kalau anak kita sengaja cari pasal. nenek marah lagi - ko dgn aku ko jgn main2!!! - sambil menuju ke kerata. mat mengekor. nenek tunjal lg kepalanya ke dlm pagar sekolah. mat nangis lagi... zara plak lambat keluar. tak sanggup tgk aksi seterusnya, cepat2 amek zara menuju ke kereta.  kelihatan seorg cikgu sedang membantu...

malam aku xleh tido, ternampak2 perlakuan nenek kpd mat. bagi aku yg dah pernah kehilangan anak, perlakuan tersebut sangat mengganggu emosi. bayangkan kalau depan org boleh buat camtu, mcm mana agaknya nasib mat di rumah... cuba bertanya teacher farah, hari rabu baru dpt jawapan...

sangat sedih rupanya kisah mat. ayahnya mati ketika dia dlm kandungan. katanya eksiden, wallahualam, cikgu pon tak tanya byk. bila ayah mati, mak depressed, makan ubat, affected kat anak, so lahir as hyperactive (diagnosed). mat ni makan ubat pon mcm tu, tak makan ubat pon sama, so nenek decided to stop giving drugs. mat ada kakak. tapi bila mak mat kawen baru, laki baru mak tanak mat, nak kakak sahaja (or kakak ada org lain bela, aku pon kompius disitu). takde sapa nak jaga mat. tidak lain dan tidak bukan, tugas menjaga mat ditanggung oleh nenek.

nenek... kalau masih muda mungkin boleh bersabar. nenek pon dah tua, hati pun sakit agaknya, kesabaran pon dah kurang, maka herdikan la kesudahannya. zara kata nenek dia mmg pesan kalau nakal di sekolah, ikat sahaja di tiang, ataupun ikat mat dengan baju alas gunting rambut. aku bayangkan dah mcm kat asylum rupanya... tapi sekolah takkan nak buat. kang kena report kat gomen, terus xleh beroperasi. kata farah, nenek mat sendiri kata, kalau kat rumah mmg kena sepak terajang je dgn pakcik2nya... astaghfirullah...

maknya pernah sekali dtg, tp farah kata mmg mcm tak boleh harap. mcm on drugs pon ada, terpisat2... sekolah ni yg paling lama amek dia, setengah taun. kalau sekolah lain, tak sampai berapa minit cikgu dah kol balik, siap pulangkan deposit sbb tak tahan. sekolah zara mmg ada amek 'special kids' abt 5 org, so mungkin cikgu kat situ sabar sket kot. wallahualam... tapi semua pun dah tak tahan. next year 6 taun, dorg pun dah tanak amek. katanya dah register skolah lain, tatau la apa nasibnya lps ni.

mat ni nakalnya tak terbendung. yelah, hyperactive... sepatutnya dibawa utk terapi or group counseling. cikgu2 di sekolah zara pun cadang yg sama. ataupun bawak ke maahad tahfiz, supaya jiwanya dirawat. ini bukan sakit fizikal, ini sakit rohani... even pernah ditanya, kalau dibawa ke pakar pon boleh dikategorikan as OKU, sbb dia mmg 'istimewa'. but nenek kata, once dah kata OKU, then dia akan serahkan kat rumah penjagaan. how???

sesungguhnya anak itu amanah... anak itu rezeki... kasihan mat, aku pun tatau apakah pengakhirannya. kasihan juga kpd nenek, sudah bukan waktunya utk menjaga anak sebesar/ seperti itu. sabar mesti ada, iman mesti kuat. semoga nasib mat akan terpelihara. semoga mat sentiasa di bawah lindungan Allah. amiinnn...

Monday 9 December 2013

citer bulan doblas...

hhhmmm tempat baru ni bz la aku akhir2 taun ni kan, dah katanya dok kewangan, dgn ramai yg xde sbb cuti besalin, makanya aku ni dah jadi keje rencam, semua pon nak kena buat...

ada pros & cons la kan, as usual... sama ada boleh buat semua tp dgn kualiti yg average je, ataupun jadi excellence sbb dpt buat semua benda mengikut apa yg diharapkan oleh bosses... i donno... tempat baru, takleh nak agak. just berdoa agar semuanya sempat dibuat & disediakan dengan cukup lengkap, amiinnn...

btw, last wiken aku mcm besa la, bz kan hal ehwal kuorga yg kecik ni tak abes2, maklumla laki tak keje opis, sapa lagi nak tolong buat keje dia, ahkak la jugak kan. (tu aku kata, aku ni keje rencam, dari keje opis hingga keje umah, dari jadi bos sampai jadi kuli, semua pon sapu, hahahaha). so ble balik umah mak, tros offer zara tinggal sana satu malam so dia bleh spend time dgn bff dia - cheyu (hahahahha) dan kazens nya, takde la keboringan mengikut mak bapaknya sana sini. bukan main lagi sonoknya, sabtu malam tido lambat, pagi ahad pon bgn lambat, tghr pg tgk wayang citer frozen, lps tu ikot makngah/ pokde/ cheyu jln2 alamanda, hehehehe...

rupa2nya..... seb bek la zara tak ikot kami... keta aku jatuh ekzos kat semenyih smlm!!! haiyoo... takde bunyi takde apa, tetiba je, zzeeeeerrrrrr.... bunyik benda gesel kat jalan. skali turun tgk dah jatuh selebuk. hhhmmmm... kalau ada budak mmg leceh abes la. so kol la etiqa nye auto assist. bapak lambatnya datang!!!! seb bek tak ujan, lepak kat gerai tepi jalan. kalau ujan? wallahualam... anyway, dah htr tros kat bengkel dpn umah. haini nak tgk apa citer.

btw, pokde jadi nak kawen, hahahaha... yg klakarnya, haitu last2 mak aku kata, kalau jadi pon takpe, kalau tak jadi pon saya takde hal. yelah kan, kita belah lelaki lagi bleh jual mahal kan... tetiba rupanya maknya tanya, lambat lagi ke org sana nak dtg minang? OOOOO  JADI RUPANYA!!!! HAHAHAHAH.... alhamdulillah... ingatkan tanak, hahahaha.... so smlm jugak bli segala mak nek dulang hantaran. ahkak jugak la nak kena hias haaaa.... (ada ke masa aku ni, huhuhu)...

gtg frens... keje banyak pon nak berblog lagi, hehehehe... tata...

Wednesday 20 November 2013

Sekufu...

Apa itu sekufu?

Sekufu ialah persamaan di antara calon suami dan isteri daripada beberapa sudut:

1. Beragama dan baik. 
Maksudnya lelaki fasik tidak sekufu dengan perempuan solehah.
Dalam masalah ini, syara’ menganjurkan supaya mencari pasangan yang sekufu dari sudut beragama dan baik akhlak budi bicara.

“Bagaimana pula seseorang berkahwin kerana mahu berdakwah dan mendidik pasangannya?”

Sekiranya seorang lelaki yang kuat agama, alim dan tsiqah perilakunya mahu menjadikan seorang perempuan yang cetek agama bertujuan untuk mendidik. Ianya tidak menjadi kesalahan besar. Alhamdulillah jikalau itu matlamat dan niatnya.

Tetapi seandainya perempuan yang baik dan beriman mahu berkahwin dengan lelaki fasik atas dasar kerana mahu mendidik lelaki itu. Adalah tidak digalakkan.

“Kenapa?” Muncul persoalan.

“Bukankah lelaki itu pemimpin wanita? Wanita itu sifatnya lemah lembut? Cuba lihat sejauh mana seorang perempuan mampu mengubah seorang lelaki dengan sifat keegoannya yang tinggi? Mampukah?…”

“Saya bimbang perempuan yang solehah pada asalnya, solat menjadi tiang hidupnya, puasa menjadi makanan jiwanya, Quran menjadi penawar hatinya, hijab menjadi pakaiannya akan lenyap, terhakis lalu tenggelam ditengah-tengah perilaku si suami fasik..”

Saya kurang setuju dan syara’ juga mengambil kira hal ini.

Imam Ghazali pernah membicarakan mengenai faedah bernikah antaranya ialah petunjuk dan satu pengislahan jalan beragama.

Sekiranya berkahwin dengan seorang lelaki fasik menambahkan kefasikan, bagaimana mahu mendapat petunjuk melalui agama Islam dan beroleh barakah?

Sabda Baginda Rasulullah SAW:

Daripada Abi Hatim Al-Muzanni katanya, telah bersabda Rasulullah SAW:

“Apabila datang akan sekalian kamu orang yang kamu sukai agamanya dan perangainya maka nikahkanlah olehmu akan dia jika tidak lakukan nescaya jadi fitnah dibumi dan kebinasaan,” kata mereka itu: “Ya Rasulullah dan jika ada padanya sekalipun?”
Sabda Rasulullah SAW:
“Apabila datang akan sekalian kamu orang yang kamu sekalian sukai agamanya dan perangainya maka nikahkan akan dia, tiga kali.”
2. Pekerjaan. 
Lelaki yang mempunyai kerja yang rendah seperti tukang sapu, tukang kebun, pencuci tandas tentulah tidak setaraf dengan anak perempuan Mufti, lelaki alim, Qadi dan tokoh korporat.

“Kalau begitu, nampak seperti wujud kasta dan darjat keturunan?”

Perlu difahami, bukanlah sekufu itu mahu membezakan darjat dan keturunan seseorang sehingga menganggap pekerjaan sedemikan rupa sebagai suatu pekerjaan yang hina dina. Akan tetapi sekufu adalah bertujuan memberi kelebihan dan kebebasan pihak wanita dan wali untuk memilih bakal menantunya.

Sudah tentu wali mahu melihat pilihan jodoh anak perempuannya adalah yang terbaik.

3. Tidak mempunyai kecacatan yang boleh menyebabkan berlakunya fasakh dalam perkahwinan.
Contoh lelaki yang mempunyai penyakit Aids HIV, gila, sakit kusta atau sopak sudah tentu tidak sama ataupun setaraf dengan perempuan yang sihat.

Selain mendapat malu, dibimbangi juga akan berlaku kemudharatan kepada wanita bilamana berkahwin dengan lelaki berpenyakit sebegitu.

Adakah sekufu antara syarat wajib?

Tidak, cuma dalam masalah sekufu ianya merupakan hak seorang perempuan dan hak walinya.
Sekufu bukanlah antara syarat sah perkahwinan, ia hanya sebagai langkah mengelakkan wanita dan walinya menanggung malu ataupun berlaku kekeruhan rumah tangga kelak. Di antara tujuan sekufu ialah supaya pihak wanita tidak perlu mengubah kebiasaan hidup mereka.

Nabi Muhammad SAW meraikan hak sekufu sebagaimana sabda baginda dalam sebuah hadis bermaksud:
“Pilihlah bagi permata-permata kamu (anak-anak perempuan kamu) dan kahwinkanlah dengan yang sekufu dan kahwinkanlah mereka kepadanya.”
(Riwayat Hakim: 2/163 Beliau mensahihkannya)

Oleh kerana ianya bukan menjadi syarat sah perkahwinan, maka pihak wanita dan wali boleh saja menggugurkan syarat ini mengikut pandangan sendiri. Dengan kata lain, sekiranya wanita dan pihak wali meredhai lelaki yang bakal berkahwin tanpa melihat syarat sekufu maka nikahnya adalah sah.

Wallahhua’lam.

Sumber: http://sarungcincin.blogspot.com/p/ditulis-oleh-farid-rashidi-ustaz-saya.html 

soal nikah kahwin bukannya mudah. walaupun begitu, keluarga kami secara amnya tidak begitu cerewet dlm memilih menantu. yg penting solat lima waktu (kalau menipu tu adalah urusannya dgn Allah, yg tahu mestilah sentiasa memberi peringatan).

tapi, it seems that would be quite a long journey to my brother. kawan dah lama, keje pon dah bagus, gaji pon banyak, ada masters, umur pon dah nak 30, rasanya sudah boleh dipertimbangkan... it's sad to know that my parents needed to face them without backups... not saying that they'd been rude, but as parents they could say/ demand something for their daughter... i wish they could be more reasonable...

i know it's hard for this couple. really pray hard that they could find the final decision soon. dear brother, think hard, pray hard, because it would be a very loooonnnggg journey if it's going to happen. because i know... i really know...

Monday 11 November 2013

Minggu baru...

morning peeps... curi masa pagi jap, hehehe...

remember my fb status yg kata 'saya rasa saya stress hari ni.... bla3...'... well, i was really stressful that time. for lots of reason, huhuhuh...

first, i felt i was very fatigue... dah tak penat dah, lemah lesu trus. after long weeks of org sakit & urusan kematian, then my bro's convo day, pre & post budget nye keje (mengadap sana sini), keje2 rumah yg tak penah abes etc... etc...

my life at home is not that bad, but i prefer to go to the office so that it will not turn bad, hahahaha... last time, i really like to go to work. i can hardly took leave, in fact kalau setakat demam tu aku bawak je zara dtg ofis, malas nak cuti sbb kena dok umah... well, living with FIL somehow tak selesa jugak, even though dah 6 taun dok skali. got some issues of cos, hahahaha... let it be there...

ble tukar tpt baru, got some feelings yg tak brapa nak best. got no frens yet (you know, FRIEND(S) - office mate is different eh). so secondly aku rasa sebenarnya i missed my good friends, hahahaha... you were everywhere, hahahha... i can choose who would i like to talk to, hahahaha... now through wassap still can talk, but the feelings are not there... it makes me malas nak keje, demotivated. got things to share with but no one to talk to. plus got less manpower with no boss. aku plak masih dlm process of digesting. not complaining, just feel frustrated with myself.

however, as always Allah knows best. suddenly last week zara got chicken pox - aku pon cuti la seminggu, yeay!!! memang rehat beriya la kan, kena kuarantin, dok terperap je la. walaupun tak berapa nak best (nak dok umah mana lagi kan - nak blk kajang bobo malas), tapi aku nikmati sehabis baik la, hahahhaa... got to watch many of my fav movies (and actors of cos). have some refreshment, insyaAllah... walaupun kena jaga org sakit, but i feel relief...

today, back to work. really pray hard that i already recover from my 'illness'. bismillah....

sakit tp sonok sbb tak skolah, hahaha
kesian kan, byk btol kat lidah, hr jumaat br bleh makan nasi...
dah sihat kita bwk pegi main sand art, yeay!!!



  

Wednesday 30 October 2013

Congratulations!!!! Welcome to the real world, hehehe....



it was pokteh's graduation day yesterday... all of us were there, except our youngest sista cheyu, hehehe... cheyu peksa, xleh join... and ofcos abg2 ipar yg sentiasa bz kan, huhuhu...

anyway pokteh, congratulations! selamat menjadi dewasa. selamat menempuh alam pekerjaan yg sebenar. he was already went for THE JOB interview, really pray hard that he would join the scheme later, hihihi... at this moment, he tried to occupy himself with various job offered. dia dah biasa keje time study, so xde masalah.

again, tahniah pokteh! wish u all the best! :D

Monday 28 October 2013

Hujung minggu yang panjang....

last weekend adalah antara weekend yang terpenat dan terpanjang dalam hidup aku rasanya... anyhow, it's really for a person that we love, and another one for someone that we (our family) fond dearly...

kak ngah, or her real name is ummy nur kamilah, adalah anak kpd famili angkat adik aku, angah... her mother was my fathers's colleague (or staff, or PA, i'm not sure) when he was at serting way back in the 80s... when angah wants to get married in 2005, suddenly they met again, after so many years. been told that our father was very nice to mama's father (angah called he mama), until he said mama should find abah one day so that the relationship will not broken. maklumla, hidup kat tanah rancangan felda, kena la baik dgn peneroka, baru la pengurus yg baik dan dihormati oleh semua, heheheh... well, mama's family decided to make angah as their anak angkat.


maghrib hari kames tu dpt wasap dr abah, kata kak ngah dah tenat. fyi, kak ngah kena kanser perut (something like that, tak sanggup nak tny byk). kami pon br dpt tau last week, ble mama call abah kata kak ngah koma kat hkl. bila my parents & angah sampai, baru dpt cerita. rupanya dah setaun dia sakit, dah buang satu kidney pon sbb masa tau tu dah stage 4. arwah tak kasi bg tau sapa2, tu yg kami pon br tau. so, aku pon dtg melawat the next day. kesian, dah tinggal tulang je, kurus kering. makan pun ikut tube. doktor tgh bg antibiotik shj since that dia nya kanser (or effect frm it) dah merebak ke mata kanan. bengkak matanya, hampir sebesar bola pingpong... masyaAllah... hanya Dia yg Maha Mengetahui apa yg telah, sedang & akan terjadi... kak ngah ni tak pernah sakit, dia la yg slalu jaga semua org, esp mama & babah nya sbb dua2 pon tak berapa sihat, kluar masuk hospital. tiba2 Allah beri dugaan mcm tu, sedih rasanya. wallahualam...

tak lama lps dpt wasap tu, angah plak hantar, kata kak ngah dah takde. innalillah.... kpdNya kita dtg dan kpdNya lah kita kembali. umurnya baru 26 or 27, Allah dah tarik nyawa dia. apatah lg kita ni yg tak tahu bila. well, anak yg baik mmg Allah sayang...

jumaat aku & angah cuti utk bersama keluarga arwah. abah, mak & uda dtg kemudian. dptlah kami mencium dahi arwah. sesungguhnya sangat suci raut wajahnya. agaknya sbb dia pun masih blom kawen, Allah sediakan semua yg baru utknya. hatta van jenazah pun masih berplastik. itulah rezeki anak soleh, wallahualam...

petangnya balik dah penat. membasuh hingga 3 load sbb mg lps bz di ofis, tak sempat membasuh. angah plak msk ofis kejap sbb kebetulan nak closed account utk bln ni. mak abah dah kepenatan, lps maghrib dah tertidur.

tengah malam tu tiba2 dpt call plak drpd makcik di kg, kata tokki dah tenat. Allahuakbar.. semua pun mamai tatau nak respon apa. kali kedua call br abah clear his mind, kata kena balik juga skarang. elok nak bersiap jam 2 pagi, anak2 bujang takde kat rumah plak, masih blom balik dr futsal (friday is a futsal day for them). masing2 bergegas balik, siap2 utk ke tganu. kebetulan aku bangun buat susu, charge tepon, dpt wasap kata dorg dah nak gerak. sempat berpesan supaya berhati2... tak lama je lps tu, abt 3.30 am, uda wasap, kata tokki dah takde... subhanallah, berturut2 plak rasanya. masa tu tak terfikir nak ke sana juga, so pesan utk sampaikan salam & sambung tidur.

esok pagi2 semua dah tepon. angah mengajak balik. blur sekejap. cuba bli online airasia, tak dpt sbb less than 4 hrs. kelam kabut bersiap, dahla yg 3 loads smlm blom bersidai. berpeluh2 sepagi tu. sampai lcct cepat2 pg tiket kaunter. but as usual, airasia masa ada kompromi. kami lewat beberapa minit je kot dr waktu masuk, semua pon hand luggage, tak bagi jugak kami bli tiket tu. berlari plak ke klia. tiket full la plak. yg ada business class... ramai ni, tak daya plak plak nak berabis duit ke situ. jem kejap kami time tu. anak2 dah kompius. lps tu teringat nak naik bas. ada ke bas tghr? biasa ke pantai timur bas mlm atau awal pagi. alhamdulillah ada bas pkol 1, maka bergegas la plak kami ke hentian putra. anak2 kompius lg, naek bas? hahahaha... masing2 dah teruja nak naik kapal terbang, naik bas je akhirnya...

sampai abt 8.15... semua pun dah lapar. makan dlu sambil tg uda ambil. sampai rumah dah 9.30, baru habis tahlil... takpe la, tak sempat tgk tokki pon, yg penting balik memberi sokongan kpd tok yg dah jaga tokki dua thn, semenjak dia sakit & nyanyuk tak boleh buat apa2... tok yg sabar... moga byk pahala Allah beri kpd isteri solehah mcm dia. tokki dah la garang. bila sakit lagi la garang. maki hamun, hampuk, pukul dah biasa je. tapi yelah, org sakit, mmg sabar btol tok... bila dah takde, tok mcm keresahan. slalu byk benda nak buat, tetiba dah xde apa, nampak gelisahnya. takpela, Allah beri peluang utk tok berehat pula mungkin. again, wallahualam...

kami tak rapat sgt dgn tokki. dia mmg pendiam. masa kecik2 kalau dia tak ke sawah, dia akan bersama lembunya, tak pon dgn beruk peliharaannya. mungkin krn kami jarang balik (dulu kan jauh nak blk tganu) so kami tak rapat. tapi kami rapat dgn tok, sbb tok relek je, tok masak pon beeeesssstttt... dah lama tok tak masak utk kami, semenjak tokki sakit. lps ni dpt la rasa balik masakan tok kot, hehehehe...

mlm td pkol 1 pagi baru sampai rumah. hari penat gler rasanya, sampai aku curi masa tido kat surau. sangat tak larat rasa mcm nak tegolek bawah meja, huhu...

semoga roh tokki & kak ngah ditempatkan bersama org2 yg soleh... semoga dicucuri rahmat... alFatihah...

Wednesday 18 September 2013

Cerita Basi 2...

haha, let's continue with my cerita basi yg seterusnya....

end of june haitu, kena pg in-charge our annual bilateral mtg... mtg tu, oleh krn bilateral, so sifatnya adalah alternate sapa nak kena jd host nya... so this year turn indo... and to be specific, bandung, muahahaha...

semua org excited ble tau kena pg bandung (tpt ketiga slps dua kali berubah tempat/masa)... tp aku biasa je... pegi keje kot, tinggal anak laki kat umah, apa la yg best... kalau pg bercuti best la... tp aku mengambil pengajaran masa pg bali dlu, hehehe... dlu pg bwk beg kecik, malas nak shopping katanya, balik ada gak walau tak banyak... so bwk la beg beso yg xde isi, supaya masa baik xyah bwk extra kat tangan, hehehe... 1st time pegi, tatau apa nak expect, walaupun ramai org kata, best zila shopping!!! bli itu, bli ini... murah!!! masalahnya pitis tak banyak apa pon xleh citer, hahahaha...

keje mcm biasa... miting & miting & miting & kertas risalah (minit) & negotiating & compromising etc...etc...etc... penat siang malam semua org pon sama. kalau jd ahli bleh la jenjalan, jd sekretariat mmg mimpi je la. yg best tu oleh krn both sides dah byk kali bekerjasama, masing2 dah xde apa nak malu, hahaha... masa mtg masing2 cun/ensem je... abes je mtg, masing2 standby siapkan semua benda, hilang semua cun/ensem... rambut pon dah serabai, dgn lengan baju dah bersinsing, muka pon penat gler, both sides ok?! that's why i said, i love my previous task... walaupun keje tak byk lady officer, tp semua boleh buat bersama tanpa gender bias, huhuhu...

anyway... after keje siap & memuaskan hati both bosses, barulah kami ada sikit masa senggang utk jln2 & berwisata - melancong, hehehe... dorg arranged us pg Muzium Asia-Afrika... masa taun 1955, kjaan indo telah mengemukakan satu idea utk kerjasama inter continent, yg mana kerjasama ni adalah bg negara2 yg masa tu kebanyakkannya negara dunia ketiga yg baru/ telah merdeka, tp tanak berpihak sama ada dgn blok timur mahupun blok barat. Msia tak diundang sbb masih blom merdeka. ini adalah kerjasama yg pertama di dunia seumpamanya, ramai yg tak yakin ia boleh dilaksanakan, tp telahpun menjadi kenyataan. koferens ini ditaja oleh lima negara iaitu Indonesia, India, Pakistan, Burma (Myanmar) dan Ceylon (Sri Lanka). satu deklarasi juga dikeluarkan, yg mana keutamaannya adalah keamanan sejagat dan kerjasama ekonomi.

tapi sayang... kalau tengok kpd lima negara tersebut, aku berasa sangat kagum. bayangkan pada ketika itu betapa kayanya kerajaan2 ini, sehingga boleh menaja konfrens sebesar itu... konferens ini berlaku hanya sekali sahaja. kenapa? ketakstabilan rantau asia dan afrika menyebabkan konferens spt ini bukan lagi prioriti, apatah lagi selepas itu byk negara telah jatuh ke dalam ideologi2 negara besar dunia, esp amerika & russia.

walaupun begitu, usaha ini telah membuka byk mata bahawa dunia ini tiada sempadannya. byk kerjasama lain yg boleh & telah dilakukan serata dunia. inilah antara yg menjadi kebanggaan rakyat Indonesia.

next, kami menjengah ke Tankuban Perahu. org kata kalau dah ke bandung jgn lupa ke sana. waktu kami pergi dah nak masuk musim kering, so cuaca kat sana terik & panas, tidaklah mcm org kata sejuk dingin, hehehe... spt di kebanyakkan tempat di sana, kemana shj kita pergi, pasti ramai yg mengekor, cubaan utk menjual apa jua barang yg ada. maka pandai2lah kita menguruskannya. jgn pula diherdik. kita dtg tempat org, seharusnya adab perlu dijaga, walaupun kita kurang senang... sempat menikmati jagung bakar yg boleh dipilih, masin, biasa atau pedas - jagung bakar yg disalut seakan sambal, hehehe... lain2 ada juga tempe dan tahu, yg digoreng begitu shj & dimakan dgn cili padi mentah. yg ni aku tak cuba, perinsip aku kalau berjalan ke negara org makan setakat yg perlu shj, takut2 perut tak tahan/ tak sesuai dgn makanan, kita jugak yg susah... sempat jugak bli tshirt kenang2an utk diri sendiri & famili...

sebelum balik ke hotel, pak Baehaki - my counterpart, bwk kami makan ke kedai bakso yg tersohor di sana - Bakso Semar. maklumlah, Bae org Bandung, haruslah tahu mana tujuannya. selama ni aku biasa2 je dgn bakso ni. tapi kan, seyes sedap bakso kat situ!!! bak kata wife Bae, bisa ilang pening! hahahahah.... mmg btol pon. kalau ke sana lagi, aku akan cari lg kedai ni, hehehehe....

hari last b4 balik, sempat singgah ke Pasar Baru yg tersohor tu... dua jam je, apa la yg dpt... aku bli la kain lace yg sememangnya murah kat sana - utk satu famili. kononnya utk kenduri kawen adik aku, tp ntah bila nya aku pon tatau, hahahaha. berangan je sorg2. dr sana trus singgah amek beg & berangkat ke airport...

right after this meeting, the next week ke Sabah plak - Kota Kinabalu, huhuhu... penat tak ilang lagi, dah gerak semula... tp kali ni ada masa senggang sket. sempat la berurut on the 1st day, and ber hair treatment on the 2nd day. curi2 masa kooo... sorg2 je pusing2 KK, maklumla tempat jatuh lg dikenang... takde masalah, insyaAllah...

ada cerita masa kat kedai rambut tu. masa elok je baru start buat treatment, bomba buat fire drill!!! yg glernya, kami berdua (me & the hair dresser) tak kluar pon, truskan aktiviti sambil lampu tertutup, bertemankan lampu kecemasan je, hahahahha... the lady said, now you have a story to tell ur frens... aku bertakup saja bah di situ, hahahahaha... mcm budak2. katanya kat situ biasa buat fire drill, dok diam2 je. tp aku nebes gak. kot dia cek tiap2 kedai, malu jugak seh..... seb bek selamat, hahahaha... katne? kat Center Point....

hhhmmm... sonoknya mengenangkan kisah lalu. takpe la kan, kita cuba benda lain plak, hehehe...

enjoy the pics!!!

tepi muzium

gambar kontroversi, hahahaha... me & Baehaki, dgn anak2nya, Angkasa & Bintang
my partner in crime, wan...
tankuban perahu & my muka tembam, hahahah

Wednesday 11 September 2013

Quick update...

haaaiiii... gler lama tak update, sampai abes la bulan syawal ha, hehehe... last update masih ramadhan lagi, ish3...

anyway, lots of things happened to me for the last four weeks... and it ends up with a fever, hahhaha... (still takde suara lagi ni ha, demam dah ok)..

perkara yg paling memeranjatkan dan tiba2 adalah apabila aku dapat surat pertukaran, hehehe... yes, i applied... why? aku rasa nak belajar something new. aku rasa dah terlalu selesa, dan rasanya keselesaan itu sudah mula menampakkan kesannya, hhhmmm... 9 years frens, 9 years... udah2 la...

believe me, hanya Tuhan yang tahu betapa sukanya aku dgn kerja yg aku buat tu, bile kena outstation sana sini, jumpa org macam2, blaja budaya & bahasa org, bilateral meetings.... but, i have to change. to my own good... to my dearest family... to the organization maybe... 

takut? ofcos!!! apatah lagi 1st day dah demam & takde suara, very frustrating! tapi kita kan dah dididik dgn semangat & kesabaran, so hadap je la... pelan2... mana da org masuk2 tempat baru je dah terus ngam dgn semua org... adala... tapi rare... bukan aku...

wish me all the best peeps... lots of things to learn... the culture, the work itself, and many more...

still in a mission to find friends, hahahah... but, being lone ranger, takde la masalah sangat, heheheh... cuma tak suka sbb skang susah parking, akak ni dahla suka buat projek pg bli groceries time lunch, huhuhu...

i'll still write about my series of cerita basi later eh. sabo je la membacanya, hehehe...

Thursday 1 August 2013

Akibat derhaka kepada suami...

amacam, ada tak sama mcm tajuk muka depan mastika ke, harian metro ke, sinar harian ke, ataupun medium2 nyamuk yg slalu bernyanyi2 di telinga tu?

hehehhe, sebenarnya nak citer, speck yg aku br buat sebulan dah patah! huuuaaaarrrgghhh.... sedih... gler sedih...

kisahnya aku ni bln2 pose ni penyakit mengantuk sangat laaaaa kronik nya. sbb aku slalunya pkol 4.45 pg bgn sahur & terus tak tido (hahaha alasan). makanya pkol 9 tu sambil melayan zara minom susu aku pon terlentok la skali, hahahaha...

so mlm td ada mtg dgn bobo. ya, kami panggil 'meeting' kalau ada perkara yg serius (kunun la) yg nak dibincang. masalahnya aku kan ada penyakit mengantuk. pkol 10.30 tak abes lagi, maka aku pon kata, tak abes lg ke nak bincang ni ha, dah 2 jam dah, ngantuk la... maka lps bobo kata yelah2, aku pon terlelap - automatik! haiiyyooo... tp tak lama tu dia dok kejut. eh, cpt la masak, nak makan ni (dia ada bli daging steak - kunun spesel sbb mlm 7 likur :p). tp aku dok la kata: nanti laaa... kejap laaa.... sabar la, ngantuk niii....

haaaa, abt pkol 3 br terjaga. tgk dia dah tido & makan lemang yg dia bli berbuka td. skali aku nak pakai speck - jeng3.... patah???? dah 19 taun aku pakai speck, ni la 1st time patah. mcm tak percaya rasanya. ku belek2, ku tenung2...

hhmmmmm, sah la kan, Tuhan dah marah, hua3.... tu la, derhaka pd suami. suami soh masak ditangguh2, padan la muka aku kena kluar duit bli speck baru... sekali lagi, huhuhuhuh... tros kejut dia mintak maaf, hihihihi...

sila jadikan pengajaran, hahahahaha...

menyesal tidak berguna lagi, ngeee~
 

Wednesday 31 July 2013

Cerita Basi 1... (panjangnyaa...)

as promised, aku akan cuba mengingat cerita2 basi utk dikongsi di sini, hahaha...

awal bln 6, haitu, aku kena hadir mtg kat kuantan. so, instead of dtg for the mtg itself, bobo ajak dtg 2 hari awal, iaitu frm saturday, hua3... tp, oleh krn last minit nye decision, agak payah gak la nak cari hotel. byk yg full, almaklum masa cuti skolah, hihu...

sabtu tu, kami gerak lewat gak la, pkol 12 kot dr umah... saja jln lepak2, tak rushing, menikmati perjalanan, kunun... makan tghr di gombak, lps tu terus sambung perjalanan... sampai kuantan, check in, solat jap, trus kluar balik... kol cheyu, dia kata dia takde prog dua hari tu. so bleh la kidnap dia g jln2 (suka je cheyu kannn, heheheh). kami tinggal di hotel suraya. hotel lama, old school. lif pon satu je. tp untung hotel lama bilik beso. ada 2 katil single, siap ada tilam extra lg. tu yg ajak cheyu skali tu, hahahaha... mlm tu, lepak jap kat TC (panggilan manja utk telok cempedak, hahaha). wah, ramai btol org. maklumla, kuantan mana ada tempat lepak sangat... ingat lagi masa kitorg dok sana dlu. life so simple & easy. and it still remain the same. bayangkan, punya la panjang org beratur nak bli eskrim kat kiosk mcD kat sana. kalau kat sini, org tak layan pon. bukan bli eskrem kon singgit ye, bli semua mcflurry, paling cikai pon sundae... bior la anak 7 pon, sorg satu!!! pd diorg, tu la spending paling mewah yg boleh bagi pd anak2. dah abes best la kan. sbb lain2 kehidupan berjalan spt biasa, tiada gesaan, rilek je, hahahhaa... mlm tu kitorg makan kat restoran mat saleh ni. owner nye org ostolia, tempatnya kat kubang buaya, so nama kedai pon jadi la crocodile rock pizza & grill restaurant, heheheh... menu not bad, semua pon homemade, ramai yg makan pizza nampaknya, tp kami makan lain2, mengikut cita rasa masing2... harga je la standard kl. tp kuantan mmg harga makan mahal. so tak heran sangat la. rasa pon ok. kalau nak blanja special2 bleh la, kalau slalu bankrupt, hahahaha...
both soucre of pic: http://joinme.com.my/
http://joinme.com.my/gn_image/gn_company/1353407526_6.jpg
depan kedai
http://joinme.com.my/gn_image/user_review/395220121112_01163113526.jpg
antara menu
balik semua terbongkang tido...

hari ahad tu, kitorg berbelah bagi, nak pg sungai lembing ke, nak pg pekan... aku mmg nekad nak g sg lembing, sbb aku dpt rasa mcm best aje. slps surf tenet di sana sini, maka kitorg pon terus gerak ke sana...

after bfast, kitorg po gerak. drpd bandar kuantan, adalah lbh kurang 40 minit. kalau drpd highway LPT, exit tol kuantan, belok kanan. terusssss je. sbb sg lembing adalah destinasi terakhir jalan tu, so confirm tak sesat, hahaha...

sampai abt pkol 11 lebih kot. sampai je pintu gerbang sg lembing tu, mmg terasa spt berada di zaman lampau. pekannya nyaman, cuaca pun redup, dgn sungai yg mengalir di tepinya... rumah2 asal juga masih ada. kalau sapa2 tak ingat (sbb dah blaja time sejarah kat skolah dlu), sg lembing ni dlu adalah lombong bijih timah bawah tanah terbesar di dunia. menjadi tempat tinggal omputih utk mengaut kekayaan drpd taun 1888 sampai merdeka. abes merdeka, kegiatan melombong diteruskan sehingga zaman kejatuhan harga bijih pd taun 1986. after so many years, lombong tersebut dibaik pulih & dibuka semula kpd pelancong & pencinta sejarah (spt kami, hehehehe). Malaysia ni tak byk 'muzium hidup'. so yg ni mmg kami hargai sangat la, heheheh... tpt ni juga dlu dikenali sbg elDorado - lembah emas... krn bijih la kjaan british masih ada duit sampai skarang, kalau tak dah lama muflis kot, hahahaha....

tempat pertama kami tuju adalah muzium sg lembing. muzium ni dlu adalah tempat tinggal pegawai tertinggi lombong. ada satu bilik dikhaskan utk Sultan Pahang, kalau2 baginda dtg melawat. segala kelengkapan dlm rumah ni hampir kesemua dikekalkan. malah ditambah dgn artifak2 lain spt kelengkapan melombong, alat2 telekomunikasi, water filter (yes, zaman tu dah ada water filter ye kenkawan) dan mcm2 lagi. ruang blakang pula dijadikan tempat simulasi dlm terowong. ada bunyi2an, selain suara naratif bekas pelombong menceritakan kehidupan mereka ketika aktiviti dijalankan.

habis kat situ, kami trus ke terowong... ya, ni la yg kami excited nak pegi sebenarnya. kami dah bli siap2 tiket online sbb bleh dpt diskaun 50% (bli kat sini: http://sungailembingmines.com.my/onlineticket/).  masih tak ramai org. agaknya ramai yg blom tau, memandangkan terowong ni baru je siap taun 2012. masa kami dtg, ada team MHI dtg buat liputan & promosi. lps ni ramai la kot yg berminat...

hanya satu terowong yg dibuka. yg lain ditutup sbb bahaya, takut ada pergerakan tanah. dalam lombong yg boleh dilalui hanyalah 500 meter. but believe me, it was soooo worth it.

nak masuk kena naik train. gerabak yg sama digunakan masa bwk masuk pelombong dlu. sampai dalam, terasa sejuknya. mcm dlm gua. sambil berjalan, kita akan mendengan bunyi air yg menitis dr bumbung terowong, selain bunyi laluan angin (yg zara kata mcm bunyik hantu, hahahahah). sepanjang terowong, ada diletakkan info ttg perlombongan tersebut di kiri & kanan dinding. boleh baca sbb ada lampu, heheheh...

tpt pertama yg boleh dicapai adalah tpt legend penduduk tempatan. dikatakan ada pelombong haram pernah melombong di situ dgn anggaran nilai sbyk RM1 juta. waaahhh!!! tp sbb dijlnkan secara haram, tpt tu dikorek sesuka hati, menjadikan kaws selebihnya tak selamat. tapi, identiti pelombong, mcm mana dia jual, pd siapa pelanggan nya & apa jd dgn diorg, masih menjadi misteri sbb tak dpt dikesan. illegal kot, kalau tau sure dah kena tangkap, ahahhahaha....

tpt kedua plak pintu masuk ke bwh tanah. ada la information dia kat situ. tp mmg jauuuuuhhhh masuk ke perut bumi. salute la pd mereka yg telah membantu kpd kekayaan negara ni. upahnya mmg la mahal, tp kalau dilihat kpd risikonya, org skarang mesti dah taknak.... kat sini dah mula terasa bahang & panasnya lombong tu. sbb lg jauh kita masuk ke perut bumi, lagi dekat kita dgn pusat bumi, tambah plak dah takde lubang udara. bayangkan dorg dlu melombong hanya dgn seluar pendek (almost spender pon ada, hahaha) dgn topi keselamatan yg berlampu...

tpt last adalah yg paling best. ada satu lift yg dorg ubah suai. bila kita masuk, kita akan rasa mcm btol2 turun ke dlm terowong bijih. seram gak la, hahaha. anak cina yg naik sama kitorg tu dah nangis dah, sbb dlm tu selain bunyi2an, siap ada pergerakan. padalah olok2 je, hahahaha... tp cfm best. mesti naik, kalu tak rugi.

kluar dr situ, kami pusing2 sekitar pekan sg lembing. byk lg kesan2 lain yg boleh dilihat. tp kjaan negeri tgh baik pulih lg kaws tu, agar takde la jd terbiar mcm tu je. selain tu, kami naik jambatan gantung ke seberang sungai. actually ada jambatan utk kenderaan masuk, tp jambatan gantung masih dikekalkan utk tujuan pelancongan. lg pon masih digunakan secara kerap utk penduduk kampung. malah baru shj dibaik pulih. makan tghr & solat trus di medan selera kat situ. tptnya so kampung style. so jgn la diva sgt ya. yg penting makan sedap, harga pon murah. 

otw balik, kami masuk ada satu simpang tu, sbb npk mcm ramai je org kluar dr situ. rupa2nya ada tpt berkelah. alhamdulillah! inilah tpt yg aku cari2. ada tgk gambar kat fb/blog kenkawan tpt ni, tak sangka la bleh jumpa. namanya kampung sungai tengkorak. sbb? ntah, aku tatau. mungkin sbb ada kubur berhampirannya, so diberi nama begitu, hahahah... tapi yg penting, subhanallah.... sangaaat la cantiknya. rasa mcm tpt omputih plak (semua mcm omputih, pengaruh tv btol). sekejap je kami kat situ, sbb tak lama tu hujan. insyaAllah kami dtg lagi, berkelah kat situ, bestnya....

total masa kami kat situ abt 5 ke 6 jam. mmg perjalanan yg sangat berbaloi. mungkin sbb kami suka sejarah & nature, kami suka la. tp kalau tak adventures/ tak minat, mungkin boring kot. masing2...

balik, makan malam, balik hotel, trus tido... maka esoknya aku pon pegilah miting yg telah diarahkan itu... dan cheyu pon peksa la professional exam dia ari rabu... seb bek cemerlang, hahaha. sekian... :D

enjoy the pics!!! 

pintu masuk muzium
we are family!
itu adalah club house, tempat para pelombong menghabiskan masa berehat sambil minum kopi & beriadah bermain badminton setiap petang selepas keluar lombong
pintu depan lombong - panas la plak
'the minecraft'
dlm terowong
ada nampak tak budak menyorok? hihihi
penakut nya la... (maknya pon gayat, tp kena la tunjuk macho kan, hahahah)
antara tinggalan aktiviti perlombongan
more...
seksi nya budak ni...
bestnya... sejukk...
cantik kan airnya? - sila abaikan model, hahaha
oh, jgn lupa, jln2 di kuantan kena bli kupon letak kereta ya... nnt kena saman, heheheh...

Tuesday 30 July 2013

Bila mood sudah mari...

post ni aku buat ari jumaat, hihu...

Aku ni sejak kawen mmg xde keje laen, masak, masak, masak... Masa mula kawen dlu agak stress la kan. Bukannya nak kata aku tak pandai masak, tp aku masak ikut cara aku la kan, hihu... Lg pon, mak aku pon biasa2 je, mmg xde la sesi ibu mengajar anak, semua blaja sendiri. Tu yg dlu tak berapa nak pandai masak macam2 kan? Hehehe (alasan, kui3)

Tapi, bila dpt suami yg terus terang gler menegur masa mula kawen tu kan - ko masak apa ni? (dgn nada yg sgt annoying), terus aku sentap kan.... Ewah2, aku dah masak pon kira untung, dahla aku keje kan, byk plak komen haaa.....

Masalahnya, mmg pesen dia nak makan menu kedai aje kan, lalu aku pon malas nak sentap sensorg (dia bukan tau pujuk pon, kutuk lg ada), maka aku usahalah tny org sana sini cara/resepi itu ini... Alhamdulillah staf2 aku terer masak, so dpt la byk jugak ilmunya... Terima kasih byk2, hanya Allah yg mampu membalas ilmu tu semua...

Btw minggu ni bercampur-campur... Maklumla, dah nak tiba musim monsun, hahaha... So ari senin aku msk burger, kentang goreng, jagung manis & goreng kuih muih frozen. Selasa aku goreng bihun, keropok ikan, kepak ayam & kicap cili. Rabu off sbb ada iftar dgn geng opis.

Skali smlm mood sudah mari, hahahaha....  Smlm masak ikan siakap stim, hati ayam goreng dgn kacang panjang, kangkung belacan & bubur durian... Haini plak aku masak patin tempoyak (1st time wooo), kailan goreng, lala msk halia & ikan kering... Pergh, gler mood baek, hahaha... Tq my opismate wan for the patin cut & resipi skali. Yummmeh, hahaha...

So kenkawan, masak je la apa ada kata umah tu time pose ni, pasti menjamin keenakan yg berpanjangan, hahahaha... (tp ada jugak org yg tak puas ati, hhmmm... sabo je la... )




Wednesday 24 July 2013

Sembang sahur...

masa minum susu time sahur tadi, zara tetiba nak borak2:

zara: mak, zara nak baby baru...
aku: hhhmmm... ok (ok kan je, hehehe)
zara: zara nak baby dua, lelaki satu, pompuan satu...
aku: hhhmmmm... ok (ok kan je lagi)
zara: kalau ada baby dua, kalau baby satu masuk syurga, baby satu lagi ada...
aku: ......

itulah terjemahan akal seorang anak berusia 4 taun... pada logiknya, kalau ada dua adik, kalau satu dah takde, masih ada satu lagi yg tinggal...

hhmmm... kesian kakak... rindu agaknya... ataupun sunyi... tabahlah wahai anak... alFatihah untuk adik Hana...

Tuesday 23 July 2013

Doa...

doa kakak zara masa solat dua, tiga hari lepas menyebabkan aku tak khusyuk, hehehe...

... saya nak masuk syurga, saya taknak masuk neraga (neraka), masuk neraka nanti sakit... (pause)... saya sayang ADIK SAYA, saya sayang mak dengan ayah saya, saya sayang atok dengan nenek saya...  

hhhmmmm, teringat adik agaknya, adik yg dia sebut dulu... we miss u a lot hana, semoga kita bertemu lagi, insyaAllah... alFatihah...

Friday 19 July 2013

suka!!! :D

cantik tak kak ton??? hahahahaha...
sangat suka gambar ini... ofcos sbb majlis ni sangat bermakna... yela, after 9 years been here, akhirnya akak dpt gak anugerah ni, hahahaha... tp yg paling penting, baju best, muka best, mata pandang kamera, dan kualiti gambar juga terbaik, hahahaha...
saya suka!!!!!

Saturday 13 July 2013

Kalau cakap depan2 ada berani tak?

frens... haini aku keje... ya, keje eh, huhuhuh... selagi tak naik pangkat beginilah rutin bulanan, menjadi pegawai bertugas. sama ada kena hari minggu/ cuti umum, ataupun hari bekerja, itu nasib. hanya perlu berdoa je setiap kali dpt jadual, moga2 dipermudahkan, hahahah...

anyway... sebelum aku teruskan dgn cerita2 besi basi aku, aku nak komen la sket pasal adab org skarang ni... which is aku rasa dah makin ntah hapa2... yg aku maksudkan kalau menulis di alam maya...

disinilah yg org slalu kata, kita perlu bertanggungjawab dgn apa yg kita tulis. dahla komen kat blog org, kutuk maut mcm ko bagus sangat. i always agree to disagree, tapi jgn sampai mengata org sampai teruk2 mcm tu skali. kalau anak2 baca mcm mana? kalau parents kita tgk mcm mana? mcm ni ke kita sbg parents yg baik, yg nak mengajar anak2 adab & tata susila? mcm tu ke mak abah kita ajar kalau bercakap dgn org? atau kalau bercakap ttg org?

whether u are expert in your field or not, u shouldn't do that in other people's page. setakat beri pendapat sudah. takyah nak elaborate panjang, kutuk2... Islam tak ajar camtu. adab Melayu juga tak begitu. sayangnya manusia zaman ni dah takde itu semua. lepas tu nak kata anak2 zaman skarang kurang ajar. sapa yg mula dlu? ofcos la yg hidup lagi lama la yg buat dulu kan?

aku bukan emo, apatah lagi menyokong sesiapa, but for me it's too much. agaknya kalau cakap depan2 ada berani tak golongan ni? aku yakin mmg tak la kan. pakai pon nama samaran. lagi best kalau pakai anon. letak la link ko dr mana ke, nama betol ke, ko kalau tak puas hati nnt cakap la depan2 kan.

aku ckp mcm ni sbb few days back, aku baca psl vaccination kat blog dr. halina (dr SMS's wifey). dan aku komen la sket kan, dgn agree to follow the comments.

sama ada you pro or cons abt the issue, it doesn't matter. do your own reading, decide wisely. kita manusia, tuhan bagi akal utk berfikir & memilih yg terbaik. terbaik utk org A tak semestinya terbaik juga utk orang B. tapi toloonggg la, jgn kutuk lebih2...

here are some comments that she got:

1. inafilza commented on Vaccinations.
in response to DrHalina:
Dear mommies.. Here is the article regarding vaccination by Dr Zahilah Filzah, a pediatrician of Sg Buloh Hospital as promised. I hope you’ll take time to read this article. She wrote a very precise, nice article about vaccination and I really hope we can convey this message to all mommies out there. If you have […]
I won’t listen to someone like you doc. I do my own reading, i ask my own questions to numbers of people/experts and then i decide. I will not decide based on what written by a doctor who happened to be famous just because she’s the wife of Malaysian first so-called astronaut.Thank you and PEACE!
2.  Anti vaccine commented on Vaccinations.
in response to DrHalina:
Dear mommies.. Here is the article regarding vaccination by Dr Zahilah Filzah, a pediatrician of Sg Buloh Hospital as promised. I hope you’ll take time to read this article. She wrote a very precise, nice article about vaccination and I really hope we can convey this message to all mommies out there. If you have […]
As expected, paeds will be BIASED on vaccination issue. Yg ibu2 ni boleh percaya bulat2. Wahai mommies sekalian, kalau paeds x support, depa tiada job laa. Itu pun x boleh fikir ka. Kalau nak bina antibodi baby, bagi susu ibu laa. Sampai 2 tahun macam yg Allah suruh. Bukannya masukkan virus dlm badan baby. Ini zaman dajjal. Yg salah nampak mcm benar dan yg benar nampak mcm salah. Hari ini hari Jumaat. Bacalah surah Kahfi every Fri to protect us from dajjal. Back to sunnah, Mommies. Esok kat Akhirat, Allah akan tanya semua ini.
astaghfirullah... kamon la, at least they are expert in their profession... yg bercakap ntah2 sains spm pon pass je, so agak2 la kalau menjawab... please respect other people's job. aku pon marah kalau org kondem keje aku. aku keje kot, bukan makan gaji buta. 
again, berhati2 lah bila berkata2, sesungguhnya hujung lidah itu lebih tajam dari mata pedang. semoga Allah lindungi kita semua, amiinn...

 


Wednesday 10 July 2013

Series of Cerita Basi, hahaha...

helloooooo everybody,

sangat bz pd bln jun yg lalu...

ke sana dan ke mari memenuhi tuntutan keluarga dan kerjaya (but mostly, keje la, huhuhu)...

banyak benda nak citer gak, tapi masih blom sempat...

nantikan the series of cerita basi pada entry yg akan datang, hahaha...

till then, selamat menjalani ibadah Ramadhan 1434H... semoga Ramadhan kali ini lebih baik dr yg sebelumnya, semoga dikurniakan kesabaran utk istiqamah dlm segala amalan, semoga dianugerahkan kesabaran yg tinggi, semoga dilimpahi rezeki duniawi & ukhrawi, semoga diberikan kesihatan & kelapangan, etc... etc... etc...

sesungguhnya doa itu adalah senjata yg paling ampuh, amiinnn....

Tuesday 28 May 2013

Birthday & Anniversary...

Alhamdulillah... ada dua tarikh penting telah berlalu minggu lepas...

pada hari rabu umur aku pun telah menginjak ke angka 36, dan pada hari sabtu usia perkahwinan kami pun dah bertambah ke angka 6...

as always, no special celebration... just pegi makan sbb perut dah lapo. dan wiken tu masak spesel sket tu treat our family...

but frens at the office did bought me cake a day later, hahahaha... and at lunch i belanja them ikan bakar, hehehehe... thank you mates! actually dah lama tak makan2 sama. semua pon bz for the last one year - PRU, DPA, out station - lack of manpower... so, ble dapat makan2 ramai2 (tu pon still tak cukup korum, huhuhu), rasa seronok...

the cake...

what did i already achieved in 36 years? well...

  1. alhamdulillah, i'm married & have a husband, not so perfect, but we learn EVERYDAY how to complement each other... ramai lagi kawan yg belum sampai jodoh...
  2. alhamdulillah, i already have 2 children.. oh, 3 actually! hahahaha... lucky me. people only can see a child but we actually have 3, hehehehe... ramai lagi kawan2 yg belum ada rezeki nak menimang cahaya mata...
  3. alhamdulillah, ada kenderaan sendiri nak berulang ke tempat kerja, nak gerak ke sana ke mari... ramai lagi yg tak berpeluang ada kenderaan sendiri, berkongsi sahaja dgn suami/keluarga...
  4. alhamdulillah, ada tempat berteduh sendiri walaupun tak duduk hari2, hahahaha (well, we still live with parents, lalallalaa)... 
  5. alhamdulillah, ada kerja tetap walaupun kesibukan menuntut aku bijak utk membahagikan masa & tenaga... ramai lagi yg belum ada kerja yg menjamin masa depan...
  6. alhamdulillah, sihat badan & minda... 
  7. alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah....
banyak lagi perkara yg mesti disyukuri...

kenangan...
tak pernah amek gambar dgn keta ni... this was the last day i drove him... :(
we already say goodbye to this dear wira of mine... sedih, but life must move on. banyak sentimental value kereta ni. aku beli masa gaji kecik. kerja kontrak, gaji cek, slip gaji pon takde. aku beli pakai baucer gaji. kesian... hahahahah... tapi alhamdulillah, khidmatnya sangat hebat. membawa aku ke sana ke mari. dalam tempoh 8 taun, rosak baru skali, minyak pon jimat. walhal penggunaan sangat maksima, hahahhahaa...

many people change to something more fancy, but we change to something more practical. kereta apa? i think he will make his cameo later la eh, hehehehe... yg penting, we manage to use the same plate number, hahahaha.... alhamdulillah... :D

Monday 20 May 2013

Solat di surau awam...

hhmmm... posting hari ni adalah luahan rasa aku yg tak puas hati dgn segelintir org yg sangat SELFISH utk beribadat sedangkan ramai lagi org lain yg tgh nak kejar waktu... DAN TERLEPAS!!! ggrrrr...

sabtu lepas kami keluar mcm biasa... byk urusan, sehingga membawa ke maghrib. oleh kerana dah nak pkol 8, kami singgah je di Petronas sbb Petronas mmg wajib ada surau (syarat wajib perlu ada)... tp kat situ cuma ada SATU surau, kongsi lelaki pompuan. kecik plak nye, muat 3 org je... oleh krn ramai lelaki, maka aku uruskan lah dlu anak aku yg nak salin dah berlengas ni bilas badan & salin baju...

lps aku kuar, tgk masih ramai lagi... takpe la kan, aku tungu... skali aku tgk dia dok jemaah plak... takpe lah lagi, aku boleh terima... skali siap jamak plak nye... eh, ko dah nampak kan ada org pompuan tunggu ni ha, boleh tak uruskan solat waktu maghrib dlu... aku pon nak maghrib jugak ni...

tengok jam 8.29pm.. isya' 8.34pm... sah la aku tak sempat ni... eh, aku rasa nampak kot aku dah tertonggok kat luar pintu tu, bleh plak nak wirid & doa panjang bagai... hadoi... gler hangin aku, solat trus isya' & qadha maghrib... solat dlm keadaan marah/ geram...

aku mmg hangin kalau set2 yg mcm bagus ni kan, aku bleh dengo la slang dorg ni yg gamaknya mmg br sampai dr jauh ke hapa kan... tp kalau dah tau RAMAI, lps tu nak solat jemaah plak tu, plus nak jamak, cari la tempat yg luas sket... org pompuan pon nak solat, bukan org lelaki je nak buat ibadah...

beribadah tapi kalau sampai menyusahkan org lain dah tak 100% dapat pahalanya... hidup ni bermasyarakat... amal dgn manusia lain pon dikira ya...

ingatan utk diri sendiri juga...

Wednesday 15 May 2013

Happy Birthday Sayang!!!

hari ni besday zara yg keempat...
ummi & walid doakan yg terbaik utk zara... semoga sentiasa dilindungi & dirahmati Allah... jadilah anak yg soleheh... pandai dunia & akhirat...
zara kakak yg baik... we share lots of things together... ummi saaaayangg kakak!

blow candle.. crop dr video, hahaha
birthday girl yg dah berlengas sbb maknya lambat sampai, hahahaha
ummi saaayanggg kakak!!!


Tuesday 14 May 2013

Happy Mother's Day Ummi!

zara bagi balik skolah ari Jumaat sambil malu2 sbb tak penah tau/wish pon b4 ni, hahahaha... zara tlg teacher bentuk plasticine jd matahari je, lain2 teacher buatkan, heheheh... terima kasih sayang! you are my sunshine too!!! :D

Friday 10 May 2013

10 Mei...

tarikh ni insyaAllah akan sentiasa aku ingati...
tarikh bila aku telah kehilangan anak ku yg comel, hana...
anak yg masih kecil, tapi bijak & cepat besar...
sepanjang ketiadaannya, kehidupan dijalankan seperti biasa. ada kalanya rasa sedih muncul jua. ketika aku menaip ini, sesekali aku akan mengerling ke wajah comelnya yg menghiasi meja ku...
alhamdulillah, Allah telah mengurniakan kami ketabahan & kesabaran yg tinggi. belum sekali pun aku bertindak di luar akal fikiran.
aku amat terbuka bila membicarakan tentang hana... saat2 kelahirannya, sifat2nya, keceriaannya, malah saat kepergiannya. sesungguhnya aku redha...
tapi, jgn sesekali bertanya - belum ada ganti ke? bila nak ada ganti? well, definitely, hana tiada pengganti. no matter what does it mean with that question, i accept it as rude & tidak menjaga hati.
kematian bukanlah sesuatu yg boleh diganti dgn yg baru. insyaAllah kalau ada rezeki, kami akan cuba lagi tahun depan, to have another child. doakan kami... adalah tidak adil bg kakak zara utk hidup tanpa adik beradik. kesian kakak, kadang2 bercakap juga, kesian zara ni tau, zara takde kawan...
alhamdulillah, berkesempatan menjengah pusara hana hari selasa yg lalu. baru tenang rasa di hati, kalau tak asyik dibeban rasa bersalah, maklumla yg terakhir masa birthday hana bln oktober lalu... 
semoga hana berada dlm lindungan Allah... semoga kami sekeluarga terus tabah...
alFatihah
Adlina Nur Farhana binti Mohamad Noor
241011-100512

Friday 3 May 2013

Hujung minggu...

ya, hujung minggu datang lagi... tapi kali ini agak istimewa... buat kesekian kalinya, rakyat Malaysia akan turun mengundi sekali lagi..
kepada yg telah mendaftar, selamat mengundi. pilihlah calon yg anda benar2 yakin kebolehan & keikhlasan bekerja... tp yg tanak diundi tu pula jgn la dikutuk dikeji, tak elok dilihat anak2, bukan dengan umpat keji kita nak didik & besarkan generasi baru kita...
kpd yg tak mengundi, anda akan terlepas peluang utk memilih... jgn la nak lebih sudu dr kuah plak bila keputusan kluar nnt. setakan hebat dilaman sosial tp tak sanggup berani bertanggungjawab utk memilih, bukanlah satu sifat yg harus dibanggakan...
ramai aku lihat dah mula bercuti, memandangkan rabu haitu cuti umum, maka langsung je lah sampai ke hujung minggu. bagi yg bekerja, kerja lah seikhlas mungkin, amanah yg ditanggung perlu dipenuhi...
oh ya, jgn lah pula dicaci pertugas pilihanraya, mereka juga bekerja utk mencari sesuap nasi. mereka juga manusia yg ada hati, perasan & akal fikiran, bukan robot atau batu tunggul yg boleh dibuat sesuka hati...
semoga tiada yg buruk akan berlaku, semoga Malaysia tetap aman & harmoni, semoga Islam kekal sebagai agama yg paling agung, dan semoga orang Melayu bersatu kembali... amiiinnn...

Tuesday 16 April 2013

hujung minggu (dan hari2 lain) yang penuh agenda...

hhmmm... last week zara & bobo demam. but sebab kami telah diamanahkan utk mewakili org tua utk pg kenduri, makanya semua pon berusaha la apa yg patot supaya hujung minggu lepas dpt kami balik ke penang (walimah anak sepupu bobo)...
kames sepatutnya keje sampai pagi, tp sbb zara masih tak sihat & tidur je kat skolah siang tu buatkan aku tak senang duduk. so aku mtk tlg my dear fren utk ganti so bleh bwk zara pg ikhtiar laen plak after semua obat klinik dah makan tp lambat plak kebahnya. lps maghrib tros bwk dia pg pusat perubatan assyifa' (famili kak Fadhilah Zaki nye) utk berurut. aku slalu gak g urut kat sana. plus masa kecik dlu kalau demam lambat baik je mak mesti bwk aku blk kg berurut. so lah jawanya kan, hehehehe... alhamdulillah, lps urut baru la bersuara. kalo tak diam je sepanjang hari. agaknya badan tak sedap ke hapa, takde mood.
pagi jumaat kami bersiap2 and bertolak dlm pkol 11.30 pg. actually right after kami dpt kad jemputan, kami trus booked hotel sbb kebetulan ada matta fair last march. so, we've decided to singgah taiping dlu jln2, b4 blk penang pd hari kenduri & tido sana lg satu mlm. the original planned was kenduri dlu baru jln2, but memandangkan skarang kan musim keje dan keje, tak dptlah berbuat demikian, hua3.
sampai taiping, soru dlu kat kamunting. after check-in, solat, then kami gerak ke kuala gula. apa ada di kuala gula? kami dah tgk a couple rancangan makan2 that suggested this place to eat ketam lembut. eh, ketam kan keras? ketam lembut ni ketam yg tgh salin kulit, diambil & diasingkan utk dijual/makan. ada jugak kat situ yg jd anak angkat jabatan perikanan utk buat projek ni. slalunya ketam lembut ada kat kedai (masakan) cina. kedai melayu tak penah plak aku jumpa, hehehe... perjalanan sepatutnya hanya 30-40 min, tp sbb kami dah salah simpang, kami terlajak plak ke alor pongsu, hahahaha... nak pg laut, jumpa jeram plak dah. seb bek kuar awal & ada jln potong in the middle, kalau kena patah balik kita kensel je la, hahahaha...
tapi tempatnya sedih la plak. pekannya di hujung jalan mati (lps tu dah laut), ada poliklinik komuniti yg besar (maksudnya jumlah penduduk ramai, mungkin tinggal dlm estet sbb tu tak nampak), but keadaannya mcm tak terurus. kot la mcm bagan lalang tu byk gerai, rupanya cuma satu je yg ada, hehehehe... tp penternak ketam lembut tu ramai la. senang citer, kg nelayan tp struktur umah batu... anyway, kedainya mmg terapung, kalau bot lalu berombak2 la rasanya kan, seb bek kami ni tak mabuk laut, kalau tak blom makan dah blah agaknya, hahahah... harga boleh tahan, boleh kata harga standard, tp sbb barang fresh mmg berbaloi la.
ikan bakar
ketam
penggemar setia kerang - fresh ni, lagi la sedap :D
belon tu jugak yg dia berkenan, huhuhu


















sampai hotel dah malam. saja pusing2 tgk pekan taiping. balik hotel trus tido. awal pagi badan zara panas balik. dah start merengek2 tak selesa. makan ubat, picit2 dia dapat dia tido balik. pagi tu lewat zara bangun. sempatla aku menggosok & mengemas beg sbb nak g kenduri plak. after breakfast, siap2, check-out, tros pg zoo (sempat lagi, hahahaha). bukan apa, tiket dah bli masa matta fair jugak, so masuk la kejap. naik trem je sbb zara tak larat sgt & takde mood.
muka sembab - demam day 2
dpn zoo


















lps tu, tros gerak ke penang. salin baju kat r&r je, hehehe.. aku tak kenal sgt sedara blah penang memandangkan jaraaaaang sangat2 jumpa. lg pon dah tinggal sedara2 je, adik beradik mak ayah dah xde kat situ (sama ada dah meninggal @ dok dgn anak2 kat tpt laen). balik hotel, mandikan zara, makan obat, trus tido. berjalan dgn org demam gitu la gayanya. so 1st time la balik penang xde agenda JJCM, huhuhuhu...

ari ahad b4 balik singgah chowrasta jap (jadi la drpd xde apa2). bli sket oleh2, makan lunch, makan laksa & rojak buah plak kat pantai miami (makan lagik!), baru gerak balik. kereta banyak, xleh nak laju. singgah pon byk kali sbb dreba ngantuk. so malam la jugak kami sampai.
sampai hari ni masih rasa penat. tekak pon dah rasa laen macam. biasanya mcm tu la kan, after semua org dah kena, baru la maknya demam plak, to complete the cycle, hua3.... bila la aku nak ganti puasa ni :p....
yes people, saya dah gumuks, hua3...