Tuesday 22 May 2012

Birth & Death...

today is my birthday. hari ni jugak dah masuk 12 hari Hana pergi, pergi selama2nya bagi menemui Penciptanya, Allah yang Maha Esa...
it took me quite some time to write this entry, and i feel that today is the perfect day to do it... it might be a long entry...

10 Mei 2012
malam itu aku tak tidur lena. nyamuk banyak, mengetik kaki & tangan ku. sambil2 tu aku akan merenung kedua2 puteri ku sambil berdoa, jgn la gigit mereka, kesian nnt gatal2 tak lena tidur. kakak spt biasa, lasak 180 darjah. adik pon lena, sambil kenkadang mengiring memeluk aku atau kakaknya.
aku solat subuh pon di awal waktu, memandangkan dah terjaga. sesudah solat aku sambung lagi melelapkan mata, maklumla baju semua dah bergosok. 6.45 pg adik dah resah nak menyusu. aku pon susukan dia hingga kenyang & tidur semula sambil mendepa tangan tanda puas. tiba2 kakak pon terjaga. spt biasa dia akan memegang erat tangan adiknya. adik pon drpd layu mata nak sambung tidur trus terjaga. haish, nak bersiap ni, lambat plak ni kang. memandangkan dua2 dah jaga, aku angkat & letak di bawah, takut nnt jatuh, maklumla dah lasak. lps buatkan kakak susu, aku mandi & bersiap spt biasa sambil mulut bising adik/ kakak jgn itu/ ini. kakak kata adik buchuk, beghak, aku kata tak kot, lom salin pampers je. after bersiap, aku bwk budak2 trn, bentang play mat, bukak ceria, cerita biasa tiap2 pagi - Keretapi Dinasour :). lps aku siapkan beg susu, nak salinkan pampers, baru perasan btol kakak kata td, adik beghak. so, cuci la dlu, rendam seluar dia yg ade terbocor sket, then trus masuk keta g umah ibu. sampai umah ibu, hantar kakak dlu, baru amek adik. adik monyok je, sehari dua ni dia mcm tu, tp biasa la kan budak dah besar, dah pandai tanak tinggal. lps cium2 dia, serah kat ibu, salam & cium zara, trus pg keje.
pagi ni miting kat hq tp aku masuk opis dlu for bfast, kang lambat abes miting lapo plak. after miting aku saja singgah mydin, bli sket lg benda utk rumah. tp tghr tu aku rasa matahari mcm pelik, cahayanya statik, tak terik tapi tak pula mendung. lps bli barang aku balik opis, makan tengahari di bilik. lps makan, aku siap2kan goodies, plan nye nak bagi masa celebrate besday zara kat kg nnt. abes mskn goodies, aku g solat. lps solat, PA bos kata xPA dtg bwk baby barunya. excited nak tgk baby comel, kami turun beramai2. tangan tak lupa mencapai henpon kalau2 ada yg mencari. pada masa yg sama aku pelik lagi, ni dah over sangat time utk pam susu, knape susu xpenuh lg? sebelah kiri mmg kosong, belah kanan pon sikit je, itu pon sbb adik menyusu pagi td. agaknya lately aku kurang minum air, so susu pon tak berapa nak meriah. xpela, jap lg la aku pam. smlm pon dpt sket je...
tiba2 tgh borak2 tgk baby aku dpt kol... eh, aunty, ade ape eh... 'zila, aunty tak tau la ni, aunty angkat nak bagi susu, hana dah sejuk ni....' Ya Allah, terasa masa terhenti. aku terus kol abang mintak dia bwk pg hospital. hujan pula turun selebat2nya, menyebabkan perjalanan aku terasa jauh. sepanjang perjalanan, aku beristighfar & bersyahadah sekuat hati agar Hana selamat, sampai kering tekak rasanya. dipertengahan jalan aunty kol lagi, katanya mintak trus ke AzZaharah. aku trus u-turn, masuk simpang AzZaharah, ada parking trus park. berlari aku menuju ke hospital sambil membawa surat beranak Hana. ntah kenapa juga seminggu dua ni aku syik mengusung surat beranak Hana, hajatnya nak buat buku simpanan tapi tak berkesempatan.
sampai di wad kecemasan, aku lihat doktor sedang cuba sedaya upaya, abang juga pasrah memerhati, aku terus memegang tangan Hana sambil memanggil 'Hana, Hana, Adlina Nur Farhana, ummi ada ni, Hana... Hana...' tak putus2, dgn harapan dia mendengar & kembali bersemangat. tapi sejujurnya aku dapat melihat keadaan Hana ketika itu, sudah amat payah kiranya untuk dia bertahan, maka aku terdetik, kalau sudah beberapa lama tidak ada oksigen dlm otaknya, pasti dia bukan Hana yg sama lagi nanti. aku berdoa semoga Allah berikan yg terbaik utk Hana, utk kami semua. dan nampaknya Allah Maha Mengetahui, dipanggil Hana jua kembali kepadaNya. kami hanya memandang kosong. aku pantas mendail abah, kebetulan berada disekitar BBBangi, pantas tiba ke hospital. Air mataku berderai bila mendakap abah. abah kata, redha long, redha, sudah sampai ajalnya. aku kuatkan juga semangat, sementelah zara juga dah sampai. ku peluk zara. kosong lagi. anak ku yg comel telah tiada. tak ada apa lagi yg boleh ku lakukan.
aku bawa pulang jasad Hana sementara abang uruskan hal report kematian di balai. dalam perjalanan aku tatap wajahnya, bersih & tenang, tidak seperti wajahnya ketika tiba di hospital tadi. baru ku tersedar yg adik ni tinggi orangnya, besar dari umurnya yg baru 6 bulan 2 minggu. sampai di rumah, mak & pendi dah siapkan tempatnya. mak menangis, kenapa la boleh jadi mcm ni...? abah kata, redha... jgn menangis... aku salin cadar hospital yg membalutnya dgn kain mak yg cantik, betulkan ikatan dagunya, merenungnya lagi, tenang je, umpama sedang tidur...
lps maghrib, org mulai datang... keluarga & rakan, termasuk ibu & keluarganya... bila angah sampai, baru air mataku berjuraian lagi... sedih, anakanda ku yg kecil telah pergi menghadap Ilahi... malam tu ku gagahkan juga tidur walaupun dah lewat pukul 3. esok masih panjang, banyak lagi urusan yg perlu diselesaikan. aku ambil bantal kecil dan tidur sambil memeluk Hana buat kesekian kalinya, sambil zara tidur disebelah.

11 Mei 2012
aku bangun, mandi & solat subuh, kemudian membacakan Yaasin di kepala Hana... lepas tu, aku dgn redha memeluknya, pergilah Hana, ummi redha, ummi sayang Hana... bila mak duduk disebelah, air mata ku mengalir lagi, dia dah nak pegi mak... mak kata, redha long, ini semua ketentuan Allah....
tak lama kemudian, aku lihat ustazah dah sampai... ya, nampaknya inilah masanya, aku harus kuat... rakan2 pon dah ramai yg tiba memberi semangat... ku buka bajunya satu persatu, ku mandikan dia seperti hari2 lain kebiasaannya. adik spt baby yg sedang tidur, badannya masih lembut, mudah disempurnakan, cuma matanya tertutup rapat & bibir telah sedikit biru. kotoran/ najis juga takde sbb masa dia pergi dia baru lps mandi utk tidur petang, pampers pon masih kering. ketika kafan, aku pakaikan baju raya pink pembelian ku, yg aku dah angan2kan utk dipakai bersama kakak zara. comelnya anak ummi. sebelum kafan ditutup, aku kucup dia perlahan2, di dahi, matanya kiri & kanan, pipinya kiri & kanan, dan bibirnya - Adlina Nur Farnana, pergilah sayang, ummi redhakan Hana pergi, ummi halalkan air susu ummi, terima kasih kerana menjadi anak yang baik & telah menggembirakan hati ummi, walid, kakak zara & semua orang.
perjalanan ke kubur ku rasa lambat. sampai sahaja di sana, kami terus ke tapak yg telah disediakan. tapi bila diuukr, adik tinggi, tak muat lubangnya. lps dibetulkan, baru jenazah dimasukkan perlahan2 oleh si penggali kubur itu. akhirnya, bersemadilah Hana di sana...

bila difikirkan semula, sebenarnya Allah itu telah berikan aku banyak petanda, tapi sbg manusia siapalah yg mampu mentafsirkannya
1. seminggu sebelum Hana pergi aku dah basuh semua kain buai, play mat & bauncer, kebetulan cuti wiken tu tak ke mana2 & kain2 tu rasanya sudah sampai masa utk ditukar.
2. hati abang rasa tak sedap nak pergi otstesen, alhamdulillah masa kejadian tu dua2 ada di sini, kalau tak ralat nya tatau la mcm mana
3. malam sebelum tu adik merengek je. masa makan malam tu pon dia dok perhati aku dr dlm buai. bak kata zara, adik nanges, adik nak mak je, adik tanak tok - ayat ni kenkadang zara akan sebut ble dia teringat adik dia
4. susu berkurangan ble time pam, rupanya tuannya dah nak pergi...

dan sesungguhnya aku redha dgn pemergiannya. aku tak ralat walau sekejap Allah pinjamkan dia. aku dah cuba sedaya upaya utk menyusukannya penuh, kalau waktu kerja pam & cooler bag sentiasa ada. dia anak yg baik, tidak pernah menyusahkan kami sekeluarga, sentiasa senyum dan tertawa, pada umur 6 bulan dia dah pandai merangkak, cium & peluk orang. aku dah berpeluang bagi dia makan bubur, kalau biskut farley tu memang suka sangat, 1st attempt je dah makan 1 1/2 keping, suka oren & ais kerim. adik suka mandi shower. dia suka tengok hujan, kalau dalam car seat tu dia akan tengok je cermin depan tu, merenung air yg menitis. dia dah pandai mengusik kakak jugak, kalau kakak tidur dia akan 'balas dendam', ditarik2 rambut kakak sampai kakak jaga. badan adik pun kuat, tak penah demam kalau lps jab.

semua baju2 dia aku dah pack nak bagi sedara mara. aku cuma simpan baju2 baru, baju yg aku bli masa otstesen yg sama dgn baju kakak (berpeluang jugak tgk dia dorg pakai baju sama), baju2 terakhir dia (baju tidur malam & baju masa dia pergi) & tuala dia.

Ya Allah Ya Tuhan ku, sesungguhnya hanya Engkau yang Maha Mengetahui rahsia daripada dugaan ini. Kau tabahkanlah hati-hati kami, terutama kakak Arissa Nur Zaharah, semoga dapat meneruskan kehidupan di dunia ini. Kau tempatkanlah anak ku yang comel Adlina Nur Farhana bersama para bidadari syurga, semoga menjadi pembantu kami di Padang Mahsyar kelak. amiiinnn....



22 comments:

  1. aku sangat sangat sedih baca entry nih. dan aku minta maaf sebab tak dapat dtg bersama-sama kwn yang lain menziarah. al-fatihah buat hana.

    ReplyDelete
  2. takpe mala, anyway thanks for ur support & thoughts, kawan2 lain ramai menziarah, rezekinya murah, alhamdulillah...

    ReplyDelete
  3. dik, aku cukup bangga lihat ketabahan kau.Redha, sabar..setiap ujian ada hikmahnya. Hana sekarang berada di tempat yang paling mulia ..di sebelah penciptaNya. Doa kami mengiringi Hana dan dlm masa yang sama untuk ketabahan kamu sekeluarga juga.

    ReplyDelete
  4. terima kasih semua... btw, my fren also ada mention abt Hana in her blog http://phatmummy.blogspot.com/2012/05/little-girl-in-heaven.html

    ReplyDelete
  5. lama jugak aku pikir apa nak taip lepas baca entry ko. sedih aku baca, menitis jugak la air mata. sebab kalau la jadi kat aku, seriously aku tak tau camne reaction aku, for sure tak mungkin sekuat ko babe.

    insyaAllah. al fatihah untuk Hana.

    ReplyDelete
  6. thanks Ara for your prayer, and ur post also :) http://zmiaraimz.blogspot.com/2012/05/my-house-my-castle.html

    ReplyDelete
  7. Zila,

    Sedih aku baca entry ni tapi aku kagum dengan ketabahan ko.

    ReplyDelete
  8. thanks Rihen, alhamdulillah keluarga aku semuanya supportive... doa2 kalian juga menguatkan aku... thanks a lot

    ReplyDelete
  9. Salam along,

    Sekali lagi saye minta maaf sbb tak dpt dtg. Rasa sedih sangat sbb tak dapat pergi - masa gembira cukur jambul Hana dulu pergi, tapi bila Hana pergi saye tak sempat ucapkan selamat tinggal. Along mmg tabah meredhakan pemergian Hana sbb saye tau daripada pengalaman sendiri, bukan mudah. Alhamdulillah ramai ahli keluarga dan rakan2 yang rapat dan membantu Along get through this rough patch. InsyaAllah, kehadiran Hana yang biarpun sekejap ni sangat bermakna sbb mampu mendewasakan kita dan semua di sekeliling kita supaya lebih kuat menghadapi hari2 mendatang. -shasha-

    ReplyDelete
  10. thanks shasha for ur thoughts & prayer... semoga ianya menjadi pengajaran & iktibar kpd yg masih hidup. sesungguhnya mati itu tidak menunggu walau sesaat. Hana lahir di hari Isnin, meninggal di hari Khamis, kebumi di hari Jumaat, dlm keadaan yg suci & mulus. sebagai hamba Allah kita tak boleh tamak. harus redha walaupun pahit... thanks again dear :)

    ReplyDelete
  11. kakak..i didn't know arwah's full name is Adlina Nur Farhanna...im so touched and masa saya cium dia buat kali pertama dan terakhir saya memang sayu sangat...wajah arwah tenang mcm org tidur je...kakak redha lah...sesungguhnya Allah telah berikan tempat yang terbaik untuk dia.
    Al-Fatihah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah na, masa awak dah balik tu aku baru teringat nak bg tau nama dia sama dgn nama awak... sama2lah kita doakan yg terbaik utk dia, amiinn... thanks for coming ye :)

      Delete
  12. Kak Zila, sedih sangat baca entry ni. Teringat2 masa sentuh arwah dan cium dahi dia. Mmg sebak sangat masa tu. Semoga akak dan keluarga terus tabah menghadapi ujian ini. Saya mohon share kat FB entry ni. Take care sis.. - Faryna

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks a lot faryn coz sempat & sudi datang haitu. share la kalau dapat menjadi pengajaran kpd semua. u take care too :)

      Delete
  13. Salam.sis, saya staf kepda puan Faryna..saya harap akak tabah dan sentiasa kuat semangat ye..saya menitis air mata baca kisah akak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih atas semangat yg diberikan... :)

      Delete
  14. Salam ummi hana,
    Maaf aku x dtg support, aku blurr...aku sedih sgt bc ni..sgt sedih...dan bangga dgn ketabahan ko zila..ya allah aku xtahu kalau aku di tempat ko apa jadi dgn aku..aku doakan allah bg ganjaran terbesar buat ko n hubby n family atas kesabaran n ketabahan kalian.

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih atas doa kpd kami sekeluarga, insyaAllah ko juga akan diberikan yg terbaik oleh Nya, amiinnn...

      Delete
  15. Saya dapat link entry nie dari post seorang rakan. Innalillahi wainnailaihi rajiun... Awak memang kuat dan insyaAllah ganjaran awak suami isteri sangat besar. Ada satu hadis Nabi, di akhirat nanti, waktu masa perhitungan, Allah akan panggil golongan manusia yang tak ada dosa untuk terus masuk syurga. Golongan tu termasuk la kanak2 macam anak awak. Tapi bila sampai di pintu syurga, kanak2 nie semua berhenti tak mahu masuk kalau ibu bapa mereka tak masuk sama. Jadi Allah pun izinkan ibu bapa mereka masuk sekali. Syaratnya, ibu bapa mereka betul2 redha dan langsung tak kesal dengan pemergian mereka, apatah lagi menyalahkan takdir. InsyaAllah, awak suami isteri, salah seorang daripada ibu bapa tu. Untung awak... anak awak dah memang tunggu awak kat sana... InsyaAllah... Takziah dari saya, kawan baru. :)

    ReplyDelete
  16. Salam zila, al fatihah buat hana k. Maaf aku x hadir coz x tau..Moga terus tabah hadapi dugaanNya yang Maha hebat ini. Pasti ada hikmah disebaliknya jua..Al fatihah

    ReplyDelete
  17. terima kasih said... hanya Allah yg Maha Mengetahui... alFatihah...

    ReplyDelete