Wednesday 29 October 2014

and... it's a boy!

Alhamdulillah... dah 57 hari bb yg ditunggu telah lahir ke dunia... Ahmad Aris Farhan bin Mohamad Noor... Senang je kan pilih nama anak, nama kakak zara campur nama kakak hana, hihihih... janji ada makna baik, no problem...

aku diarah utk menyerah diri pd 2 Sept jam 8 pagi kat Hosp Serdang. memandangkan dah arif dgn keadaan spital yg sentiasa heavy traffic, makanya lps htr zara skolah, aku siapkanla kerja rumah apa yg patut, baru la gerak g spital. sampai dlm pkol 10.30 pg, register kat dewan bersalin. kalau ikutkan dptla aku msk 1st class kannn... siap dah tulis nama blk. tp kan planned czer, mmg berangan je la jawabnya. tpaksa tg jugak wad O&G tkt 5 tu kosong. haaa kau, pkol 3.40 ptg br dpt msk wad, huhuhu... tpp mmg ramai btol haitu. kat tpt check up dewan bsalin tu semua penuh bersilih ganti, walaupun ada 10 beds. yg menunggu bukak tak bukak, duduk lenggang kangkung je pon ada dekat 15 org termasuk aku, hihi... mana la tak jem wad tu ha. tak kira lg yg dtg mmg trus nak beranak. mmg yg belum nak beranak ni kena mengalah la jawabnya. 

Alhamdulillah, bb aris lahir 3 Sept, pkol 11.56 pagi, iaitu giliran bilik bedah yg nombor 4, hew3. haitu je ada 6 cases nak kena bedah, lom msk yg emergency lagi. isk2 dahsyat... masalahnya aku pkol 6.30 pagi dah dipakaikan tiub kencing tu. wwaaaaaa... tak selesa btol. aku rasa lbh 10x aku kuar msk toilet sbb neves, mula la rasa nak berak la, hapa la. mmg tak duduk atas katil pon lps tu, lepak kat kerusi je. pkol 11 br disorong ke blk bedah. aku disuntik ubat tambahan utk mengelak tumpah darah buat kali ketiga. tp alhamdulillah bacaan hb aku b4 operate tu 11.5, kalau tak dlm 9.5 je, so xde la risau sgt. sampai blk bedah, mcm biasa la, kena perkenalkan diri, baca tu baca ni, maklumla takut kang tersalah bedah plak kan. tp dr anesthetic tu siot je. dia kata, puan dah kali ketiga kan? ala sama je... hew3...

tp effect ubat kali ni mmg kuat. rasanya ada 5x aku muntah kot lps operation tu. rasa mcm hangin satu badan. terasa sakit kat tpt luka tu. 1st time la rasa sakit operation... b4 ni biasa je. mcm aku cakap haitu, kali ni terus ikat. tiga doktor tny aku blk masa kat wad tu, cfm ke nak ikat, sbb tak boleh bukak lagi. kalau rasa nak bb lg kena pk IVF la, hihi... aku kata, cfm, sbb aku tau byk masalah everytime nak bsalin. aku tanak compromise my health towards benda yg belum tentu. jagalah anak yg ada in stead of tamak nak beranak lagi. agaknya Allah pun nak beri petunjuk. org sebelah katil aku uri dia dah termasuk dlm pundi kencing. dia pon ada history placenta previa. mmg option dia adalah kena buang rahim masa beranak. aku doakan dia & anaknya berjaya diselamatkan...

doakan semoga Ahmad Aris Farhan menjadi anak yg soleh, cergas & cerdas. doakan juga rezeki susunya melimpah-ruah spt arwah kakak hana... yg penting, doakan aku rajin mengepam, hahahhaha...

nnt kita cerita pantang plak eh (kalau sempat :p)

budak ensem suka dibedung... :)

Tuesday 12 August 2014

21 days more...

ya... dah tinggal 21 hari je lagi... nebesnya mak weh.... help... :D

well, insyaAllah 21 hari lagi i'll deliver my third baby... smlm hari check up kat hospital. as expected, the doctor will give me 'the date', since that both of my daughters were delivered through c-sect...

what did i not expect was this conversation, hik2...

dr: mcm mana lps ni, nak terus ikat ke mcm mana?
me: hhhmmm... sy rancang sendiri je la kot
dr: umur dah 37... awak tau, awak ada seploh, doploh taun lagi yg membolehkan awak mengandung
me: (krik3....)
dr: hhhmmm, anak dua2 pompuan kan... yg ni dah tau jantina?
me: haitu tak nampak lagi
dr: awak kena ingat, kali ni operate lagi... kata la pompuan. lps tu suami kata  nak anak lelaki jugak, operate lagi, dan lagi, awak sanggup ke? normal ke operate ke dua2 ada risikonya... tp operate kan boleh uri lekat, tumpah darah... kalau uri lekat, dah kena buang pulak rahim... yg kita takut kalau dia naik ke atas, lekat kat pundi kencing. dah kena buang pundi kencing plak... anak kecik lagi, pakai beg kencing lagi. awak nak ke?
me: (krik3....) - muka kompius
dr: suami datang?
me: tak, sy sorg je haini
dr: dah bincang blom dgn suami?
me: errr belom lagi (i don't expect to bincang earlier with bobo since dr kat KK pon tak kata apa)
dr: org lelaki bukan kira apa, dia tau apa dia nak je. awak nak awak & baby sihat ke, atau dpt anak lelaki tp tak sihat?
me: (krik3....) - muka kompius lagi - walaupun aku dah ada jawapan, still need to reconfirm dgn bobo
dr: mcm ni la, sy key in dlu optional - tp optional ni maksudnya bergantung masa time operate tu ya, kalau perlu kita trus ikat aja
me: nak kena bg jawapan haini gak ke?
dr: xpela, nnt ble dah msk wad bg tau skali lg. skang pg scan dlu. ni apsal Hb rendah? tak makan ubat ke?
me: eh, makan... sy tak mengandung pon mmg rendah..

after scanning...
dr: ok, kita trus booking date... so, masuk 2hb utk kita monitor darah dsb, operate 3hb... hhhmmm, pagi dah penuh, so pkol doblas la eh
me: (lor, tghr la plak...) - ok
dr: ok la, nnt follow up kat KK mcm biasa, 2hb dtg utk msk wad ya... selamat hari raya! (salam2)
me: ok dr, tima kasih... selamat hari raya..

tgk buku, rupanya dah UD54... patutla cakap pon belasah je, dah mcm2 pesen org la tu dia tgk, hehehe...

so, begitulah adanya. insyaAllah 3hb aku bsalin, again at hops serdang... doakan semoga semua selamat... dan doakan semoga anak aku sihat... amiinnn...

hish, nebes weh!!!

Monday 4 August 2014

Ramadhan & Syawal

huhuhuh see? xde entry langsung utk bln julai! so bad... so bad...

anyway, frm syaaban to ramadhan sebenarnya byk benda yg berlaku. as kita selalu berdoa, jadikanlah ramadhan kali ini yg terbaik, dan pertemukanlah lagi dgn ramadhan yg akan datang... slalunya towards ramadhan mmg ramai yg akan meninggalkan kita. meninggalkan dunia yg serba kekurangan ini kepada alam barzakh yg nyata...

as for us, it started when my mother in law (MIL) meninggal time kitorg pg holiday kat penang haitu. and obviously it was already 2 syaaban... alhamdulillah hari jumaat yg mulia. tak sakit apa, just dia kata pening nak muntah, turun katil, terus terjelepuk & few seconds later, innalillah... but, as i expected looong time ago, things will going to change a lot. yes, a lot... i'll tell u later.

then, definitely 2 weeks later, my atok frm my mother's side plak meninggal. and alhamdulillah again it was on friday, 16 syaaban. atok mmg ada semput, but few days before dia dah ok, dah selera makan, dah boleh jalan sendiri etc. hari dia meninggal, dia br lps mandi & ambil wudhu, nak kluar toilet tetiba kaki dia lemah, terduduk kat lantai. alhamdulillah subuh tu org umah depan blom pg keje, mtk dia tlg angkat atok ke katil (kat umah ada atok minah & busu je, xde org lelaki). sempat dia ambil nab tu dlm dua kali sedut, celik mata tgk sekeliling & that's it... innalillah... aku dpt kol masa dah sampai opis. maka lambat la aku gerak balik. sampai dah habis kebumi... oh, my atok had a unique name - Hairan bin Taslan, hehehe... jawa ofcos... nama dia sebenarnya Sairan, but well, zaman tu kan, sukati tukang daftar je la kan. so taun ni xde dahla org bising2 kat umah time nak raya. anak atok semuanya pompuan, so dia mmg man of the house la. masa mula dia sakit dulu dia mcm takleh nak terima sangat, maklumla sebelum ni semua dia buat, bila dah tak daya terasa tercabar egonya. dia pergi masa umurnya 89 taun...

few days before ramadhan plak, sepupu bobo meninggal... dah 50++ pun, but dia mg sakit, kalau tak silap SLE. dah few times survived frm coma, but this time dah sampai masa dia. so mak chaq now tinggal sorg je anak yg masih hidup out of 3. i can't imagine when you had to survived by burying ur children more than once sedangkan u're still alive at the age of 80++...

then, a day before syawal, my atok sedara belah atok minah plak meninggal. so in stead of bz masak memasak ada acara lain plak termasuk masa hari last tu - ziarah org meninggal. as my mother said, taun ni kejap je kan abes round beraya, ramai yg dah xde...

anyway, my ramadhan alhamdulillah berjalan dgn baik. i managed to finish my puasa regardless of my condition. cuma bila dah petang tu mmg terasa la penatnya. bayangkan sebulan puasa, hari 2nd last je masak for iftar, yg lain beli, huhuh... tp sahur alhamdulillah masak hari2.

but ramadhan & syawal kali ni mmg sgt menyedihkan kami tiga beranak. ntahla, org lain tak rasa kot. kami je yg sibuk pikir raya katne, nak masak apa, ayah mcm mana time puasa/ raya... i can't tell more since that it was bobo's family matter. but still sakit hati jugak la kan, kita menantu pun pikir mcm2, anak buat mcm biasa je (except kakak). tu yg time raya kitorg mmg amek break seminggu, korg la plak pikir apa yg patut, kitorg nak rehat, huhuh...

so, my raya kali ni mmg berehat sungguh! hahahhaa... ptg raya baru gerak blk muo mcm biasa... sampai R&R air keroh bobo dah tak tahan. pagi tu aku msk pulut kuning dgn rendang, pg umah kakak plak dia masak mi siam. tak makan nasi seharian. haaaa.... hangin satu badan! abes keluar apa yg dimakan satu ari, jem kepala, hehehe... rehat sampai dah ok br jalan balik. skali angah pon singgah time sama. aku pos la zara blk dlu, hehehe. xde la dia jemu dok menunggu dlm keta.

raya kedua mak, abah, yah & angah anak beranak dah gerak blk tganu. taun ni aku tak ikut, sakit pinggang nak travel lama2. so beraya dekat2 je la. mlm tu teman atok semalam lagi b4 gerak ari rabu. btw, kami tak balik pon, kami pg melaka, hua3. rabu lepak town, dua kali menjarah jonker street. kames kunun nak blk, last2 singgah pengkalan balak plak semalam, kebetulan ada blk kosong, hahahah... yg tak bestnya, maghrib tu ada budak hilang kat laut. mlm tu ombak kuat, team SAR pun xleh nak cari, last2 pkol 12.30 tgh mlm timbul sendiri. budak 11 taun, blk umah atok, ajalnya kat situ.

jumaat lps check out gerak blk. pon tak blk  umah, blk sarang kami kat kajang, hehehe... before sampai tu dah bli stok makan byk2, haaa kau, sampai ahad berhibernasi dlm umah tak kuar2, hahahaha... hr sabtu hr tido anak beranak sedunia. ahad lps isya' br blk umah, hihihi... mmg raya kali ni raya lepak2 je la, huhuh...

dikesempatan ini aku rasa belum terlambat utk aku ucapkan salam aidilfitri kpd uols... mohon maaf zahir batin atas semua salah & silap. taun ni xde open house kot, mcm tak larat nak masak/ mengemas, hahahah... tp tatau la kalau last minit kan, bobo tu bukan btol sangat, hihu. kalau ada nnt aku jemput, insyaAllah...

okla, br msk keje ni, byk benda nak buat....