Wednesday 23 January 2013

Salam Maulidurrasul 1434H

esok umat Islam akan memperingati hari kelahiran junjungan kita Nabi Muhammad SAW. walaupun ada yg kata sambutan maulid ini bid'ah, namun kalau ianya adalah bid'ah hasanah, perkara yg membawa kpd kebaikan, memperingati kelahiran Kekasih Allah, apalah salahnya... Selawat dan Salam ditujukan kepada Baginda, Sallallahualaihiwasallam...

rasanya mulai tahun ini, aku akan lebih mengingati hari maulid ini krn Maulidurrasul 1433H adalah antara hari yg sangat istimewa utk kami sekeluarga...

Majlis kesyukuran, aqiqah & bercukur Adlina Nur Farhana binti Mohamad Noor - 12 Rabiulawal 1433H
Wallahualam... AlFatihah...

Friday 18 January 2013

Outstation...

hhmmm... this sunday aku akan kena otstesen for abt 3 days... ntahla, every time aku kena otstesen, aku mesti akan teringat pd hana, betapa la masa dia ada dlu aku slalu otstesen, tinggalkan dia dgn mak, tp dlm masa yg sama tak lupa utk membawa segala tok nek kelengkapan mengepam supaya stok akan tetap ada. how i missed those days...
now, each time aku otstesen, aku akan melihat bersilih ganti ibu2 yg berbuat perkara yg sama utk anak mereka. how i envy them, but at the same time aku bersyukur krn telah berpeluang utk berbuat benda yg sama... may Allah granted me one more chance to experience the wonderful journey again, insyaAllah, amiinnn...
for those of u yg still bf, jgn putus asa utk pump, walaupun kadangkala sikit je yg dapat, sbb walau sedikit ia tetap rezeki yg dikurniakan Allah... walaupun leceh/ penat/ susah nak cr tempat simpan stok/ ape2 je la alasan kan, teruskanlah perjuangan itu dgn sabar sbb kita takkan tahu sejauh mana perjalanan tersebut akan dpt ditempuhi.
i really miss her these few days... tabahlah wahai hati... :(

Thursday 17 January 2013

!!@#$%^&...fuh! Tadaaa... Magic!

hahahah, jampi serapah mende la pepagi ni kan...

as some of u already knew, zara tanak pegi skolah hanya sbb dia tanak tido siang, hahahaha... alahai anak, itu je sbb tiap2 pagi nak mengamuk kan, saja tunjuk perangai tanak g skolah. so skang hari2 kenala konon2 remind teacher dia yg zara tamo tido tengahari... and teacher pon layan je la kan, asalkan tak meraung g skolah, hehehehe...

sebenarnya, alhamdulillah, aku rasa aku dah berjaya buat 'sesuatu' yg telah membantu dia lembut hati utk ke skolah... haaaaa, apakah itu? hihihih... start dr ahad malam haitu, aku akan bacakan selawat & zikir Ya Latif di telinga zara, lps tu tiupkan kat ubun2 dia, sambil nasihatkan dia supaya jgn nangis pg skolah, be strong, ummi sayang zara... buat masa dia dah tido, sbb dikatakan masa tu deria bawah sedar kita akan mendengar lebih baik & berkesan (mcm kalau borak2 dgn org koma la). aku terbaca ttg bacaan zikir Ya Latif ni kat fb kot, so saja la try kan, org kata usaha. alhamdulillah, nampaknya berjaya... akan cuba amalkan sbb zara ni kalau mengamuk boleh tahan. tak mcm hana, lembut hati, senyum je sokmo... nak tido senyum, bgn tido senyum, dah kenyang senyum, kena gigit dgn kakak pon setakat merengek mengadu je. kalau zara, hhmmmm... dgn aku pon dia gigit lagi skang ni. ntah hapa ntah yg dia geram, hahahaha... masa kecik dlu xde plak adegan gigit2 ni, haish...

ada jugak mtk air dgn ustaz, saja stand-by, berusaha dgn ayat2 Allah ni takde ruginya, btol tak?

so, it proves that the mother's spell is the best! hahahaha... sbb tu la doa ibu itu mustajab, jadi hati2 la dgn ibu anda, mana tahu bila dia HEMBUS nnt sesuatu akan terjadi? MUAHAAHAHAHA... ;D


Thursday 10 January 2013

Menjadi baik, lebih baik atau terbaik?

hahaha, nampaknya ini adalah entry pertama utk taun 2013, lalallaa...

setiap taun pasti org akan tny psl azam. sebenarnya azam tu perlu dibuat hari2, sbb tu la kita disaran utk mehasabah diri setiap malam, supaya kita akan jadi lebih baik pd hari esok berbanding hr ini, kecuali la kalau nama ko mmg azam, hahahaha...

well, aku rasa usaha utk menjadi Baik, Lebih Baik dan Terbaik sebenarnya adalah berbeza, mengikut masa, konteks kehidupan & keperluan seseorang. tapi sbg anak sulong, aku rasa sepanjang hayat aku perlu sentiasa ada ketiga2 nya, hahahaha (perasan). parents selalunya mempunyai expectation yg tinggi kpd anak sulong. kalau masa remaja dlu slalu stress dgn harapan2 org ni. hhhmmm...

aku bukanlah pelajar yg excellent, cuma biasa2 je. aku perlu study hard, ada jadual blaja - tp masih fleksibel (ikot suka aku la kan, tak perlu mengikut gaya org laen, hihihi). alasan2 perlu blaja kuat antaranya supaya menjadi contoh kpd adik2. huhuhu... tp aku rasa parents aku akhirnya surrender jugak & terpaksa mengakui yg aku bukanlah brilliant student ble aku dah kat uni. A mmg tak penah dpt, repeat penah dua subjek, yg paling best extend 1 semester cbb SALAH KIRA CREDIT HRS! - bangang la plak aiii... tp alhamdulillah my parents pon paham, bahawasanya anak dia ni sepanjang hidopnya mmg kena byk trial & error, mungkin sbb tu juga aku menjadi insan yg tabah (chewah! kununnn...). dan apabila tgk anak2 lain yg seterusnya lebih bijak & cemerlang drpd kakaknya yg sengal ni, baru la dorg stop hoping on me too much, hahahahah...

dlm diri setiap muslim, kita perlu sentiasa ingatkan diri supaya menjadi baik. baik itu dlm erti kata menjauhi larangan & mendekatkan diri dgn perkara yg diamanahkan oleh Allah. bukan mudah utk menjadi baik. kadangkala baik kita boleh disalah erti. baik juga perlu berpada-pada, kerana takut kelak memakan diri.

dan setiap hari juga kita perlu berazam utk menjadi lebih baik. utk menjadi lebih baik kita perlu juga mendengar cadangan & kritikan org lain. tu la kalau bekerja pon kita kena isi laporan prestasi tahunan. bukan tujuan utk mengkondem, tp utk menjadikan kita perkerja yg lebih baik & bersemangat dlm menyumbang kpd organisasi & negara secara keseluruhan (keje swasta pon menyumbang kpd negara ye).

tapi utk jd yg terbaik mmg susah. terbaik pd pandangan org ni tak semestinya terbaik pd mata org tu. yg terbaik itu hanyalah pada pandangan Yang Maha Mencipta je. oleh itu, jgn berhenti utk menjadi yg terbaik sbb ganjarannya insyaAllah akan diperoleh bila di akhirat kelak.

cabaran aku sekarang adalah utk menyampaikan ketiga2 konsep ini utk zara. sbbnya? dah elok2 haitu rilek je skolah, 3 hari ni menangis/berdrama plak dah, hahahahahha... tp drama ni sebenarnya dah biasa dah masa dia dok umah ibu lagi. so, harus bertabah la setiap kali nak menghantar. msalahnya ble balik happy je, nyanyi2 la, cerita2 apa buat kat skolah, cuma pagi2 je buat perangai, hehehehe... seb baik la teacher rajin memujuk, kalau tak payah juga. maklumla, slalu ikot suka je kan, nak tido ke, nak makan ke, nak maen ke. ni semua kena ikot rules, boring la member. dah la zara ni jenis kasar, maen ganaz2, tetiba kenkawan maen dolls & masak2, harus la nyampah kan. mcm mak dia dlu ah, hahahaha - org sibuk maen pondok2 time rehat, aku pegi panjat pokok kat luar, hihihihih.... sabar la nak ooiii, lom ada kawan yg bleh geng tu, hehehehe...

ana-montessori-bangi-front
skolah zara
ana-montessori-bangi-playground
pagi & petang sini la fav spot dia
ruang blaja utk 4 taun
hari keempat - masih ceria :p
dgn kawan2, heheheh