Tuesday 30 July 2013

Bila mood sudah mari...

post ni aku buat ari jumaat, hihu...

Aku ni sejak kawen mmg xde keje laen, masak, masak, masak... Masa mula kawen dlu agak stress la kan. Bukannya nak kata aku tak pandai masak, tp aku masak ikut cara aku la kan, hihu... Lg pon, mak aku pon biasa2 je, mmg xde la sesi ibu mengajar anak, semua blaja sendiri. Tu yg dlu tak berapa nak pandai masak macam2 kan? Hehehe (alasan, kui3)

Tapi, bila dpt suami yg terus terang gler menegur masa mula kawen tu kan - ko masak apa ni? (dgn nada yg sgt annoying), terus aku sentap kan.... Ewah2, aku dah masak pon kira untung, dahla aku keje kan, byk plak komen haaa.....

Masalahnya, mmg pesen dia nak makan menu kedai aje kan, lalu aku pon malas nak sentap sensorg (dia bukan tau pujuk pon, kutuk lg ada), maka aku usahalah tny org sana sini cara/resepi itu ini... Alhamdulillah staf2 aku terer masak, so dpt la byk jugak ilmunya... Terima kasih byk2, hanya Allah yg mampu membalas ilmu tu semua...

Btw minggu ni bercampur-campur... Maklumla, dah nak tiba musim monsun, hahaha... So ari senin aku msk burger, kentang goreng, jagung manis & goreng kuih muih frozen. Selasa aku goreng bihun, keropok ikan, kepak ayam & kicap cili. Rabu off sbb ada iftar dgn geng opis.

Skali smlm mood sudah mari, hahahaha....  Smlm masak ikan siakap stim, hati ayam goreng dgn kacang panjang, kangkung belacan & bubur durian... Haini plak aku masak patin tempoyak (1st time wooo), kailan goreng, lala msk halia & ikan kering... Pergh, gler mood baek, hahaha... Tq my opismate wan for the patin cut & resipi skali. Yummmeh, hahaha...

So kenkawan, masak je la apa ada kata umah tu time pose ni, pasti menjamin keenakan yg berpanjangan, hahahaha... (tp ada jugak org yg tak puas ati, hhmmm... sabo je la... )




2 comments:

  1. berdosa kau buat aku lapar weih! hahahahaha dahlah nak dekat tengah hari nih.

    wahhhhhh kena belajar dengan kau nih. aku teruja dengan ikan siakap stim. nanti boleh email aku resipi? :) aku kena belajar masakan melayu, sebab kalau nak paksa aku masak jawa memang tak lah kan. hahahahahahaha.

    ReplyDelete
  2. alolo sian... aku ni masak main campak je, tiada sukatan yg tepat, hahahaha... anyway my version of siakap stim adalah:
    1. seekor siakap saiz sederhana (chewah)
    2. limau purut, ambil airnya - 3 biji
    3. sos ikan - 3 sudu besar
    4. sos tiram - 2 sudu
    5. bawang putih & halia - banyak pon takpe, sumbat skali dlm perut ikan, so tak hanyir
    6. asam masin (putih) - 4 biji

    bahan 1-4 = bancuh & tuangkan atas ikan
    asam masin = susun la ikot suka, agak2 rasanya sekata, hahaha

    panaskan air, sebelum menggelegak, tenggekkan periku kukus atasnya, kukus dlm 15 ke 20 min. cek la kalau ikan tu dah masak, boleh la ditutup apinya.

    itu sahaj cik kiah oooiii... kalau tak sedap, cuba la beberapa kali sehingga mendapat rasa yg diingini, hahahaha...

    ReplyDelete