Monday 20 May 2013

Solat di surau awam...

hhmmm... posting hari ni adalah luahan rasa aku yg tak puas hati dgn segelintir org yg sangat SELFISH utk beribadat sedangkan ramai lagi org lain yg tgh nak kejar waktu... DAN TERLEPAS!!! ggrrrr...

sabtu lepas kami keluar mcm biasa... byk urusan, sehingga membawa ke maghrib. oleh kerana dah nak pkol 8, kami singgah je di Petronas sbb Petronas mmg wajib ada surau (syarat wajib perlu ada)... tp kat situ cuma ada SATU surau, kongsi lelaki pompuan. kecik plak nye, muat 3 org je... oleh krn ramai lelaki, maka aku uruskan lah dlu anak aku yg nak salin dah berlengas ni bilas badan & salin baju...

lps aku kuar, tgk masih ramai lagi... takpe la kan, aku tungu... skali aku tgk dia dok jemaah plak... takpe lah lagi, aku boleh terima... skali siap jamak plak nye... eh, ko dah nampak kan ada org pompuan tunggu ni ha, boleh tak uruskan solat waktu maghrib dlu... aku pon nak maghrib jugak ni...

tengok jam 8.29pm.. isya' 8.34pm... sah la aku tak sempat ni... eh, aku rasa nampak kot aku dah tertonggok kat luar pintu tu, bleh plak nak wirid & doa panjang bagai... hadoi... gler hangin aku, solat trus isya' & qadha maghrib... solat dlm keadaan marah/ geram...

aku mmg hangin kalau set2 yg mcm bagus ni kan, aku bleh dengo la slang dorg ni yg gamaknya mmg br sampai dr jauh ke hapa kan... tp kalau dah tau RAMAI, lps tu nak solat jemaah plak tu, plus nak jamak, cari la tempat yg luas sket... org pompuan pon nak solat, bukan org lelaki je nak buat ibadah...

beribadah tapi kalau sampai menyusahkan org lain dah tak 100% dapat pahalanya... hidup ni bermasyarakat... amal dgn manusia lain pon dikira ya...

ingatan utk diri sendiri juga...

5 comments:

  1. owh speaking of wirid2 ni kan, ramai je jadi macam ni.

    wirid panjang2 tok imam baca slowww gilaaa dan dia tak beralih kedudukan - jadi ikut hukumnya makmum tak boleh bergerak. orang panjang beratur nak solat.

    ada jugak spesis pompuan yang duk kat surau lama2 sebab makeup + pakai tudung lagi lama dari solat. buat penuh surau je. huhuhuh~

    geram kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye, sangat geram... oh, jgn lupa yg buat telekung wakaf as telekung sendiri sbb nak tunggu masuk waktu berikutnya... kamon, tau la aku dah lambat, tp org lain nak solat jugak, huhuhu...

      Delete
    2. saya ambik pendekatan - pakai pakaian yang solat-worthy. dah ambik wudhu terus masuk barisan n angkat takbir. senangggg tak payah nak tunggu makcik tu doa wirid pastu telekung pulak busuk bau kepam hihihihiih

      Delete
    3. hhmmm... kenkadang agak terseksi sket (hahahaha, baju singkat/ tangan terpendek sket), so tak molek la nak solat. tp slalunya mmg spare stocking, utk kes2 mcm ni la, huhuhu...

      Delete
  2. saya selalu macam nak try solat atas jalan raya or tepi surau tu. lapik sejadah ke apa kan. tapi orang malaysia masih lagi belum boleh terima kot kaedah macam tu.

    eh tapi bila pegi haji/umrah boleh pulak diorang adapt kan? apa kata kita try solat di mana2? :D

    ReplyDelete