Monday 23 December 2013

Anak itu amanah....

hai... sedih la plak nak citer topik ni hr jumaat camni... but aku kena kongsi jugak, so akan menjadi iktibar kpd kita semua... (entry ni halfway jumaat & halfway sambung haini, hihihi)

insiden ni aku tgk hr isnin haitu... kat skolah zara... ada sorg budak ni, i named him as mat jelah eh. mat ni mmg la, ada je citer yg zara bwk blk psl dia. ada skali tu dia cubit pipi zara sampai melecet, lps tu mcm2 lg la psl mat ni. bila aku tgk budaknya, aku rasa mmg mcm ada s/thing yg tak kena. aku ni malas nak amek port sangat kalau bab2 budak2 kat skul ni, yelah ntah anak kita yg mula dulu ke, lps tu gaduh... yg penting dengar dlu, jgn tros sentap je...

tp kes mat ni special... lama aku perati, dia pegi balik skolah nenek yg hantar. fine, ramai je buat camtu. tapi bila time sukan pon nenek, time jamuan raya pon nenek, time concert pon nenek,aku dah rasa semacam. ada 'sesuatu' budak mat ni. nakal dia pon lain macam. semua budak pon penah kena. cikgu pon aku tgk tahan sabar je kalau dengan mat ni. time to time mesti nenek dia akan stay lama sket jumpa cikgu beso. mesti ada je hal nya...

sampai la hr isnin mg lps, time balik skolah... ada drama antara nenek & mat. nenek marah2 sambil menujah2 kepala mat. mat menangis, tp tangisan  yg mcm slalu kita tgk kalau anak kita sengaja cari pasal. nenek marah lagi - ko dgn aku ko jgn main2!!! - sambil menuju ke kerata. mat mengekor. nenek tunjal lg kepalanya ke dlm pagar sekolah. mat nangis lagi... zara plak lambat keluar. tak sanggup tgk aksi seterusnya, cepat2 amek zara menuju ke kereta.  kelihatan seorg cikgu sedang membantu...

malam aku xleh tido, ternampak2 perlakuan nenek kpd mat. bagi aku yg dah pernah kehilangan anak, perlakuan tersebut sangat mengganggu emosi. bayangkan kalau depan org boleh buat camtu, mcm mana agaknya nasib mat di rumah... cuba bertanya teacher farah, hari rabu baru dpt jawapan...

sangat sedih rupanya kisah mat. ayahnya mati ketika dia dlm kandungan. katanya eksiden, wallahualam, cikgu pon tak tanya byk. bila ayah mati, mak depressed, makan ubat, affected kat anak, so lahir as hyperactive (diagnosed). mat ni makan ubat pon mcm tu, tak makan ubat pon sama, so nenek decided to stop giving drugs. mat ada kakak. tapi bila mak mat kawen baru, laki baru mak tanak mat, nak kakak sahaja (or kakak ada org lain bela, aku pon kompius disitu). takde sapa nak jaga mat. tidak lain dan tidak bukan, tugas menjaga mat ditanggung oleh nenek.

nenek... kalau masih muda mungkin boleh bersabar. nenek pon dah tua, hati pun sakit agaknya, kesabaran pon dah kurang, maka herdikan la kesudahannya. zara kata nenek dia mmg pesan kalau nakal di sekolah, ikat sahaja di tiang, ataupun ikat mat dengan baju alas gunting rambut. aku bayangkan dah mcm kat asylum rupanya... tapi sekolah takkan nak buat. kang kena report kat gomen, terus xleh beroperasi. kata farah, nenek mat sendiri kata, kalau kat rumah mmg kena sepak terajang je dgn pakcik2nya... astaghfirullah...

maknya pernah sekali dtg, tp farah kata mmg mcm tak boleh harap. mcm on drugs pon ada, terpisat2... sekolah ni yg paling lama amek dia, setengah taun. kalau sekolah lain, tak sampai berapa minit cikgu dah kol balik, siap pulangkan deposit sbb tak tahan. sekolah zara mmg ada amek 'special kids' abt 5 org, so mungkin cikgu kat situ sabar sket kot. wallahualam... tapi semua pun dah tak tahan. next year 6 taun, dorg pun dah tanak amek. katanya dah register skolah lain, tatau la apa nasibnya lps ni.

mat ni nakalnya tak terbendung. yelah, hyperactive... sepatutnya dibawa utk terapi or group counseling. cikgu2 di sekolah zara pun cadang yg sama. ataupun bawak ke maahad tahfiz, supaya jiwanya dirawat. ini bukan sakit fizikal, ini sakit rohani... even pernah ditanya, kalau dibawa ke pakar pon boleh dikategorikan as OKU, sbb dia mmg 'istimewa'. but nenek kata, once dah kata OKU, then dia akan serahkan kat rumah penjagaan. how???

sesungguhnya anak itu amanah... anak itu rezeki... kasihan mat, aku pun tatau apakah pengakhirannya. kasihan juga kpd nenek, sudah bukan waktunya utk menjaga anak sebesar/ seperti itu. sabar mesti ada, iman mesti kuat. semoga nasib mat akan terpelihara. semoga mat sentiasa di bawah lindungan Allah. amiinnn...

2 comments:

  1. sedihnye :(
    kesian mat. masih kecil, tak mengerti apa-apa. bukan salah dia perlakuan dia begitu. bukan salah sape-sape pun. jadi mak dia pun, depressed. but kenapa new husband takmo mat? :( because dia hyperactive ke? :(

    kena bawak dia jumpa therapist khas untuk children.
    poor baby. he deserves all the love he can get.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hhhmmm mmg kesian kat mat.
      tak semua pasangan baru nak terima kita seadanya, apatah lg kalau ada anak... anak pula kurang sempurna... mungkin dirasa menyusahkan...
      sudah byk kali dicadangkan kpd nenek, tp nampaknya belum ada tindakan... bak kata teacher farah, keluarga dia yg tanak ambil tahu/ usaha, kita cuma boleh nasihatkan...
      Allah pasti sayang mat, harap keluarga dia juga begitu... amiinnn...

      Delete