Thursday 10 January 2013

Menjadi baik, lebih baik atau terbaik?

hahaha, nampaknya ini adalah entry pertama utk taun 2013, lalallaa...

setiap taun pasti org akan tny psl azam. sebenarnya azam tu perlu dibuat hari2, sbb tu la kita disaran utk mehasabah diri setiap malam, supaya kita akan jadi lebih baik pd hari esok berbanding hr ini, kecuali la kalau nama ko mmg azam, hahahaha...

well, aku rasa usaha utk menjadi Baik, Lebih Baik dan Terbaik sebenarnya adalah berbeza, mengikut masa, konteks kehidupan & keperluan seseorang. tapi sbg anak sulong, aku rasa sepanjang hayat aku perlu sentiasa ada ketiga2 nya, hahahaha (perasan). parents selalunya mempunyai expectation yg tinggi kpd anak sulong. kalau masa remaja dlu slalu stress dgn harapan2 org ni. hhhmmm...

aku bukanlah pelajar yg excellent, cuma biasa2 je. aku perlu study hard, ada jadual blaja - tp masih fleksibel (ikot suka aku la kan, tak perlu mengikut gaya org laen, hihihi). alasan2 perlu blaja kuat antaranya supaya menjadi contoh kpd adik2. huhuhu... tp aku rasa parents aku akhirnya surrender jugak & terpaksa mengakui yg aku bukanlah brilliant student ble aku dah kat uni. A mmg tak penah dpt, repeat penah dua subjek, yg paling best extend 1 semester cbb SALAH KIRA CREDIT HRS! - bangang la plak aiii... tp alhamdulillah my parents pon paham, bahawasanya anak dia ni sepanjang hidopnya mmg kena byk trial & error, mungkin sbb tu juga aku menjadi insan yg tabah (chewah! kununnn...). dan apabila tgk anak2 lain yg seterusnya lebih bijak & cemerlang drpd kakaknya yg sengal ni, baru la dorg stop hoping on me too much, hahahahah...

dlm diri setiap muslim, kita perlu sentiasa ingatkan diri supaya menjadi baik. baik itu dlm erti kata menjauhi larangan & mendekatkan diri dgn perkara yg diamanahkan oleh Allah. bukan mudah utk menjadi baik. kadangkala baik kita boleh disalah erti. baik juga perlu berpada-pada, kerana takut kelak memakan diri.

dan setiap hari juga kita perlu berazam utk menjadi lebih baik. utk menjadi lebih baik kita perlu juga mendengar cadangan & kritikan org lain. tu la kalau bekerja pon kita kena isi laporan prestasi tahunan. bukan tujuan utk mengkondem, tp utk menjadikan kita perkerja yg lebih baik & bersemangat dlm menyumbang kpd organisasi & negara secara keseluruhan (keje swasta pon menyumbang kpd negara ye).

tapi utk jd yg terbaik mmg susah. terbaik pd pandangan org ni tak semestinya terbaik pd mata org tu. yg terbaik itu hanyalah pada pandangan Yang Maha Mencipta je. oleh itu, jgn berhenti utk menjadi yg terbaik sbb ganjarannya insyaAllah akan diperoleh bila di akhirat kelak.

cabaran aku sekarang adalah utk menyampaikan ketiga2 konsep ini utk zara. sbbnya? dah elok2 haitu rilek je skolah, 3 hari ni menangis/berdrama plak dah, hahahahahha... tp drama ni sebenarnya dah biasa dah masa dia dok umah ibu lagi. so, harus bertabah la setiap kali nak menghantar. msalahnya ble balik happy je, nyanyi2 la, cerita2 apa buat kat skolah, cuma pagi2 je buat perangai, hehehehe... seb baik la teacher rajin memujuk, kalau tak payah juga. maklumla, slalu ikot suka je kan, nak tido ke, nak makan ke, nak maen ke. ni semua kena ikot rules, boring la member. dah la zara ni jenis kasar, maen ganaz2, tetiba kenkawan maen dolls & masak2, harus la nyampah kan. mcm mak dia dlu ah, hahahaha - org sibuk maen pondok2 time rehat, aku pegi panjat pokok kat luar, hihihihih.... sabar la nak ooiii, lom ada kawan yg bleh geng tu, hehehehe...

ana-montessori-bangi-front
skolah zara
ana-montessori-bangi-playground
pagi & petang sini la fav spot dia
ruang blaja utk 4 taun
hari keempat - masih ceria :p
dgn kawan2, heheheh
 

2 comments:

  1. pasal jadi anak sulung tu aku sokong sangat. hehehe. haih ntah camne la nanti antar Mik gi sekolah pulak. huhu

    ReplyDelete
  2. Menjadi yang terbaik pada pandangan Penciptanya membawa juga kepada pandangan yang baik pada pandangan manusia. Tetapi
    Menjadi yang terbaik pada pandangan manusia tidak semestinya ianya terbaik pada pandangan Penciptanya.

    ReplyDelete