Thursday, 30 August 2012

Gambar...

aku dlm fasa akhir utk siapkan album Hana... ye lah, at least that is one of the best thing i could do for my little girl... tetiba aku jumpa gambar ni...
hana... nyenyak...
zara... lasak sokmo..


















aku capture gambar ni 27 Disember 2011, subuh, about 6.45 pagi... aku capture gambar ni sbb aku masa tu teringat kat Rayyan, baby arwah Noria & Akram... lps aku amek gambar ni, aku cium dorg, lps tu aku peluk hana, aku kata, kawan adik dah xde ummi, sian kawan adik, ummi dia dah takde, dia dah xpdt susu mak dia...

tak sangka, lps lima bulan, anak ini pula meninggalkan ibunya... semoga mereka berdua syahid & berbahagia di syurga abadi... alFatihah utk arwah Noria Idris & Hana...

Monday, 27 August 2012

Salam Aidilfitri...

wif my in-laws... fr left (up): bobo, kak izat (biras), amirah, syahmi & hazmi
fr left (down): mak, kak noora (kakak bobo), zara, syafiq, abg anuar (abg bobo), syafiqah,  kak linda (biras), ayah & of cos, ME :)
Rasanya masih blom terlambat utk aku ucapkan Salam Aidilfitri, hehehe... bulan pose haitu bz manjang. haini baru masuk keje, penat tak abes lagi, hehehe (malas la tu kan?) ngeee, saya cuma insan biasa :D

raya pertama sampai keempat dok kat bangi... taun ni buat pertama kalinya aku masak laksa utara. gler saspen sbb 1st, tak penah masak. 2nd, famili in-law kan org Penang, gler nebes kalau tak jadi. tapi, alhamdulillah... kerana dimasak dgn kasih sayang maka siap la laksa utara aku. katanya sedaaaappp, hehehehe. sonok2...

lps solat raya, hubby sambung makan2, lps tu trus pg ziarah pusara Hana... ramai btol org haitu. tp kubur tu mmg slalu ramai org, ramai sedara mara yg rajin berziarah, jarang la kalau dtg tu xde org... perasaannya? hanya Allah yg tahu... sedihnya lebih sedih drpd saat aku hantar Hana utk dikebumikan...  mungkin terbawa2 dgn perasaan kaum keluarga org laen juga... baru beri salam, air mata dah mengalir... but zara really play a great part... dia duduk sopan je, sambil memegang Yaasin. dgn bertudung tu, tahan dia berpanas. sambil kami mengaji, dia pon terkumat kamit mengikut. sebelum balik, sempat lagi zara berpesan, zara sayang adik, babai adik, kakak balik dulu, nnt kakak dtg lagi... hhmmm...

hari kedua penuh sepanjang hari berkunjung ke rumah sanak saudara bobo. malamnya kakak masak steamboat. sonok skali sekala kumpul keluarga. maklumla, keluarga ni payah sket nak berkumpul. bukan sbb duduk jauh, tp sbb dorg tak rapat. nak wat camne, huhuhu... raya ketiga lg best. pegi mandi swimming pool umah abg, petangnya bli KFC makan reramai, hahahaha... mmg le beraya style bandar, hihihi...

raya keempat baru balik kg aku, tu pon dah pkol 6.30 ptg baru bertolak, huhuhu... bukan sbb ape, saje bobo malas, bleh? boring btol, huhuhu...

anyway, raya di kampung taun ni tak sempat nak berziarah sbb tlg makcik rewang umah dia. my cousin menikah raya keenam, so kami sibuk kat umah pengantin je. ape2 yg terdaya & pandai nak ditolong, buat je la, yg mana part yg tatau @ tak berseni, takyah la nak nyebok2, hahahah... 
rewang... aku dah mcm makcik kiah kepoh je, hahahaha...
nikah ari Jumaat, hari Sabtu sanding, ari ahad mengantar umah lelaki. express je, xyah tangguh2... tp ramai la masa mengantar tu, ade 10 ke 11 buah kete kot, hahahaha... raya la katakan. rombongan lelaki pon tak seramai tu, gler minat famili kitorg involve mende2 camni, heheheh...
brothers & sisters... pokde, pokteh, cheyu, makngah & maklong...
pengantin... dah penat, hahahah...
ni acara baling2 coins & sweets, adat org Johor... korg ade? heheheh...
anyway, tahniah to my kasen Izrina & hubby nya Hairi, semoga kekal hingga ke akhir hayat... :D


Saturday, 18 August 2012

29 Ramadhan 1433H = 100 hari...

hari ini dah 29 Ramadhan, hari ni juga genap 100 hari pemergian anak ummi, Hana...

andai Hana masih ada, ummi akan tersenyum meleret berhari raya membawa anak ummi yg chomel & chubby ni utk dikenalkan kpd saudara-mara... sambil tu mulut mesti potpet2 kat kakak yg berlari sana sini, maen dgn kakak2 & abang2 sepupu sepapatnya...

andai Hana masih ada, mesti aku akan seronok tgk dua beradik ni pakai baju raya sedondon, ke hulu ke hilir bersama mengumpul duit raya....

andai Hana masih ada, mesti ada byk lagi brg ummi nak shopping utk dua beradik ni melawa sepanjang raya...

tapi Hana telah tiada, tinggal lah kakak sorang2 beraya dgn walid & ummi... kesian kakak, sejak adik takde boring je, kalau dia rindu, dia akan borak2 dgn Dora, dodoi Dora dlm buaian, tepuk2 Dora sambil pujuk2, sama mcm aku penah buat kat Hana... kalau tak pun, dia akan belek gambar adik dia... tak pun, nnt dia akan tetiba je kata, Zara sayang ummi, sayang walid, sayang adik, semua sayang... last week balik umah tokki, tanak balik umah tok. seronok maen dgn sepupu2, ntah dia sedih agaknya dok kat umah tu, sapa la yg tau, kakak kecik lg nak paham perasaan dia sendiri...

semoga kami sekeluarga akan terus tabah dlm meneruskan hidup ini. masih banyak dugaan & cabaran yg bakal dihadapi. semoga nur akan hadir. semoga kami tidak lupa utk bersyukur...

Salam Aidilfitri drpd kami sekeluarga, salah & silap harap diampun...
dua pasang baju raya utk Zara & Hana... yg kaler pink dah dipakaikan & disemadikan bersama adik...