Wednesday, 13 February 2013

Wanita Berkerjaya...

tolong... kadangkala aku akan dilanda penyakit ini... penyakit tidak ketahuan - adakah serba salah, terasa bersalah, atau tak perlu berasa apa2...

dlm hidup ini, aku telah memilih utk berkerjaya. alasan? aku tanak bergantung hidup dgn org lain, aku mahu kebebasan utk memiliki & mempunyai sesuatu. aku rasa lebih bertanggungjawab terhadap sesuatu sbb semuanya atas titik peluh sendiri. itu adalah antara sebab aku berkerjaya.

aku berusaha selama enam tahun utk mendapat pekerjaan aku sekarang. dlm masa yg sama, aku telah mencuba pelbagai kerja dgn merasa kesusahan mendapat gaji yg tidak setimpal dgn kelulusan yg ada. namun aku pasrah & sentiasa berdoa, semoga apa yg aku lalui akan menjadikan aku sentiasa bersyukur dgn apa yg dikurniakan dan tidak kufur dgn nikmatNya. alhamdulillah, faedah dr menyimpan & amalan berjimat cermat telah membuatku berjaya memiliki harta duniawi. tidaklah banyak, tetapi cukuplah utk bergerak & berlindung ketika hujan panas.

namun, bila sudah berkeluarga, aku perlu membahagikan masa & perasaan dgn bijak. ada kalanya aku tertewas. aku akui, aku suka bekerja.  bekerja akan membuatkan aku rasa seronok, malah aku rasa sangat penting kpd negara.

tapi, kalau asyik bekerja juga tidak adil kpd keluarga. aku ada suami dan anak(anak) yg ditinggalkan kalau kena otstesen. 2 tahun kebelakangan ini mmg aku slalu keluar. secara purata sekali sebulan. itu tidak masuk lagi kerja lebih masa yg wajib sekali setiap bulan (atau buat masa ini dua kali krn sbb pilihanraya) - sama ada pd hari biasa, hujung minggu, cuti umum atau waktu malam.

pada dasarnya, aku ok je sbb sejak mula aku sudah memahami rutin jawatan ku ini. mmg hal2 tersebut telah termasuk dlm peratusan gaji yg diterima. tp kadangkala hati tidak senang...

kadang2 serba salah kpd keluarga, tp kalau tak buat serba salah pula kpd negara (patriotik sgt lah kan, but that's the truth!). terasa bersalah juga kalau asyik keluar sana sini, sbb tu kalau otstesen aku akan cuba utk pergi paling lewat & balik paling awal - merujuk kpd jadual event(s). nak cuba utk buat tak tahu/ tak rasa apa2, tapi tak pandai. agaknya didikan parents terlalu berkesan - agar menjadi manusia yg bertanggungjawab - so tak pandai nak buat tak kesah, huhuhuh...

a husband is always a husband. mcm mana dia paham pon, lama2 dia jadi tak paham jugak. ble time tak paham tu yg jadi stress, hua3. bos pon sama, ada masa paham la kan kita xleh nak gerak byk2, tp kalau asyik menolak pon nyampah gak kan, later on your LNPT tgk la brapa ko dapat, hahahaha...

aku rasa, inilah dilema wanita berkerjaya. kpd yg mempunyai sokongan yg kuat, alhamdulillah, bersyukurlah & mantain with it. kpd yg kurang mendapat sokongan, sentiasalah bersabar & mencari jalan utk bertolak ansur. sangat meletihkan, tapi itulah namanya pengorbanan... ;)

No comments:

Post a Comment