Thursday, 7 February 2013

Hijab...

hijab... apakah itu hijab? ini adalah pendapat aku semata-mata berdasarkan ilmu yg cetek yg aku ada... hijab adalah penutup/ pendinding - covers. hijab ini perlu untuk menjauhkan kita drpd berbuat perkara2 larangan Allah... sebagai pelindung... kerana Dia Tahu bahawa manusia ini sangat lemah iman dan aqalnya...

mutakhir org hanya faham hijab itu adalah tudung. well, thanks to all the fashionista, sentiasa mencipta sesuatu yg baru utk kecantikan dan penampilan muslimah masa kini.

tapi, as my fren mala said, berhijab bukanlah lesen utk bermekap tebal, apatah lagi utk mengecat kuku agar penampilan lebih menarik. aku secara peribadi sangat takut sebenarnya dgn kebangkitan 'hijabista' ni, sbb kalau setakat bertudung tetapi TIDAK SOLAT, tidak dikira sbg seorg muslimah. harus faham bahawa SOLAT adalah termasuk dalam RUKUN IMAN, manakala BERTUDUNG adalah satu IBADAH bagi menyempurnakan diri seorang Islam.

aku juga tidak sempurna bertudung dari mula, walaupun aku dibesarkan dalam sekolah aliran agama. tetapi usaha utk ke arahnya haruslah berterusan. dan bertudung haruslah istiqamah. mungkin ini sbbnya ramai sahabat yg belum bersedia bertudung. tp insyaAllah, sentiasalah berdoa agar Allah menetapkan hati kita semua agar akan dan terus bertudung.

pada aku, yg paling byk pahala adalah org yg mencipta tudung sarung express/ syria yg menutup dada tu sbb akhirnya ramai yg bertudung sbb mudah tp menutup aurat.

berfesyen itu tidak salah, tp haruslah ada batas2 nya. ini hanya sekadar pendapat, harap tidak ada yg tersinggung. sama2lah kita belajar ke arah kehidupan yg lebih baik... peace! :D

1 comment:

  1. aku dah komen panjang lebar melalui entry aku. haha. so tak perlulah kot aku bagi komen lagi kat sini kan.

    kita bertudung bukan sekadar nak menutup kan? banyak lagi elemen lain yang perlu diamik kira. itupun, kita masih manusia biasa. masih boleh buat kesalahan. tapi takleh la jadikan alasan, alah, bertudung pun bukannya baik sangat. but kita semua kena berusaha ke arah itu. how it turned out to be, let Allah decides.

    fesyen masa kini terlalu menitikberatkan soal material dari soal batiniah. kenapa perlu bertudung? memakai tudung menuntut seseorang itu mempunyai peribadi seperti apa? tudung jenis apa, bagaimana? dan banyak lagi. kalau sekadar nak bertudung untuk tampak menarik dan exclusive beserta dengan sanggul, baju up-to-date, itu memang kena tepuk dada tanya selera lah.

    just my two cents.

    ReplyDelete