Monday, 4 February 2013

apakah yg sedang berlaku?

heheheh... saja je buat tajuk tu, takde mende pon, cuma beberapa perkara je nak citer sbb dah lama tak update.. bz ke? bz la sangat kan, huhuhhu...

yg penting, termasuk minggu lepas, telah 3x wiken/cuti umum aku bekerja, aaarrrgggghhh... sian... apa nak buat, selagi hari keramat itu belum muncul, begitulah kehidupan yang perlu dilalui... maka pening la laki aku asyik kena keje/ otstesen je kan, maklumla kena jaga anak, hahahaha... anak dah beso pon bang, satu je pon, tlg la consider, huhuhu... yet gaji tu bukan belanja sorg kan, utk kesejahteraan rumahtangga juga, hahahaha... beli... jangan tak beli... :p

haitu aku tgk interview oprah dgn lance armstrong - ala, yg lomba beskal tu, menang le tour de france 7 kali, yg dah penah survive cancer, yg hensem tu, hihihihi... aku mmg suka dia, secara profesional or fizikal, serta perwatakan yg sgt konfiden... tp, akhirnya, dia mengaku telah mengambil dadah dadah larangan, fraud, dll lagi...

aku bukan nak citer psl dadah, tp aku nak bg pendapat ttg kegilaan manusia. manusia ni byk kegilaannya, kalau tak takde la yg sanggup naik turun gunung ganang, keluar masuk hutan, keluar masuk shopping complex, kan? hihihih... manusia akan sanggup berbuat apa sahaja bila dia telah nekad terhadap sesuatu. mcm kes armstrong ni, pd aku la kan, dia bukan syok sangat amek dadah tu. of cos, benda tu dah berjaya membuktikan yg dia adalah ahli sukan paling hebat dlm abad ini (kalau tak sbb dadah tu la, now dah kena tarik gelaran tu). tp kegilaan dia tu sebenarnya adalah bila dia buat salah, tapi takde org yg boleh kesan/ membuktikannya... i believe that's why he keep on repeating it... dia juga menjadi 'gila' krn perbuatannya ini telah menjadikannya hebat, apatah lagi setelah survived dr testicular cancer stage 3, dia masih berjaya buat comeback dan menang lagi...

and now, why only after 7 titles, he decided  to 'reveal the secret'? tapi, dia tak buat pernyataan bersalah, dia cuma say 'yes' kpd soklan oprah je. jawapan plak dgn penuh yakin, tanpa ragu2. as oprah said in her twitter after the session - he really prepared...

aku rasa kes ni takkan sampai ke mana... habis2 pon dia kena denda/ bayar ganti rugi je. sebab? secara logik, takkan la kes besar mcm ni boleh senyap selama lebih 10 taun. pada aku dia ni mmg cerdik, jadi mastermind so that if anything happen, like this case, org takleh nak sabit dia sorg sbb aku yakin ada ramai big shots yg terlibat. kalau tak in politics pon, industry players. sbb mungkin juga dia ni act as bahan kajian utk drug company, who knows kan? amerika ni kan macam2.

tapi at the end of the interview, di sebalik keegoan dan keyakinan dia menjawab segala soalan, kelelakiannya runtuh jua bila bercakap berkaitan anak2 & keluarga. walaupun dah bercerai, bekas isteri tetap pendokong utama beliau. pusing2, keluarga jugak yg paling penting dlm hidup manusia...

so, kita ni pon, kalau gila tu berpada-pada la... jgn sampai akal melangkaui iman... :)

4 comments:

  1. ohhh sebab dadah ke?
    aku tak follow sangat cite armstrong ni. but aku taulah ada huha huha pasal dia. but malas nak amik pot. haha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. whole cycling world bengang la sbb dia ni dah jd legend, sangat berpengaruh, last2 semua tu sbb ada bantuan dadah. like kena tipu la, huhuhu. ko kena tgk dia race, mmg sangat hebat! heheheh... hensem dowh utk lelaki yg dah berumur 41 taun, hahahahah.... aku kan suka sukan ;)

      Delete
  2. haah, dia mcm hensem gak ah.
    eh tapi, takkan dia tak penah amik drug test? usually bukan ke diaorang ni kena amik drug test dulu sebelum apa2 race ke apa ke.

    dia amik steroid eh babe? and why suddenly the confession?

    ReplyDelete
    Replies
    1. haaa... sbb tu la aku kata kes ni tak ke mana. sbb setiap kali menang akan ada drug test kan, tapi dia free setiap kali test tu (about 600 tests tu). cuma masa 1st time org tau sbb ada team mate dia buat PC - itu pon sbb mamat tu kantoi. tapi si armstrong ni gila2 deny & xde charge dibuat sbb xde bukti. kali ni pon sbb yg sama, cuma sbb dah ada campur tangan USADA (US Anti Doping Agency) - tu pon dia tak ngaku apa2, dia mintak dibicarakan kalau nak charge dia. dia tak amek steroid kalau tak silap aku, dia more on blood transfusion & ape mende ntah. bijok tak bijok nye ha. takkan la dah amek byk test tak kantoi, kan...
      again, manusia mmg gila, hahahaha

      Delete