Wednesday, 14 May 2014

Penang Trip 2014

Buat kesekian kalinya, kami kembali ke Pulau Pinang utk jalan2 cari makan, hua3... (but ended dramatically with a phone call, huhu). Entry kali ni adalah berita bergambar. So, enjoy! :)

DAY ONE:
saja lalu jambatan baru... best sbb tak sesak... lg pon dekat dgn hotel kami...





after check-in, solat dan urus diri, kitorg kluar balik... btw kami stayed kat Jerejak Island Resort... saja lepak situ for 2 nites... so nak kemana-mana kena la ikut timing bot. kalau tak, sama ada tak kluar, ataupun tak balik la tido hotel, hahaha...

roti sedap, disediakan secara tradisional, nak beli baru sapu mentega dgn kaya... hhmmm dap2
DAY TWO:
misi jalan2 keliling pulau... 



makan durian sedap kat balik pulau... layankan penggemar dua org tu, kita biasa2 je. tp mmg sedap btol, maklumla baru jatuh pokok...




lepak pg muzium lukisan 3D kat Made In Penang... makpak yg sakan, anak rilek je, hahahah...



















DAY THREE (last day - not according to plan, hihu)










well, tghr tu kami baru je check-in hotel lain kat town. alih2 masa balik mlm tu dr jalan2, dpt call kata mak (mertua) jatuh. mcm bunyi teruk. tak lama tu, ayah (mertua) call, kata mak dah takde... hhhmmm so sudden...  bobo quite terkilan la gak kan, sbb kami kan duduk sama, time kami xde ni la plak benda nak jadi. tu la namanya takdir...

frankly speaking, selama tujuh taun duduk dgn arwah, aku rasa aku ni byk dosa dr pahala. aku bukanla menantu spt yg diharapkan. tambahan pulak mak ada 'major depression', so segala tindak tanduk dan percakapan dia slalunya very stressful & sometimes (kalau time aku pon tak waras) terasa hati la jugak. kalau korg ada mak mertua baik, bersyukur la banyak2. aku tak kata dia jahat, but mmg kena sabar banyak la. sama mcm kalau kita jaga org sakit terlantar jugak, kita berniat baik, tapi kita pun ada kekangan sendiri, dengan kerja opis lagi, anak2 lagi, kita pun masih ada parents kita jugak yg nak kena ambil tahu, so byk la benda yg kita tak sempat/ tak boleh buat spt yg diharapkan.

aku harap dia ampunkan aku sebelum dia pegi haitu, huhu... alFatihah utk mak - Siti Aisyah Sulaiman...

Friday, 28 March 2014

Hello2!!!

isk, lama btol tak update, huhuhuh... citer pon semua dah basi, sampai tatau apa citer, hahaha...

now mmg laaaa sangaaatttt la bz. kadang2 aku pon kompius apa yg aku buat sebenarnya kat opis ni, hahaha... sampai pengarah aku pon kata aku ni kerja rencam, hahahah... oh yes, pengarah dah ada setelah sekian lama, xyah la aku report semua kat my previous bos yg aku citer haitu, hehehe... lega... dia plak mcm ada idea nak restructure, harap2 bleh la buat keje on specific desk lps ni, keje rencam ni yg bestnya dpt la tau semua, tp masa xde la, tertinggal sana, terlajak sini, siap tu mmg la siap, tp prosesnya tu sgt mendebarkan la, hahaha...

well, zara pon dah beso skang. haitu dia pg school trip ke Kidzania. happy gler, balik pengsan, hahaha... dah beso xde dahla drama air mata mcm masa trip last year. kali ni steady je, mmg enjoy abes la. few weeks after tu dia tak sihat. muntah2. dia tak penah muntah camtu. drpd tghr sampai pkol 4 lebih tu 3 kali muntah, aku amek je, muntah lg kat dpr skul, sampai klinik muntah lagi. cuak jugak rasanya. alhamdulillah aku bwk pg klinik kesihatan, doktor cek perut saspek kena kencing kotor. what? budak kecik pon ada ke? so dia soh wat urine test, and yes, mmg cfm kencing kotor. then aku tny la, apa sebab kena ni. dia kata biasanya kebersihan. lg pon budak pompuan mmg senang kena sbb our private part tu kan sensitif. oh yes, budak lelaki pon ada potensi kena selagi dia tak sunat, sbb benda kotor senang lekat kat kulit yg terlebih tu. bukan apa, dia sorg je kena, org lain ok je kat skul tu. aku saspek air paip tak elok, maklumla kan catu sana sini. bila bukak tu tak berapa nak bersih...

oh bab air plak, umah kami akan takde air start maghrib sampai abt 2 pagi, everyday... so kalau aku masak/ bli ke, pinggan mangkuk dinner tu subuh la baru basuh. sama jugak kain baju, bangun pkol 3 just utk on mesin basuh. tp alhamdulillah, time wiken dia tak tutup, just slow je. ok la kan, drpd kwasan lain (termasuk umah mak) yg ada air 2 hari, tutup 2 hari. pening wooo....

btw, insiden MH370... just nak komen sket je. kalau tak penah terlibat dgn situasi seumpama SAR, xyah la komen banyak... bukan senang nak buat press statement, bukan mudah nak coordinate pasukan, bukan calang2 org boleh bercakap & deal with negara lain utk tolong kita. semua perlukan diplomasi. dan semua perlukan kebijaksaan, selain kesabaran yg amat tinggi. kesihatan nak kena jaga in stead of tak tido byk hari sbb stand by for, only God knows what... siapa lagi nak pertahankan negara kita kalau bukan kita sendiri. stand by your country please, we have done our best at our own capacity to handle this. as for the families, redha, redha, redha... apa jua pengakhirannya, redha. kita ada Tuhan yg Maha Pencipta, maka jadilah org yg beriman sepenuhnya. mati boleh jadi di mana2... dan salah seorg mangsa adalah kakak ipar sepupu aku, yg pergi suami isteri utk bercuti aka honeymoon tu.... berdoalah semoga Allah memberi yg terbaik kpd mereka... alFatihah...

ok la, nak sambung keje. owh, pokteh dak dpt posting pg Kanowit, Sarawak... mak tak abes2 pesan, jgn kawen dgn org swak! hahahaha... maklumla anak kesayangan... kang jauh plak nak balik kg, hehehe...

salam jumaat frens!

Tuesday, 28 January 2014

Rehat...

hhmmm... projek kambing bobo dah nak start, harap2 seperti yg dirancang la. insyaAllah boleh la nak sponsor barang sekor time kawen uda nnt, hihihi, kalau ada rezeki & diizinkan Nya, amiiinnn... boleh la buat iklan percuma, hahahaha...

so, memandangkan begitu keadaannya, sebulan dua ni aku tak rehat kekdahnya. or lebih tepat, kami anak beranak.  weekdays dah sibuk keje, balik pon skang lewat sampai rumah. again, lewat sampai ye. bukan kerana banyak sangat keje kat opis tu, tp sbb kedaan trafik yg tak masuk akal kat blok aku keje ni. bosan sungguh! pagi2 kalau tak lari2, sumpah seranah tak sah. petang kalau tak tersangkut sambil otak berfikir apa nak masak kalau sampai lambat, atau apa nak bli kalau ada idea, pon tak sah. kadang2 bosan jugak bli ni, dah tatau menu apa nak layan. balik umah buat singgang sotong lagi sedap, mcm smlm, mmmmmm.... hahahahha...

wiken plak slalunya sabtu kluar awal jugak, abt 8.30 ke 9 dah gerak. g bfast dlu lps tu gerak trus ke kebun. kekadang singgah memana utk bli groceries seminggu otw pegi tu. yg best kalau dpt pg pasar kajang. pilihan banyak, segar pulaknya. mak pon dah terpengaruh lps aku suggest ke sana. well, umah kami tak ramai org, so tak perlu sampai ke pasar borong. harga pon taklah mahal, biasa je, tgk la apa kitorg bli. so far value for money...

sampai kebun, zara kan trus masuk ke anak sungai yg sejuk tu. tak dalam pon, so dok la dia sampai sejuk terketar2, baru nak naik atas kelaporang. sesambil tu bobo akan pusing kebun tgk progress mcm biasa. aku? membuta la, hahahha... sejuk nyaman harusla tido. ofcos dekat tebing so senang kalau zara nak apa2. selalunya petang lps asar, abt 5.30 baru gerak. tolak campur gi dinner la ke hapa, malam gak sampai umah. ahad pun kenkadang ke kebun jugak. penat seh... kerja rumah mmg kena curi2 masa la, huhu...

opis plak sejak akhir2 ni sejuk semacam... so haini aku pon dah demam, huhu... harap2 tak melarat. so tghr biasanya akan kunci pintu & tido, hehehe... have to la, kalau tak pengsan mak, huhuhuh...

anyway, aku sedaya upaya memberi sokongan kpd bobo for his project ni. harap2 ada rezeki kami di situ. nak buat iklan besar2an, tunggu la btol2 dah kick off nnt...

okla, akak ada dateline nak kejo, sbb tu dtg opis ni, huhu... tata...