Tuesday, 28 January 2014

Rehat...

hhmmm... projek kambing bobo dah nak start, harap2 seperti yg dirancang la. insyaAllah boleh la nak sponsor barang sekor time kawen uda nnt, hihihi, kalau ada rezeki & diizinkan Nya, amiiinnn... boleh la buat iklan percuma, hahahaha...

so, memandangkan begitu keadaannya, sebulan dua ni aku tak rehat kekdahnya. or lebih tepat, kami anak beranak.  weekdays dah sibuk keje, balik pon skang lewat sampai rumah. again, lewat sampai ye. bukan kerana banyak sangat keje kat opis tu, tp sbb kedaan trafik yg tak masuk akal kat blok aku keje ni. bosan sungguh! pagi2 kalau tak lari2, sumpah seranah tak sah. petang kalau tak tersangkut sambil otak berfikir apa nak masak kalau sampai lambat, atau apa nak bli kalau ada idea, pon tak sah. kadang2 bosan jugak bli ni, dah tatau menu apa nak layan. balik umah buat singgang sotong lagi sedap, mcm smlm, mmmmmm.... hahahahha...

wiken plak slalunya sabtu kluar awal jugak, abt 8.30 ke 9 dah gerak. g bfast dlu lps tu gerak trus ke kebun. kekadang singgah memana utk bli groceries seminggu otw pegi tu. yg best kalau dpt pg pasar kajang. pilihan banyak, segar pulaknya. mak pon dah terpengaruh lps aku suggest ke sana. well, umah kami tak ramai org, so tak perlu sampai ke pasar borong. harga pon taklah mahal, biasa je, tgk la apa kitorg bli. so far value for money...

sampai kebun, zara kan trus masuk ke anak sungai yg sejuk tu. tak dalam pon, so dok la dia sampai sejuk terketar2, baru nak naik atas kelaporang. sesambil tu bobo akan pusing kebun tgk progress mcm biasa. aku? membuta la, hahahha... sejuk nyaman harusla tido. ofcos dekat tebing so senang kalau zara nak apa2. selalunya petang lps asar, abt 5.30 baru gerak. tolak campur gi dinner la ke hapa, malam gak sampai umah. ahad pun kenkadang ke kebun jugak. penat seh... kerja rumah mmg kena curi2 masa la, huhu...

opis plak sejak akhir2 ni sejuk semacam... so haini aku pon dah demam, huhu... harap2 tak melarat. so tghr biasanya akan kunci pintu & tido, hehehe... have to la, kalau tak pengsan mak, huhuhuh...

anyway, aku sedaya upaya memberi sokongan kpd bobo for his project ni. harap2 ada rezeki kami di situ. nak buat iklan besar2an, tunggu la btol2 dah kick off nnt...

okla, akak ada dateline nak kejo, sbb tu dtg opis ni, huhu... tata...

No comments:

Post a Comment