awal bln 6, haitu, aku kena hadir mtg kat kuantan. so, instead of dtg for the mtg itself, bobo ajak dtg 2 hari awal, iaitu frm saturday, hua3... tp, oleh krn last minit nye decision, agak payah gak la nak cari hotel. byk yg full, almaklum masa cuti skolah, hihu...
sabtu tu, kami gerak lewat gak la, pkol 12 kot dr umah... saja jln lepak2, tak rushing, menikmati perjalanan, kunun... makan tghr di gombak, lps tu terus sambung perjalanan... sampai kuantan, check in, solat jap, trus kluar balik... kol cheyu, dia kata dia takde prog dua hari tu. so bleh la kidnap dia g jln2 (suka je cheyu kannn, heheheh). kami tinggal di hotel suraya. hotel lama, old school. lif pon satu je. tp untung hotel lama bilik beso. ada 2 katil single, siap ada tilam extra lg. tu yg ajak cheyu skali tu, hahahaha... mlm tu, lepak jap kat TC (panggilan manja utk telok cempedak, hahaha). wah, ramai btol org. maklumla, kuantan mana ada tempat lepak sangat... ingat lagi masa kitorg dok sana dlu. life so simple & easy. and it still remain the same. bayangkan, punya la panjang org beratur nak bli eskrim kat kiosk mcD kat sana. kalau kat sini, org tak layan pon. bukan bli eskrem kon singgit ye, bli semua mcflurry, paling cikai pon sundae... bior la anak 7 pon, sorg satu!!! pd diorg, tu la spending paling mewah yg boleh bagi pd anak2. dah abes best la kan. sbb lain2 kehidupan berjalan spt biasa, tiada gesaan, rilek je, hahahhaa... mlm tu kitorg makan kat restoran mat saleh ni. owner nye org ostolia, tempatnya kat kubang buaya, so nama kedai pon jadi la crocodile rock pizza & grill restaurant, heheheh... menu not bad, semua pon homemade, ramai yg makan pizza nampaknya, tp kami makan lain2, mengikut cita rasa masing2... harga je la standard kl. tp kuantan mmg harga makan mahal. so tak heran sangat la. rasa pon ok. kalau nak blanja special2 bleh la, kalau slalu bankrupt, hahahaha...
both soucre of pic: http://joinme.com.my/
depan kedai |
antara menu |
hari ahad tu, kitorg berbelah bagi, nak pg sungai lembing ke, nak pg pekan... aku mmg nekad nak g sg lembing, sbb aku dpt rasa mcm best aje. slps surf tenet di sana sini, maka kitorg pon terus gerak ke sana...
after bfast, kitorg po gerak. drpd bandar kuantan, adalah lbh kurang 40 minit. kalau drpd highway LPT, exit tol kuantan, belok kanan. terusssss je. sbb sg lembing adalah destinasi terakhir jalan tu, so confirm tak sesat, hahaha...
sampai abt pkol 11 lebih kot. sampai je pintu gerbang sg lembing tu, mmg terasa spt berada di zaman lampau. pekannya nyaman, cuaca pun redup, dgn sungai yg mengalir di tepinya... rumah2 asal juga masih ada. kalau sapa2 tak ingat (sbb dah blaja time sejarah kat skolah dlu), sg lembing ni dlu adalah lombong bijih timah bawah tanah terbesar di dunia. menjadi tempat tinggal omputih utk mengaut kekayaan drpd taun 1888 sampai merdeka. abes merdeka, kegiatan melombong diteruskan sehingga zaman kejatuhan harga bijih pd taun 1986. after so many years, lombong tersebut dibaik pulih & dibuka semula kpd pelancong & pencinta sejarah (spt kami, hehehehe). Malaysia ni tak byk 'muzium hidup'. so yg ni mmg kami hargai sangat la, heheheh... tpt ni juga dlu dikenali sbg elDorado - lembah emas... krn bijih la kjaan british masih ada duit sampai skarang, kalau tak dah lama muflis kot, hahahaha....
tempat pertama kami tuju adalah muzium sg lembing. muzium ni dlu adalah tempat tinggal pegawai tertinggi lombong. ada satu bilik dikhaskan utk Sultan Pahang, kalau2 baginda dtg melawat. segala kelengkapan dlm rumah ni hampir kesemua dikekalkan. malah ditambah dgn artifak2 lain spt kelengkapan melombong, alat2 telekomunikasi, water filter (yes, zaman tu dah ada water filter ye kenkawan) dan mcm2 lagi. ruang blakang pula dijadikan tempat simulasi dlm terowong. ada bunyi2an, selain suara naratif bekas pelombong menceritakan kehidupan mereka ketika aktiviti dijalankan.
habis kat situ, kami trus ke terowong... ya, ni la yg kami excited nak pegi sebenarnya. kami dah bli siap2 tiket online sbb bleh dpt diskaun 50% (bli kat sini: http://sungailembingmines.com.my/onlineticket/). masih tak ramai org. agaknya ramai yg blom tau, memandangkan terowong ni baru je siap taun 2012. masa kami dtg, ada team MHI dtg buat liputan & promosi. lps ni ramai la kot yg berminat...
hanya satu terowong yg dibuka. yg lain ditutup sbb bahaya, takut ada pergerakan tanah. dalam lombong yg boleh dilalui hanyalah 500 meter. but believe me, it was soooo worth it.
nak masuk kena naik train. gerabak yg sama digunakan masa bwk masuk pelombong dlu. sampai dalam, terasa sejuknya. mcm dlm gua. sambil berjalan, kita akan mendengan bunyi air yg menitis dr bumbung terowong, selain bunyi laluan angin (yg zara kata mcm bunyik hantu, hahahahah). sepanjang terowong, ada diletakkan info ttg perlombongan tersebut di kiri & kanan dinding. boleh baca sbb ada lampu, heheheh...
tpt pertama yg boleh dicapai adalah tpt legend penduduk tempatan. dikatakan ada pelombong haram pernah melombong di situ dgn anggaran nilai sbyk RM1 juta. waaahhh!!! tp sbb dijlnkan secara haram, tpt tu dikorek sesuka hati, menjadikan kaws selebihnya tak selamat. tapi, identiti pelombong, mcm mana dia jual, pd siapa pelanggan nya & apa jd dgn diorg, masih menjadi misteri sbb tak dpt dikesan. illegal kot, kalau tau sure dah kena tangkap, ahahhahaha....
tpt kedua plak pintu masuk ke bwh tanah. ada la information dia kat situ. tp mmg jauuuuuhhhh masuk ke perut bumi. salute la pd mereka yg telah membantu kpd kekayaan negara ni. upahnya mmg la mahal, tp kalau dilihat kpd risikonya, org skarang mesti dah taknak.... kat sini dah mula terasa bahang & panasnya lombong tu. sbb lg jauh kita masuk ke perut bumi, lagi dekat kita dgn pusat bumi, tambah plak dah takde lubang udara. bayangkan dorg dlu melombong hanya dgn seluar pendek (almost spender pon ada, hahaha) dgn topi keselamatan yg berlampu...
tpt last adalah yg paling best. ada satu lift yg dorg ubah suai. bila kita masuk, kita akan rasa mcm btol2 turun ke dlm terowong bijih. seram gak la, hahaha. anak cina yg naik sama kitorg tu dah nangis dah, sbb dlm tu selain bunyi2an, siap ada pergerakan. padalah olok2 je, hahahaha... tp cfm best. mesti naik, kalu tak rugi.
kluar dr situ, kami pusing2 sekitar pekan sg lembing. byk lg kesan2 lain yg boleh dilihat. tp kjaan negeri tgh baik pulih lg kaws tu, agar takde la jd terbiar mcm tu je. selain tu, kami naik jambatan gantung ke seberang sungai. actually ada jambatan utk kenderaan masuk, tp jambatan gantung masih dikekalkan utk tujuan pelancongan. lg pon masih digunakan secara kerap utk penduduk kampung. malah baru shj dibaik pulih. makan tghr & solat trus di medan selera kat situ. tptnya so kampung style. so jgn la diva sgt ya. yg penting makan sedap, harga pon murah.
otw balik, kami masuk ada satu simpang tu, sbb npk mcm ramai je org kluar dr situ. rupa2nya ada tpt berkelah. alhamdulillah! inilah tpt yg aku cari2. ada tgk gambar kat fb/blog kenkawan tpt ni, tak sangka la bleh jumpa. namanya kampung sungai tengkorak. sbb? ntah, aku tatau. mungkin sbb ada kubur berhampirannya, so diberi nama begitu, hahahah... tapi yg penting, subhanallah.... sangaaat la cantiknya. rasa mcm tpt omputih plak (semua mcm omputih, pengaruh tv btol). sekejap je kami kat situ, sbb tak lama tu hujan. insyaAllah kami dtg lagi, berkelah kat situ, bestnya....
total masa kami kat situ abt 5 ke 6 jam. mmg perjalanan yg sangat berbaloi. mungkin sbb kami suka sejarah & nature, kami suka la. tp kalau tak adventures/ tak minat, mungkin boring kot. masing2...
balik, makan malam, balik hotel, trus tido... maka esoknya aku pon pegilah miting yg telah diarahkan itu... dan cheyu pon peksa la professional exam dia ari rabu... seb bek cemerlang, hahaha. sekian... :D
enjoy the pics!!!
pintu masuk muzium |
we are family! |
itu adalah club house, tempat para pelombong menghabiskan masa berehat sambil minum kopi & beriadah bermain badminton setiap petang selepas keluar lombong |
pintu depan lombong - panas la plak |
'the minecraft' |
dlm terowong |
ada nampak tak budak menyorok? hihihi |
penakut nya la... (maknya pon gayat, tp kena la tunjuk macho kan, hahahah) |
antara tinggalan aktiviti perlombongan |
more... |
seksi nya budak ni... |
bestnya... sejukk... |
cantik kan airnya? - sila abaikan model, hahaha |
oh, jgn lupa, jln2 di kuantan kena bli kupon letak kereta ya... nnt kena saman, heheheh... |
No comments:
Post a Comment