Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama
dua tahun genap, iaitu bagi orang hendak menyempurnakan penyusuan itu:
dan kewajipan bapa pula ialah memberi makan dan pakaian kepada ibu itu
menurut cara yang sepatutnya. Tidaklah diberatkan seseorang melainkan
menurut kemampuannya. Janganlah menjadikan seseorang ibu itu menderita
kerana anaknya, dan (jangan juga menjadikan) seseorang bapa itu
menderita kerana anaknya dan waris juga menanggung kewajipan yang
tersebut (jika si bapa tiada). Kemudian jika keduanya (suami isteri)
mahu menghentikan penyusuan itu dengan persetujuan (yang telah dicapai
oleh) mereka sesudah berunding, maka mereka berdua tidaklah salah
(melakukannya). Dan jika kamu hendak beri anak-anak kamu menyusu kepada
orang lain, maka tidak ada salahnya bagi kamu apabila kamu serahkan
(upah) yang kamu mahu beri itu dengan cara yang patut. Dan bertaqwalah
kamu kepada Allah, serta ketahuilah, sesungguhnya Allah sentiasa melihat
akan apa jua yang kamu lakukan.
Ya Allah, Kau permudahkanlah urusan ku untuk 4 hari yang mendatang ini... sesungguhnya ini baru satu permulaan, semoga semangat ku, kesungguhan ku, harapan ku dan impian ku akan tercapai... dengarilah doa hamba Mu ini Ya Allah... hanya pada Mu aku berserah... amiiinnn... :)
No comments:
Post a Comment