Friday, 13 June 2014

Kawen... Kawen...

fuh, penat kenduri tak abes lagi, rasanya dah lima hari berlalu, tapi badan ni masih lagi perkukan rehat. nvm, lps tulis ni kita tido kejap, muahaha...

aku start cuti hari rabu lagi sbb mlm tu abah nak buat tahlil, skali dgn perjumpaan dgn org masjid pasal kenduri tu. so, seharian keluar, ke sana ke mari, ke kebun tgk org buat keje, dgn hujan lebatnya, lps tu singgah kedai plak bli sayur sbb mak soh aku goreng sket buat tambah org makan. sampai umah dah pkol 6. solat dlu apa2 pon. angah pun baru sampai, half day je tapi sbb tugas dia amek kuih & lain2, lambat la jugak tiba nya. dah goreng sayur, mak request buat teh tarik plak satu flask beso tu. aku rasa dah mcm catering plak, hahahah... actually menu utama nasi dagang (as usual), tapi buat jugak nasi putih, manalah tau org tua2 ni kot ada yg tak makan pulut.

tahlil start lps isya'. terharu juga rasanya bila antara nama yg disebut adalah nama hana. terasa baru je buat majlis aqiqah dia, ni dah buat tahlil pula. oleh kerana sedara mara blom ada yg sampai, lps kenduri tu sibuk la plak mengemas & membasuh pinggan dll. lenguh pinggang mak ooiii... apa nak buat, hehehe... pengantin pun blom cuti, sbb dah apply 2 minggu after kenduri. alhamdulillah pokteh dpt cuti seminggu, ada la jugak org kat umah. cheyu tgh exam, so xde la pembantu tegar, hahaha...

ari kames pg bli barang utk panggang kambing plak. fyi, ari kenduri tu kami tumbang 2 ekor kambing, tak sampai dua jam dah selesai, hahaha... alhamdulillah... harap2 tu permulaan la bagi kami. lps bli barang, baru pg amek baki bunga telur. bobo hantar aku blk umah dlu memandangkan byk keje kat umah lg blom selesai, while dia lps tu sambung pg tgk khabar kambing plak kat kebun.

tetiba kejap je rasa dah jumaat, hahaha... pagi buat mihun for breakfast, lps tu sambung masak utk tghr plak... lenguh pinggang akak asyik berdiri je... lepak kejap, tak lama tu baru famili dr kampung pon sampai. bedebang bedebung gedebak gedebuk dah pkol 4.30. dah nak kena bersiap sbb nikah lps isya'. walaupun shah alam tu tak jauh mana, tp sbb hari jumaat, jgn main2 wooiii... trafik hari jumaat ni berhantu... tapi telah kan, tunggu cukup korum, pkol 6 lebih jugak baru bergerak, hahahah... dan mmg sah, jem kat Putra Heights sbb ada eksiden. maghrib dulu kat masjid, then terus bersiap2 sambil tunggu ahli rombongan yang lain - mlm nikah byk keta mengiring sbb dtg runcit2, huhu...

lps isya', kami bergerak beramai2... mcm biasa, lps khutbah nikah & what not, baru lah majlis nikah dimulakan. tengok jam, laa... dah pkol seploh rupanya. alhamdulillah dgn sekali lafaz, uda telah selamat dinikahkan dgn syahida. lps selesai, juru acara menjemput mak abah utk bersalaman dgn pengantin. and guess what? mak nangis... huhuhu... kami pun terasa sedihnya... kalau nak tau, masa kami dua anak pompuan ni kawen, mak tak nagis pun. tetiba bila anak lelaki kawen, tersentuh sungguh hati mak. uda pun sama...
right after nikah...
kami adik beradik mmg rapat. dan most of the time kami mmg duduk dgn mak, since that abah slalu kena posting dan kami selalunya tak ikut. so memang mak je la yg jaga kami, dan kami pulak jaga diri satu sama lain. as for me, aku yg jaga dia masa sekolah menengah sampai habis belajar sbb masa tu mak abah kat sabah lagi. aku yg hantar/ amek dia balik hostel. register sekolah & beli buku. pegi melawat/ amek balik bermalam tiap2 bulan. register uni, beli brg keperluan asrama... mendengar ntah hapa masalah dorg... etc... etc... bila dah kawen terasa sedihnya, so i really can imagine mak's feelings.

anyway, sabtu majlis belah pompuan. datang meriahkan suasana, tp dlm kepala ni mcm2 pikir psl majlis rumah kita, hahahha... balik umah sambung lg buat goodies yg blom siap. alhamdulillah petangnya org taman plak dtg menolong. maka siaplah semua keje. tinggal nak tunggu kenduri.
selfie... without cheyu, huhu...
few family belah johor...
with family belah tganu...
nice pic by pokteh...
time ni bobo dah start bz. pg dlu kebun utk uruskan sembelih, then balik kejap for dinner. pkol doblas pegi balik dgn iwan (adik ipar) utk amek karkas yg dah siap lapah. aku amek kesempatan tido kejap sementara dia pegi/ balik. pkol dua lebih, sampai je, dia kejut aku utk marinate bagai. dua ekor, boleh tahan jugak amek masa. lg pon 1st time kan, tak expert lagi, hahahah... pkol 4.30 lebih kurang curi masa tido balik. pkol 6.15 bangun, kejut bobo. solat subuh je, terus start utk panggang kambing. dlm masa yg sama nak kena buat kuah lagi, potong sayur lagi... dah pkol 11 aku masih ber-tshirt, sampai smeua org halau aku soh bersiap, hahaha... time ni aku rasa tak larat btol. nak naik tangga naik bilik pon dah tak larat. slow2 aku mandi, bersiap, pakai tudung semua, dekat pkol doblas kot baru turun.
kambing, in the making...
at golek2 section...

tapi kali ni mmg mencabar la.... ramai sungguh org dtg, alhamdulillah. katerer dah cuak. mcm2 la benda ha nak dijadikan cerita, tapi aku malas nak ingat. yg penting mmg penat giler sbb person in charge tak take charge spt yg sepatutnya. apa nak buat. yg penting majlis selesai dgn baik & semua dpt makan, huhuhu... kpd kenkawan & sedara mara yg tak sempat dilayan tu kami minta maaf banyak2... terima kasih sbb sudi dtg memeriahkan majlis.
pengantin with zara...

oleh kerana semua buat luar rumah, dlm rumah   takdela berkecah sangat. aku dgn angah amek keje masing2 mengemas. time ni cheyu pon dah gerak balik, padalah mlm tadi je baru sampai - nak jd cerita dia tgh exam, takleh la nak balik lama, huhuh... ari senin terus panggil tukang urut, baru la semua org refresh balik hahahah...

to my dearest brother azhari, selamat menempuh alam baru. banyak yg perlu dipelajari... ambil masa utk digest & manage pelan2. to my new sister in law syahida, selamat datang ke keluarga kami yg ceria ni. hopefully you could take a good care of uda & our parents as well... semoga sentiasa berada dlm lindungan & rahmat Allah hendaknya...

Wednesday, 14 May 2014

Penang Trip 2014

Buat kesekian kalinya, kami kembali ke Pulau Pinang utk jalan2 cari makan, hua3... (but ended dramatically with a phone call, huhu). Entry kali ni adalah berita bergambar. So, enjoy! :)

DAY ONE:
saja lalu jambatan baru... best sbb tak sesak... lg pon dekat dgn hotel kami...





after check-in, solat dan urus diri, kitorg kluar balik... btw kami stayed kat Jerejak Island Resort... saja lepak situ for 2 nites... so nak kemana-mana kena la ikut timing bot. kalau tak, sama ada tak kluar, ataupun tak balik la tido hotel, hahaha...

roti sedap, disediakan secara tradisional, nak beli baru sapu mentega dgn kaya... hhmmm dap2
DAY TWO:
misi jalan2 keliling pulau... 



makan durian sedap kat balik pulau... layankan penggemar dua org tu, kita biasa2 je. tp mmg sedap btol, maklumla baru jatuh pokok...




lepak pg muzium lukisan 3D kat Made In Penang... makpak yg sakan, anak rilek je, hahahah...



















DAY THREE (last day - not according to plan, hihu)










well, tghr tu kami baru je check-in hotel lain kat town. alih2 masa balik mlm tu dr jalan2, dpt call kata mak (mertua) jatuh. mcm bunyi teruk. tak lama tu, ayah (mertua) call, kata mak dah takde... hhhmmm so sudden...  bobo quite terkilan la gak kan, sbb kami kan duduk sama, time kami xde ni la plak benda nak jadi. tu la namanya takdir...

frankly speaking, selama tujuh taun duduk dgn arwah, aku rasa aku ni byk dosa dr pahala. aku bukanla menantu spt yg diharapkan. tambahan pulak mak ada 'major depression', so segala tindak tanduk dan percakapan dia slalunya very stressful & sometimes (kalau time aku pon tak waras) terasa hati la jugak. kalau korg ada mak mertua baik, bersyukur la banyak2. aku tak kata dia jahat, but mmg kena sabar banyak la. sama mcm kalau kita jaga org sakit terlantar jugak, kita berniat baik, tapi kita pun ada kekangan sendiri, dengan kerja opis lagi, anak2 lagi, kita pun masih ada parents kita jugak yg nak kena ambil tahu, so byk la benda yg kita tak sempat/ tak boleh buat spt yg diharapkan.

aku harap dia ampunkan aku sebelum dia pegi haitu, huhu... alFatihah utk mak - Siti Aisyah Sulaiman...

Friday, 28 March 2014

Hello2!!!

isk, lama btol tak update, huhuhuh... citer pon semua dah basi, sampai tatau apa citer, hahaha...

now mmg laaaa sangaaatttt la bz. kadang2 aku pon kompius apa yg aku buat sebenarnya kat opis ni, hahaha... sampai pengarah aku pon kata aku ni kerja rencam, hahahah... oh yes, pengarah dah ada setelah sekian lama, xyah la aku report semua kat my previous bos yg aku citer haitu, hehehe... lega... dia plak mcm ada idea nak restructure, harap2 bleh la buat keje on specific desk lps ni, keje rencam ni yg bestnya dpt la tau semua, tp masa xde la, tertinggal sana, terlajak sini, siap tu mmg la siap, tp prosesnya tu sgt mendebarkan la, hahaha...

well, zara pon dah beso skang. haitu dia pg school trip ke Kidzania. happy gler, balik pengsan, hahaha... dah beso xde dahla drama air mata mcm masa trip last year. kali ni steady je, mmg enjoy abes la. few weeks after tu dia tak sihat. muntah2. dia tak penah muntah camtu. drpd tghr sampai pkol 4 lebih tu 3 kali muntah, aku amek je, muntah lg kat dpr skul, sampai klinik muntah lagi. cuak jugak rasanya. alhamdulillah aku bwk pg klinik kesihatan, doktor cek perut saspek kena kencing kotor. what? budak kecik pon ada ke? so dia soh wat urine test, and yes, mmg cfm kencing kotor. then aku tny la, apa sebab kena ni. dia kata biasanya kebersihan. lg pon budak pompuan mmg senang kena sbb our private part tu kan sensitif. oh yes, budak lelaki pon ada potensi kena selagi dia tak sunat, sbb benda kotor senang lekat kat kulit yg terlebih tu. bukan apa, dia sorg je kena, org lain ok je kat skul tu. aku saspek air paip tak elok, maklumla kan catu sana sini. bila bukak tu tak berapa nak bersih...

oh bab air plak, umah kami akan takde air start maghrib sampai abt 2 pagi, everyday... so kalau aku masak/ bli ke, pinggan mangkuk dinner tu subuh la baru basuh. sama jugak kain baju, bangun pkol 3 just utk on mesin basuh. tp alhamdulillah, time wiken dia tak tutup, just slow je. ok la kan, drpd kwasan lain (termasuk umah mak) yg ada air 2 hari, tutup 2 hari. pening wooo....

btw, insiden MH370... just nak komen sket je. kalau tak penah terlibat dgn situasi seumpama SAR, xyah la komen banyak... bukan senang nak buat press statement, bukan mudah nak coordinate pasukan, bukan calang2 org boleh bercakap & deal with negara lain utk tolong kita. semua perlukan diplomasi. dan semua perlukan kebijaksaan, selain kesabaran yg amat tinggi. kesihatan nak kena jaga in stead of tak tido byk hari sbb stand by for, only God knows what... siapa lagi nak pertahankan negara kita kalau bukan kita sendiri. stand by your country please, we have done our best at our own capacity to handle this. as for the families, redha, redha, redha... apa jua pengakhirannya, redha. kita ada Tuhan yg Maha Pencipta, maka jadilah org yg beriman sepenuhnya. mati boleh jadi di mana2... dan salah seorg mangsa adalah kakak ipar sepupu aku, yg pergi suami isteri utk bercuti aka honeymoon tu.... berdoalah semoga Allah memberi yg terbaik kpd mereka... alFatihah...

ok la, nak sambung keje. owh, pokteh dak dpt posting pg Kanowit, Sarawak... mak tak abes2 pesan, jgn kawen dgn org swak! hahahaha... maklumla anak kesayangan... kang jauh plak nak balik kg, hehehe...

salam jumaat frens!