Tuesday, 14 May 2013

Happy Mother's Day Ummi!

zara bagi balik skolah ari Jumaat sambil malu2 sbb tak penah tau/wish pon b4 ni, hahahaha... zara tlg teacher bentuk plasticine jd matahari je, lain2 teacher buatkan, heheheh... terima kasih sayang! you are my sunshine too!!! :D

Friday, 10 May 2013

10 Mei...

tarikh ni insyaAllah akan sentiasa aku ingati...
tarikh bila aku telah kehilangan anak ku yg comel, hana...
anak yg masih kecil, tapi bijak & cepat besar...
sepanjang ketiadaannya, kehidupan dijalankan seperti biasa. ada kalanya rasa sedih muncul jua. ketika aku menaip ini, sesekali aku akan mengerling ke wajah comelnya yg menghiasi meja ku...
alhamdulillah, Allah telah mengurniakan kami ketabahan & kesabaran yg tinggi. belum sekali pun aku bertindak di luar akal fikiran.
aku amat terbuka bila membicarakan tentang hana... saat2 kelahirannya, sifat2nya, keceriaannya, malah saat kepergiannya. sesungguhnya aku redha...
tapi, jgn sesekali bertanya - belum ada ganti ke? bila nak ada ganti? well, definitely, hana tiada pengganti. no matter what does it mean with that question, i accept it as rude & tidak menjaga hati.
kematian bukanlah sesuatu yg boleh diganti dgn yg baru. insyaAllah kalau ada rezeki, kami akan cuba lagi tahun depan, to have another child. doakan kami... adalah tidak adil bg kakak zara utk hidup tanpa adik beradik. kesian kakak, kadang2 bercakap juga, kesian zara ni tau, zara takde kawan...
alhamdulillah, berkesempatan menjengah pusara hana hari selasa yg lalu. baru tenang rasa di hati, kalau tak asyik dibeban rasa bersalah, maklumla yg terakhir masa birthday hana bln oktober lalu... 
semoga hana berada dlm lindungan Allah... semoga kami sekeluarga terus tabah...
alFatihah
Adlina Nur Farhana binti Mohamad Noor
241011-100512

Friday, 3 May 2013

Hujung minggu...

ya, hujung minggu datang lagi... tapi kali ini agak istimewa... buat kesekian kalinya, rakyat Malaysia akan turun mengundi sekali lagi..
kepada yg telah mendaftar, selamat mengundi. pilihlah calon yg anda benar2 yakin kebolehan & keikhlasan bekerja... tp yg tanak diundi tu pula jgn la dikutuk dikeji, tak elok dilihat anak2, bukan dengan umpat keji kita nak didik & besarkan generasi baru kita...
kpd yg tak mengundi, anda akan terlepas peluang utk memilih... jgn la nak lebih sudu dr kuah plak bila keputusan kluar nnt. setakan hebat dilaman sosial tp tak sanggup berani bertanggungjawab utk memilih, bukanlah satu sifat yg harus dibanggakan...
ramai aku lihat dah mula bercuti, memandangkan rabu haitu cuti umum, maka langsung je lah sampai ke hujung minggu. bagi yg bekerja, kerja lah seikhlas mungkin, amanah yg ditanggung perlu dipenuhi...
oh ya, jgn lah pula dicaci pertugas pilihanraya, mereka juga bekerja utk mencari sesuap nasi. mereka juga manusia yg ada hati, perasan & akal fikiran, bukan robot atau batu tunggul yg boleh dibuat sesuka hati...
semoga tiada yg buruk akan berlaku, semoga Malaysia tetap aman & harmoni, semoga Islam kekal sebagai agama yg paling agung, dan semoga orang Melayu bersatu kembali... amiiinnn...