Wednesday 31 July 2013

Cerita Basi 1... (panjangnyaa...)

as promised, aku akan cuba mengingat cerita2 basi utk dikongsi di sini, hahaha...

awal bln 6, haitu, aku kena hadir mtg kat kuantan. so, instead of dtg for the mtg itself, bobo ajak dtg 2 hari awal, iaitu frm saturday, hua3... tp, oleh krn last minit nye decision, agak payah gak la nak cari hotel. byk yg full, almaklum masa cuti skolah, hihu...

sabtu tu, kami gerak lewat gak la, pkol 12 kot dr umah... saja jln lepak2, tak rushing, menikmati perjalanan, kunun... makan tghr di gombak, lps tu terus sambung perjalanan... sampai kuantan, check in, solat jap, trus kluar balik... kol cheyu, dia kata dia takde prog dua hari tu. so bleh la kidnap dia g jln2 (suka je cheyu kannn, heheheh). kami tinggal di hotel suraya. hotel lama, old school. lif pon satu je. tp untung hotel lama bilik beso. ada 2 katil single, siap ada tilam extra lg. tu yg ajak cheyu skali tu, hahahaha... mlm tu, lepak jap kat TC (panggilan manja utk telok cempedak, hahaha). wah, ramai btol org. maklumla, kuantan mana ada tempat lepak sangat... ingat lagi masa kitorg dok sana dlu. life so simple & easy. and it still remain the same. bayangkan, punya la panjang org beratur nak bli eskrim kat kiosk mcD kat sana. kalau kat sini, org tak layan pon. bukan bli eskrem kon singgit ye, bli semua mcflurry, paling cikai pon sundae... bior la anak 7 pon, sorg satu!!! pd diorg, tu la spending paling mewah yg boleh bagi pd anak2. dah abes best la kan. sbb lain2 kehidupan berjalan spt biasa, tiada gesaan, rilek je, hahahhaa... mlm tu kitorg makan kat restoran mat saleh ni. owner nye org ostolia, tempatnya kat kubang buaya, so nama kedai pon jadi la crocodile rock pizza & grill restaurant, heheheh... menu not bad, semua pon homemade, ramai yg makan pizza nampaknya, tp kami makan lain2, mengikut cita rasa masing2... harga je la standard kl. tp kuantan mmg harga makan mahal. so tak heran sangat la. rasa pon ok. kalau nak blanja special2 bleh la, kalau slalu bankrupt, hahahaha...
both soucre of pic: http://joinme.com.my/
http://joinme.com.my/gn_image/gn_company/1353407526_6.jpg
depan kedai
http://joinme.com.my/gn_image/user_review/395220121112_01163113526.jpg
antara menu
balik semua terbongkang tido...

hari ahad tu, kitorg berbelah bagi, nak pg sungai lembing ke, nak pg pekan... aku mmg nekad nak g sg lembing, sbb aku dpt rasa mcm best aje. slps surf tenet di sana sini, maka kitorg pon terus gerak ke sana...

after bfast, kitorg po gerak. drpd bandar kuantan, adalah lbh kurang 40 minit. kalau drpd highway LPT, exit tol kuantan, belok kanan. terusssss je. sbb sg lembing adalah destinasi terakhir jalan tu, so confirm tak sesat, hahaha...

sampai abt pkol 11 lebih kot. sampai je pintu gerbang sg lembing tu, mmg terasa spt berada di zaman lampau. pekannya nyaman, cuaca pun redup, dgn sungai yg mengalir di tepinya... rumah2 asal juga masih ada. kalau sapa2 tak ingat (sbb dah blaja time sejarah kat skolah dlu), sg lembing ni dlu adalah lombong bijih timah bawah tanah terbesar di dunia. menjadi tempat tinggal omputih utk mengaut kekayaan drpd taun 1888 sampai merdeka. abes merdeka, kegiatan melombong diteruskan sehingga zaman kejatuhan harga bijih pd taun 1986. after so many years, lombong tersebut dibaik pulih & dibuka semula kpd pelancong & pencinta sejarah (spt kami, hehehehe). Malaysia ni tak byk 'muzium hidup'. so yg ni mmg kami hargai sangat la, heheheh... tpt ni juga dlu dikenali sbg elDorado - lembah emas... krn bijih la kjaan british masih ada duit sampai skarang, kalau tak dah lama muflis kot, hahahaha....

tempat pertama kami tuju adalah muzium sg lembing. muzium ni dlu adalah tempat tinggal pegawai tertinggi lombong. ada satu bilik dikhaskan utk Sultan Pahang, kalau2 baginda dtg melawat. segala kelengkapan dlm rumah ni hampir kesemua dikekalkan. malah ditambah dgn artifak2 lain spt kelengkapan melombong, alat2 telekomunikasi, water filter (yes, zaman tu dah ada water filter ye kenkawan) dan mcm2 lagi. ruang blakang pula dijadikan tempat simulasi dlm terowong. ada bunyi2an, selain suara naratif bekas pelombong menceritakan kehidupan mereka ketika aktiviti dijalankan.

habis kat situ, kami trus ke terowong... ya, ni la yg kami excited nak pegi sebenarnya. kami dah bli siap2 tiket online sbb bleh dpt diskaun 50% (bli kat sini: http://sungailembingmines.com.my/onlineticket/).  masih tak ramai org. agaknya ramai yg blom tau, memandangkan terowong ni baru je siap taun 2012. masa kami dtg, ada team MHI dtg buat liputan & promosi. lps ni ramai la kot yg berminat...

hanya satu terowong yg dibuka. yg lain ditutup sbb bahaya, takut ada pergerakan tanah. dalam lombong yg boleh dilalui hanyalah 500 meter. but believe me, it was soooo worth it.

nak masuk kena naik train. gerabak yg sama digunakan masa bwk masuk pelombong dlu. sampai dalam, terasa sejuknya. mcm dlm gua. sambil berjalan, kita akan mendengan bunyi air yg menitis dr bumbung terowong, selain bunyi laluan angin (yg zara kata mcm bunyik hantu, hahahahah). sepanjang terowong, ada diletakkan info ttg perlombongan tersebut di kiri & kanan dinding. boleh baca sbb ada lampu, heheheh...

tpt pertama yg boleh dicapai adalah tpt legend penduduk tempatan. dikatakan ada pelombong haram pernah melombong di situ dgn anggaran nilai sbyk RM1 juta. waaahhh!!! tp sbb dijlnkan secara haram, tpt tu dikorek sesuka hati, menjadikan kaws selebihnya tak selamat. tapi, identiti pelombong, mcm mana dia jual, pd siapa pelanggan nya & apa jd dgn diorg, masih menjadi misteri sbb tak dpt dikesan. illegal kot, kalau tau sure dah kena tangkap, ahahhahaha....

tpt kedua plak pintu masuk ke bwh tanah. ada la information dia kat situ. tp mmg jauuuuuhhhh masuk ke perut bumi. salute la pd mereka yg telah membantu kpd kekayaan negara ni. upahnya mmg la mahal, tp kalau dilihat kpd risikonya, org skarang mesti dah taknak.... kat sini dah mula terasa bahang & panasnya lombong tu. sbb lg jauh kita masuk ke perut bumi, lagi dekat kita dgn pusat bumi, tambah plak dah takde lubang udara. bayangkan dorg dlu melombong hanya dgn seluar pendek (almost spender pon ada, hahaha) dgn topi keselamatan yg berlampu...

tpt last adalah yg paling best. ada satu lift yg dorg ubah suai. bila kita masuk, kita akan rasa mcm btol2 turun ke dlm terowong bijih. seram gak la, hahaha. anak cina yg naik sama kitorg tu dah nangis dah, sbb dlm tu selain bunyi2an, siap ada pergerakan. padalah olok2 je, hahahaha... tp cfm best. mesti naik, kalu tak rugi.

kluar dr situ, kami pusing2 sekitar pekan sg lembing. byk lg kesan2 lain yg boleh dilihat. tp kjaan negeri tgh baik pulih lg kaws tu, agar takde la jd terbiar mcm tu je. selain tu, kami naik jambatan gantung ke seberang sungai. actually ada jambatan utk kenderaan masuk, tp jambatan gantung masih dikekalkan utk tujuan pelancongan. lg pon masih digunakan secara kerap utk penduduk kampung. malah baru shj dibaik pulih. makan tghr & solat trus di medan selera kat situ. tptnya so kampung style. so jgn la diva sgt ya. yg penting makan sedap, harga pon murah. 

otw balik, kami masuk ada satu simpang tu, sbb npk mcm ramai je org kluar dr situ. rupa2nya ada tpt berkelah. alhamdulillah! inilah tpt yg aku cari2. ada tgk gambar kat fb/blog kenkawan tpt ni, tak sangka la bleh jumpa. namanya kampung sungai tengkorak. sbb? ntah, aku tatau. mungkin sbb ada kubur berhampirannya, so diberi nama begitu, hahahah... tapi yg penting, subhanallah.... sangaaat la cantiknya. rasa mcm tpt omputih plak (semua mcm omputih, pengaruh tv btol). sekejap je kami kat situ, sbb tak lama tu hujan. insyaAllah kami dtg lagi, berkelah kat situ, bestnya....

total masa kami kat situ abt 5 ke 6 jam. mmg perjalanan yg sangat berbaloi. mungkin sbb kami suka sejarah & nature, kami suka la. tp kalau tak adventures/ tak minat, mungkin boring kot. masing2...

balik, makan malam, balik hotel, trus tido... maka esoknya aku pon pegilah miting yg telah diarahkan itu... dan cheyu pon peksa la professional exam dia ari rabu... seb bek cemerlang, hahaha. sekian... :D

enjoy the pics!!! 

pintu masuk muzium
we are family!
itu adalah club house, tempat para pelombong menghabiskan masa berehat sambil minum kopi & beriadah bermain badminton setiap petang selepas keluar lombong
pintu depan lombong - panas la plak
'the minecraft'
dlm terowong
ada nampak tak budak menyorok? hihihi
penakut nya la... (maknya pon gayat, tp kena la tunjuk macho kan, hahahah)
antara tinggalan aktiviti perlombongan
more...
seksi nya budak ni...
bestnya... sejukk...
cantik kan airnya? - sila abaikan model, hahaha
oh, jgn lupa, jln2 di kuantan kena bli kupon letak kereta ya... nnt kena saman, heheheh...

Tuesday 30 July 2013

Bila mood sudah mari...

post ni aku buat ari jumaat, hihu...

Aku ni sejak kawen mmg xde keje laen, masak, masak, masak... Masa mula kawen dlu agak stress la kan. Bukannya nak kata aku tak pandai masak, tp aku masak ikut cara aku la kan, hihu... Lg pon, mak aku pon biasa2 je, mmg xde la sesi ibu mengajar anak, semua blaja sendiri. Tu yg dlu tak berapa nak pandai masak macam2 kan? Hehehe (alasan, kui3)

Tapi, bila dpt suami yg terus terang gler menegur masa mula kawen tu kan - ko masak apa ni? (dgn nada yg sgt annoying), terus aku sentap kan.... Ewah2, aku dah masak pon kira untung, dahla aku keje kan, byk plak komen haaa.....

Masalahnya, mmg pesen dia nak makan menu kedai aje kan, lalu aku pon malas nak sentap sensorg (dia bukan tau pujuk pon, kutuk lg ada), maka aku usahalah tny org sana sini cara/resepi itu ini... Alhamdulillah staf2 aku terer masak, so dpt la byk jugak ilmunya... Terima kasih byk2, hanya Allah yg mampu membalas ilmu tu semua...

Btw minggu ni bercampur-campur... Maklumla, dah nak tiba musim monsun, hahaha... So ari senin aku msk burger, kentang goreng, jagung manis & goreng kuih muih frozen. Selasa aku goreng bihun, keropok ikan, kepak ayam & kicap cili. Rabu off sbb ada iftar dgn geng opis.

Skali smlm mood sudah mari, hahahaha....  Smlm masak ikan siakap stim, hati ayam goreng dgn kacang panjang, kangkung belacan & bubur durian... Haini plak aku masak patin tempoyak (1st time wooo), kailan goreng, lala msk halia & ikan kering... Pergh, gler mood baek, hahaha... Tq my opismate wan for the patin cut & resipi skali. Yummmeh, hahaha...

So kenkawan, masak je la apa ada kata umah tu time pose ni, pasti menjamin keenakan yg berpanjangan, hahahaha... (tp ada jugak org yg tak puas ati, hhmmm... sabo je la... )




Wednesday 24 July 2013

Sembang sahur...

masa minum susu time sahur tadi, zara tetiba nak borak2:

zara: mak, zara nak baby baru...
aku: hhhmmm... ok (ok kan je, hehehe)
zara: zara nak baby dua, lelaki satu, pompuan satu...
aku: hhhmmmm... ok (ok kan je lagi)
zara: kalau ada baby dua, kalau baby satu masuk syurga, baby satu lagi ada...
aku: ......

itulah terjemahan akal seorang anak berusia 4 taun... pada logiknya, kalau ada dua adik, kalau satu dah takde, masih ada satu lagi yg tinggal...

hhmmm... kesian kakak... rindu agaknya... ataupun sunyi... tabahlah wahai anak... alFatihah untuk adik Hana...

Tuesday 23 July 2013

Doa...

doa kakak zara masa solat dua, tiga hari lepas menyebabkan aku tak khusyuk, hehehe...

... saya nak masuk syurga, saya taknak masuk neraga (neraka), masuk neraka nanti sakit... (pause)... saya sayang ADIK SAYA, saya sayang mak dengan ayah saya, saya sayang atok dengan nenek saya...  

hhhmmmm, teringat adik agaknya, adik yg dia sebut dulu... we miss u a lot hana, semoga kita bertemu lagi, insyaAllah... alFatihah...

Friday 19 July 2013

suka!!! :D

cantik tak kak ton??? hahahahaha...
sangat suka gambar ini... ofcos sbb majlis ni sangat bermakna... yela, after 9 years been here, akhirnya akak dpt gak anugerah ni, hahahaha... tp yg paling penting, baju best, muka best, mata pandang kamera, dan kualiti gambar juga terbaik, hahahaha...
saya suka!!!!!

Saturday 13 July 2013

Kalau cakap depan2 ada berani tak?

frens... haini aku keje... ya, keje eh, huhuhuh... selagi tak naik pangkat beginilah rutin bulanan, menjadi pegawai bertugas. sama ada kena hari minggu/ cuti umum, ataupun hari bekerja, itu nasib. hanya perlu berdoa je setiap kali dpt jadual, moga2 dipermudahkan, hahahah...

anyway... sebelum aku teruskan dgn cerita2 besi basi aku, aku nak komen la sket pasal adab org skarang ni... which is aku rasa dah makin ntah hapa2... yg aku maksudkan kalau menulis di alam maya...

disinilah yg org slalu kata, kita perlu bertanggungjawab dgn apa yg kita tulis. dahla komen kat blog org, kutuk maut mcm ko bagus sangat. i always agree to disagree, tapi jgn sampai mengata org sampai teruk2 mcm tu skali. kalau anak2 baca mcm mana? kalau parents kita tgk mcm mana? mcm ni ke kita sbg parents yg baik, yg nak mengajar anak2 adab & tata susila? mcm tu ke mak abah kita ajar kalau bercakap dgn org? atau kalau bercakap ttg org?

whether u are expert in your field or not, u shouldn't do that in other people's page. setakat beri pendapat sudah. takyah nak elaborate panjang, kutuk2... Islam tak ajar camtu. adab Melayu juga tak begitu. sayangnya manusia zaman ni dah takde itu semua. lepas tu nak kata anak2 zaman skarang kurang ajar. sapa yg mula dlu? ofcos la yg hidup lagi lama la yg buat dulu kan?

aku bukan emo, apatah lagi menyokong sesiapa, but for me it's too much. agaknya kalau cakap depan2 ada berani tak golongan ni? aku yakin mmg tak la kan. pakai pon nama samaran. lagi best kalau pakai anon. letak la link ko dr mana ke, nama betol ke, ko kalau tak puas hati nnt cakap la depan2 kan.

aku ckp mcm ni sbb few days back, aku baca psl vaccination kat blog dr. halina (dr SMS's wifey). dan aku komen la sket kan, dgn agree to follow the comments.

sama ada you pro or cons abt the issue, it doesn't matter. do your own reading, decide wisely. kita manusia, tuhan bagi akal utk berfikir & memilih yg terbaik. terbaik utk org A tak semestinya terbaik juga utk orang B. tapi toloonggg la, jgn kutuk lebih2...

here are some comments that she got:

1. inafilza commented on Vaccinations.
in response to DrHalina:
Dear mommies.. Here is the article regarding vaccination by Dr Zahilah Filzah, a pediatrician of Sg Buloh Hospital as promised. I hope you’ll take time to read this article. She wrote a very precise, nice article about vaccination and I really hope we can convey this message to all mommies out there. If you have […]
I won’t listen to someone like you doc. I do my own reading, i ask my own questions to numbers of people/experts and then i decide. I will not decide based on what written by a doctor who happened to be famous just because she’s the wife of Malaysian first so-called astronaut.Thank you and PEACE!
2.  Anti vaccine commented on Vaccinations.
in response to DrHalina:
Dear mommies.. Here is the article regarding vaccination by Dr Zahilah Filzah, a pediatrician of Sg Buloh Hospital as promised. I hope you’ll take time to read this article. She wrote a very precise, nice article about vaccination and I really hope we can convey this message to all mommies out there. If you have […]
As expected, paeds will be BIASED on vaccination issue. Yg ibu2 ni boleh percaya bulat2. Wahai mommies sekalian, kalau paeds x support, depa tiada job laa. Itu pun x boleh fikir ka. Kalau nak bina antibodi baby, bagi susu ibu laa. Sampai 2 tahun macam yg Allah suruh. Bukannya masukkan virus dlm badan baby. Ini zaman dajjal. Yg salah nampak mcm benar dan yg benar nampak mcm salah. Hari ini hari Jumaat. Bacalah surah Kahfi every Fri to protect us from dajjal. Back to sunnah, Mommies. Esok kat Akhirat, Allah akan tanya semua ini.
astaghfirullah... kamon la, at least they are expert in their profession... yg bercakap ntah2 sains spm pon pass je, so agak2 la kalau menjawab... please respect other people's job. aku pon marah kalau org kondem keje aku. aku keje kot, bukan makan gaji buta. 
again, berhati2 lah bila berkata2, sesungguhnya hujung lidah itu lebih tajam dari mata pedang. semoga Allah lindungi kita semua, amiinn...

 


Wednesday 10 July 2013

Series of Cerita Basi, hahaha...

helloooooo everybody,

sangat bz pd bln jun yg lalu...

ke sana dan ke mari memenuhi tuntutan keluarga dan kerjaya (but mostly, keje la, huhuhu)...

banyak benda nak citer gak, tapi masih blom sempat...

nantikan the series of cerita basi pada entry yg akan datang, hahaha...

till then, selamat menjalani ibadah Ramadhan 1434H... semoga Ramadhan kali ini lebih baik dr yg sebelumnya, semoga dikurniakan kesabaran utk istiqamah dlm segala amalan, semoga dianugerahkan kesabaran yg tinggi, semoga dilimpahi rezeki duniawi & ukhrawi, semoga diberikan kesihatan & kelapangan, etc... etc... etc...

sesungguhnya doa itu adalah senjata yg paling ampuh, amiinnn....